Tuesday 31 December 2013

KEJAHATAN BOMOH DAN PENGKHIANATANNYA



Salam  sejahtera buat pembaca sekalian,

Beberapa minit lagi tahun 2013 akan melabuhkan tirainya. Segala suka dan duka akan dibawa bersama dalam lipatan sejarah. Apa yang penting ialah yang baik jadikanlah teladan dan yang buruk jadikanlah sempadan. Mudah-mudahan tahun baru 2014 yang bakal menjenguk kita akan membawa seribu keazaman dan harapan dalam kehidupan kita.. Apa yang pasti, bekalan kita untuk menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi sudah dipersiapkan. Kita tidak tahu, apakah tahun 2014 merupakan tahun terakhir kita menghirup udara di dunia ini? Sesungguhnya ajal dan maut merupakan ketentuan daripada Tuhan Yang Maha Esa..

 
Antara ritual perbomohan
Tulisan kali ini ingin mengajak pembaca merenung sejenak akan profesion perbomohan yang menjadi darah daging dalam kehidupan manusia. Kerjaya bomoh memang terkenal di alam Melayu sejak dahulu lagi. Tidak dinafikan bahawa tugas bomoh ini memang mulia kerana sanggup membantu manusia yang berada dalam kesusahan terutama membantu menyembuhkan penyakit dan sebagainya. Namun, yang menjadi persoalannya ialah mengenai amalan perbomohan yang menyalahi kehendak agama.

Telah menjadi kebiasaan dan lumrah bagi sesetengah bomoh yang mengubati pesakit tidak menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doan yang masyhur dan ma’tsur. Lebih jauh daripada itu, bomoh ini menggunakan jin atau khadam di dalam merawat pesakit. Bentuk penghianatannya ialah menyesatkan manusia dengan aqidah dan ma’rifat mereka. Dari segi istilah syaraknya, mereka ini disebut sebagai "Ahli Sihir"

Apabila pesakit mengunjungi bomoh (termasuk dukun atau pawang), mereka ini sanggup menunaikan segala permintaan pesakitnya walaupun permintaan tersebut bertentangan dengan kehendak syarak. Ada bomoh yang sanggup melakukan supaya suami boleh menceraikan isterinya, pengasih dan pelalau kepada seseorang, boleh membuatkan seseorang itu jatuh sakit, memecahbelahkan keluarga, saling benci membenci, pelaris, azimat, tangkal, guna-guna dan sebagainya. Hal-hal yang semacam ini memang jelas merupakan satu pengkhianatan dan kita mestilah mengawasi dan menjauhkan diri daripada tipu daya mereka. Mudah-mudahan kita terselamat di dunia dan di akhirat.

Bomoh (Ahli Sihir) dalam Pandangan Syariat

Al-Imam Malik bin Anas di dalalam kitabAl Muwattho’ katanya:

“Ahli Sihir yang mengerjakan sihir pada halnya orang lain tidak mengerjakan, bahawa harus dibunuh apabila dia sendiri yang mengerjakannya.”

Al-Imam Ibnu Qudamah Al Muqaddisi berpendapat katanya:

“Hukuman terhadap tukang sihir ialah dibunuh.  Hal ini diriwayatkan daripada Asyaduna Umar bin Al Khattab, Uthman bin Affan, Hafsah binti Umar, Jundub bin Ka’ab, Qais bin Saad dan Umar bin Abdul Aziz iaitu dengan satu riwayat daripada Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.”

Menurut Al Imam Al Syafi’e  katanya:

“Tidak dibunuh ahli sihir melainkan jika ia (ahli sihir) mengakui bahawa
dia membunuh dengan sihirnya.”

 Kesimpulan

Jelaslah daripada huraian yang ringkas tersebut dapat menyedarkan kita akan bahayanya bomoh yang boleh dilabel sebagai ahli sihir. Janganlah kita mudah terpedaya akan kehebatan seseorang itu (bomoh) yang berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit atau menunaikan hajat dengan ritual yang pelik-pelik yang menyalahi syarak. Kebanyakkan bomoh menggunakan khidmat jin atau khadam untuk menjayakan misinya. Marilah kita berpegang teguh kepada ajaran Nabi Muhammad saw yang meninggalkan dua pusaka berharga  kepada kita  iaitu Al-Quran dan Hadisnya.  

