Salam sejahtera buat pembaca
yang setia mengikuti blog saya ini, mudah-mudahan kita semua dirahmati oleh
Allah.
Tulisan kali ini adalah berkisar mengenai teknik ruqyah
untuk mengubati sebarang penyakit sama ada penyakit zahir mahupun penyakit
batin, malah penyakit akibat gangguan jin sihir/saka. Caranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah.
Dapat dikatakan ini
adalah Teknik Ruqyah paling sederhana dengan surah Al Fatihah dan segelas air putih atau air
kosong sahaja. Apa yang penting ialah 3 kunci utama dalam
meruqyah iaitu Niat,
Kunci dan Password (rujuk tulisan terdahulu).
Caranya ialah bacakan Surah al Fatihah sebanyak 7 kali,
di tiupkan ke dalam air lalu didoakan.
Doakan dengan doa atau niat yang berbeza di 7 kali tiupan tersebut. Doanya bebas,
tapi gunakan niat
yang dahsyat dan khusyuk. Misalnya;
Tiupan Al
Fatihah ke 1
Ya Allah ya Rahman ya Rahiim...
Ya Allah ya Hakim, ya Aliim, ya Hakiim, ya Aliiy, ya
Adzim, ya Malik, ya Khaliq ya Jabbar ya Muktadir.. wahai Engkau yang mengatur
setiap pergerakan benda-benda di semesta raya ini, jadikanlah setiap partikel
terkecil dalam air ini bala tentera yang akan menyerang dan menghancurkan program
sihir dan tali-tali sihir dan setiap musuh-musuh-Mu yang sedang menzalimi tubuhku
(tubuh pesakit) ini ya Rabb.
Tiupan Al
Fatihah ke 2
Ya Allah..Jadikanlah sebahagian partikel terkecil dari
air ini, duri-duri
besi tajam yang akan melukai dan
melemahkan atau membunuh makhluk-makhluk ingkar yang ada dalam tubuhku (tubuh
pesakit) ini ya Rabb.
Tiupan Al
Fatihah ke 3
Ya Allah...Jadikanlah sebahagian partikel terkecil
dari air ini, timah
panas mendidih yang akan membakar
dan meluluhlkan setiap rumah dan persembunyian jin-jin didalam tubuh(tubuh
pesakit) ini ya Rabb.
Tiupan Al
Fatihah ke 4
Ya Allah...Jadikanlah sebahagian partikel terkecil
dari air ini, sengatan
api elektrik yang menyerang dari punggung
hingga ke hujung jari-jari tangan dan jari jari kaki. Dari pusat jantung hingga
ke otak dan roma-roma di setiap rambut-rambut yang tumbuh di seluruh tubuhku
(tubuh pesakit) ini ya Rabb.
Tiupan Al
Fatihah ke 5
Ya Allah...Jadikanlah sebahagian partikel terkecil
dari air ini, sebagai penyembuh yang akan mengembalikan setiap
sel-sel yang telah dirusak oleh bala tentara Iblis dalam tubuhku (tubuh
pesakit) ini ya Rabb.
Tiupan Al
Fatihah ke 6
Ya Allah ya Mukmin Ya Muhaimiin..Wahal Engkau yang Maha
Menjaga dan Mengamankan hamba-Nya, jadikanlah setiap partikel air ini pelindung yang
membentengi hati dan tubuhku (tubuh pesakit) ini dari gangguan jin-jin ini dengan cara yang Engkau
kehendaki ya Rabb.
Tiupan Al
Fatihah ke 7
Wahai Air yang mendengar. Wahai setiap sel tubuh yang
mendengar. Wahai setiap saraf-saraf, pembuluh-pembuluh darah, urat-urat,
tulang-tulang, cairan tubuh, hormon-hormon dan semua yang tidak kuketahui yang
mendengarkan lantunan Al Fatihah tadi. Dengarkanlah,
Takutlah kalian kepada Allah.. Takutlah kalian kepada Allah saja dan jangan ikuti perintah sihir dari jin-jin itu, Takutlah kepada Allah dan perbaiki setiap kerusakan itu hingga sembuh seperti sedia kala. Takutlah kepada Allah dan himpitlah seluruh jin zalim seandainya mereka ada dalam tubuh ini dan tidak mau keluar setelah mendengar semua peringatan ini. Yaa Rabb...
Takutlah kalian kepada Allah.. Takutlah kalian kepada Allah saja dan jangan ikuti perintah sihir dari jin-jin itu, Takutlah kepada Allah dan perbaiki setiap kerusakan itu hingga sembuh seperti sedia kala. Takutlah kepada Allah dan himpitlah seluruh jin zalim seandainya mereka ada dalam tubuh ini dan tidak mau keluar setelah mendengar semua peringatan ini. Yaa Rabb...
Hasbunallah wani'mal wakiil ni'mal maula wa ni'man
nasiir.La Haula wa laa quwwata illa bilahil aliyhil Adziim. Lalu ditiupkan......Aamiin..
Di petik dan diubahsuai bahasa dari :
No comments:
Post a Comment