Rujukan:
Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi, Thibb Al-Idrisi Al-Ansari
Darul Ansar, 2011.

Wednesday 25 December 2013

PERUBATAN ISLAM TIADA JAMPI, MANTERA



Oleh Mohd Fadly Samsudin

AMALAN sihir terlalu luas ilmu dan perlakuannya. Sihir boleh disampaikan melalui pelbagai cara termasuk makanan, minuman, angin, perbualan telefon, bersalaman, berpelukan serta pandangan mata. Namun, ramai yang tidak terfikir ada segelintir manusia berniat jahat menggunakan khidmat bomoh atau pawang untuk melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

Kaedah lain yang dikesan dalam amalan sihir ialah santau sama ada melalui tiupan angin ke dalam makanan, minuman atau mengambil barangan milik seseorang seperti gambar, rambut dan pakaian. Sebab itu, Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Orang yang mempelajari ilmu sihir, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (Surah al-Baqarah ayat 102)

Rasulullah s.a.w menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang merosakkan serta menghancurkan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Sahabat bertanya: 'Apakah tujuh perkara itu, Ya Rasulullah?" Jawab Nabi, iaitu: '(1) menyekutukan Allah, (2) sihir (3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak (4) makan harta riba (5) makan harta anak yatim, (6) lari dari peperangan, (7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman'". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan perbuatan sihir atau berjumpa tukang sihir untuk mengubati penyakit yang dikenakan kepadanya atau untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Ibnu Mas'ud berkata: "Barang siapa ke tukang ramal, atau tukang sihir atau tukang tenung, kemudian dia bertanya dan percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka sungguh dia kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w". (Riwayat Bazzar dan Abu Ya'la)

Bukan saja tukang sihir bahkan mereka yang percaya terhadap sihir itu juga berdosa besar. Lebih-lebih lagi, sihir itu digunakan untuk melakukan kejahatan seperti mengganggu kebahagiaan orang dan memecahbelahkan hubungan suami isteri.

Bagi menjaga keselamatan diri dan mengubati penyakit, terdapat cara terbaik yang menurut ketetapan syariat. Jika sihir tidak memberi kesan dan tidak memudaratkan tentulah Allah s.w.t tidak akan memerintahkan kita supaya berlindung dengan-Nya daripada kejahatan sihir. Bagi mereka yang terkena penyakit 'buatan' seperti ini, pasti akan mencari kaedah perubatan terbaik untuk pulih. Masa itu, tiada lagi difikirkan, malah sanggup berhabisan wang ringgit untuk membayar kos rawatan.

Memandangkan rawatan moden di hospital tidak dapat 'membantu' memulih penyakit terpaksalah merujuk masalah mereka kepada pengamal perubatan Islam. Namun, bukan mudah mendapatkan rawatan berlandaskan syariat kerana ramai yang tertipu. Jadi, orang ramai perlu berhati-hati kerana ada pihak turut menggunakan al-Quran untuk mengaburi mata orang ramai.

Lihatlah latar belakang mereka yang menjalankan rawatan berkenaan terlebih dahulu dan pilih mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar dalam bidang perubatan serta faham hukum agama. Elakkan mendapatkan rawatan daripada pihak yang mengenakan caj terlalu tinggi. Mereka bukannya mengikut tuntutan agama, tetapi hanya mahu keuntungan semata-mata. Tindakan itu memberi gambaran yang tidak baik kepada amalan perubatan Islam dan agama kerana tersasar daripada falsafah perubatan Islam yang menekankan konsep tolong menolong.

Pengarah Pusat Perubatan Islam Seiring Syariat (PPISS), Datuk Dr Basharuddin Panjang Ahmad, berkata sihir itu adalah gabungan atau kombinasi antara iblis dan jin.

"Hukum mengamalkan sihir itu adalah haram manakala pengamalnya kufur. Sihir mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada manusia tanpa memberi sebarang manfaat. "Perubatan Islam jelas menggunakan al-Quran sebagai bacaan dalam rawatan tanpa adanya jampi atau mantera yang meragukan," katanya.

Beliau berkata, di PPISS sebelum proses rawatan, diadakan majlis bacaan Al-Fatihah, beristighfar, syahadah, tazkirah ringkas, bertahmid, bertakbir, berzikir munajat dan serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. "Pesakit bersama-sama perawat akan membaca beberapa surah atau potongan surah dari al-Quran dan doa. Rawatan berlandaskan syariat akan membaca al-Quran secara jelas tanpa berbisik-bisik selain membenarkan ahli keluarga bersama-sama ketika dirawat," katanya.

Dr Basharuddin berkata rawatan alternatif kaedah Islam bukan sahaja berperanan membentuk kesinambungan usaha rawatan moden, malah pelengkap dalam menilai serta menyelesaikan masalah atau penyakit. "Rawatan bukan tidak terhad untuk mengubati penyakit, malah bertindak menghalang dan menilai secara menyeluruh sebab penyakit dan langkah pencegahannya," katanya. Beliau berkata rawatan kaedah Islam mengamalkan terapi secara informasi iaitu menggabungkan bacaan doa, zikir, bacaan Al-Quran, tazkirah dan motivasi dalam rawatan.

"Sehingga kini ramai pesakit yang sembuh daripada penyakit seperti gangguan jin, saka, kencing manis, barah, masalah rumah tangga, sakit lutut, batu karang dan sebagainya. Asas perubatan ini bermula daripada keyakinan bukan saja melalui minda atau akal tetapi hati. Setiap manusia dianugerahkan 'kuasa' akal dan minda yang berupaya menguasai pergerakan sistem badan," katanya.

Beliau berkata ilmu perubatan Islam merangkumi kaedah moden, alternatif dan tradisional untuk memenuhi gaya kehidupan yang aman dan harmoni. Panduan yang digunakan dalam Islam untuk menilai dan menentukan gaya hidup yang baik itu adalah berdasarkan al-Quran dan contoh daripada Nabi Muhammad. Perubatan Islam mensyaratkan kita berusaha memperbaiki gaya hidup, berusaha untuk memulihkan kesihatan dan memohon keizinan daripada Allah kerana Dialah yang menyembuhkan segala penyakit. Di PPISS kami gabungkan sokongan pendoa, pembantu perubatan serta individu lain.

"Sebagai agama tauhid, penyembuhan penyakit melalui penggunaan ayat al-Quran dan doa yang diamalkan junjungan Nabi Muhammad s.a.w memainkan peranan penting," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Muhd Zainul Asri Ramli, berkata setiap perbuatan jahat yang dilakukan bagi menganiaya sesama insan pasti Allah membalasnya di dunia lagi.

"Mengamalkan ilmu sihir untuk menyakiti atau mengkhianati orang lain adalah syirik. Mereka kekal sebagai ahli neraka selagi tidak mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha. Kesedaran orang ramai berkenaan dengan tegahan Islam dalam amalan ilmu sihir ini diharap dapat membantu masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang benar. Peranan ulama serta tokoh agama dalam hal kritikal ini cukup penting terutamanya menanamkan dalam hati masyarakat bahawa kaedah yang bertentangan dengan agama perlu ditinggalkan serta-merta," katanya.

Beliau berkata amalan sihir akan mewujudkan masyarakat yang lemah akhlak serta pegangan akidahnya.

"Islam mahukan umatnya berpegang teguh kepada prinsip asas syariah supaya menjalani kehidupan dengan menjaga agama, nyawa, keturunan dan harta. "Justeru, segala perbuatan syirik dan khurafat dalam masyarakat hendaklah dibanteras," katanya.

Mengulas kaedah rawatan Islam yang terbaik, Muhd Zainul berkata orang ramai dinasihatkan jangan mendapatkan rawatan daripada pengamal yang menggunakan kaedah kemenyan, berasap, menurun atau menilik.

"Pengamal perubatan Islam dikenali sebagai 'tibb nabawi' yang mempraktikan perubatan berasaskan sumber dari al-Quran sebagai (syifa) dan Sunnah.  "Pelaksanaan perubatan Islam perlu tahu membezakan antara yang benar dan syirik. Perubatan Islam tidak sekadar membacakan ayat al-Quran atau jampi, tetapi yakin terhadap kuasa Allah," katanya.

Sumber:
Artikel ini disiarkan pada : 06/01/2011

Tuesday 24 December 2013

BONGKAR SIHIR DENGAN SAINS



Oleh Mohd. Shah Che Ahmad

Jenayah sihir telah diamalkan sejak dahulu, namun masih tiada undang-undang bagi menyekat kesalahan itu . - Gambar hiasan

 LULUHNYA hati seorang mangsa apabila penjenayah atau tertuduh yang terang-terangan bersalah tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan, malah dibebaskan tanpa jaminan oleh pihak mahkamah. Bukan hanya satu atau dua, tetapi dikatakan terdapat pelbagai kejadian seumpama yang diklasifikasi sebagai kes jenayah dan sivil itu dilaporkan ke muka pengadilan, namun terlepas begitu sahaja.

Sebabnya, tiada isu atau bukti kukuh yang dapat diketengah bagi membuktikan tertuduh benar-benar bersalah. Badan kehakiman hanya memutuskan apa yang zahir di hadapan mereka. Akhirnya, pesalah tersenyum puas kerana motif perbuatan tercapai kesan daripada ketiadaan bukti kukuh bagi menyabitkan kesalahan yang dilakukan. Manakala, mangsa pula terpaksa terus hidup dalam menderita.

Inilah dilema yang berlaku apabila jenayah yang dilakukan di luar logik akal manusia iaitu membabitkan unsur ilmu sihir. Sehingga dilaporkan terdapat kes jenayah sihir yang mengakibatkan maut mahupun derita sepanjang hayat.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, isu jenayah membabitkan sihir yang dilihat semakin serius boleh diatasi dengan mewujudkan satu undang-undang khas bagi menanganinya.

Beliau yang juga mengetuai unit kajian khas dalam meneliti undang-undang sihir berkata, kaedah pembuktian dan pendakwaan yang menjadi keraguan utama dalam kes membabitkan sihir juga diyakini mampu diselesaikan melalui kaedah yang telah dipersetujui.

Kaedah pembuktian

Kaedah tersebut katanya, melalui gabungan kepakaran antara pengamal perubatan Islam dan juga pakar sains.

"Kepakaran pengamal perubatan Islam itu daripada Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Gapimma). Pakar sains pula adalah dengan kerjasama ahli forensik dan juga peralatan teknologi bio-feedback.

"Setiap mangsa yang disihir mempunyai 'khadam sihir' kepada tuannya yang juga penghantar sihir itu ke dalam tubuh mangsa.

"Gapimma bertindak mengenalpasti tuan yang menghantar khadam sihir tersebut melalui pengakuan mangsa semasa proses rawatan yang ketika itu sedang dikawal oleh khadam sihir.

"Pengakuan daripada mulut mangsa akan dirakamkan untuk dijadikan bukti sebelum langkah seterusnya dijalankan.

"Manakala, bahan yang dihantar oleh penyihir seperti rambut, kuku, kaca dan sebagainya yang diperoleh ketika rawatan pula akan disiasat oleh Jabatan Forensik melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ini untuk mengenalpasti pemilik, penyimpan dan penghantar barangan itu.

"Seterusnya, teknologi bio-feedback pula digunakan bagi menguji dan melihat tindak balas mangsa melalui isyarat atau tanda yang diterima daripada tubuh mangsa menerusi alat tersebut," kata Dr. Mahyuddin ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahnya, alat pengesanan bio-feedback yang telah diuji keberkesanannya itu dinilai melalui enam aspek iaitu gelombang otak, teknik pernafasan, denyutan hati, tindak balas kulit, ketegangan otot, dan juga peluh tubuh.

Bagaimanapun katanya, keputusan yang diperoleh daripada siasatan ketiga-tiga kaedah itu perlu selari dan menunjukkan kesan yang benar sebelum diklasifikasikan dalam jenayah sihir.

"Jika rawatan daripada Gapimma mengesahkan bahawa seseorang itu disihir dan mengenalpasti siapa dalang di sebalik kejadian itu, maka ujian forensik dan pengesanan bio-feedback juga harus selari dengan dalang yang dikenalpasti itu," katanya.

Mahyuddin berkata, penjenayah sihir sama ada penghantar sihir dan individu yang mengupah ahli sihir tidak lagi bebas melakukan perbuatan tersebut sewenang-wenangnya dengan wujudnya undang-undang tersebut.

Muhyiddin yang juga penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung berkata, jenayah sihir sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

Ini katanya berdasarkan statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 69 peratus rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari (PTK) berbanding perubatan moden.

"Walaupun pada zaman moden, jenayah membabitkan sihir dilihat semakin popular. Sihir menjadi pilihan kerana merupakan kaedah halus untuk menjatuhkan seseorang dengan mudah dan lebih berkesan malah tanpa disyaki.

"Begitu juga statistik kes penipuan oleh bomoh pada 2012 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kerugian yang dialami mangsa meningkat 63.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu melibatkan amaun RM12,494,665.27.

"Berleluasanya kes-kes sebegini memerlukan satu pendekatan yang holistik untuk membanterasnya kerana selain menipu, ada juga pengamal yang menawarkan khidmat sihir atas nama perawat tradisional dan komplementari," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata, sudah tiba masanya sebuah akta bagi menyekat kebebasan jenayah membabitkan sihir perlu diwujudkan melalui penubuhan undang-undang sihir.

Nyata kesediaan

Dr. Muhyiddin berkata, kajian secara dasar mengenai isu-isu penguatkuasaan, pendakwaan, pembuktian dan kepakaran daripada akar umbi untuk menubuhkan undang-undang tersebut telah diadakan dan rata-rata pihak terlibat menyatakan kesediaan dalam mewujudkan akta tersebut.

"Sesi perbincangan secara berkala dengan pihak berkuasa seperti bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Jabatan agama Islam Negeri telah pun diselaraskan.

"Ini bertujuan pengemaskinian prosedur, tatacara dan aspek teknikal dalam pelaksanaan undang-undang tersebut. Dan kesemua badan berkenaan menunjukkan persetujuan dan memberi jawapan positif.

"Saya yakin, melalui geran Program Pemindahan Ilmu yang diluluskan, isu-isu tersebut akan dapat diperhalusi dan diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut," jelas Dr. Mahyuddin.

Manakala, daripada segi penguatkuasaan dan pendakwaan diakui masih kurang berkemahiran. namun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, latihan dan pendedahan boleh diberikan selain mewujudkan Prosedur Kendalian Standard (SOP) khas, ini boleh diatasi.

"Daripada segi kepakaran pula, saya tidak berasa ia suatu yang sukar untuk diwujudkan kerana ramai pakar-pakar perubatan PTK yang sedia untuk membantu. Cuma yang menjadi isunya ialah pengiktirafan oleh pihak berkuasa.

"Alhamdulillah dengan adanya Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemetari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia, berupaya menjadi salah satu badan rujukan dalam perlaksanaannya.

"Selain itu, Gappima sendiri telah menyatakan pendirian untuk membantu pihak kerajaan untuk memerangi jenayah sihir dan perkara ini telah dijadikan sebagai salah satu agenda perjuangan mereka.

"Namun, saya tetap menaruh harapan agar isu ini diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana terdapat kes-kes jenayah yang melibatkan sihir seperti menipu, mencuri, menceroboh, merompak, merogol menggunakan ilmu sihir berbentuk pukau.

"Jika penggunaan sihir pukau tidak dibanteras, maka jenayah-jenayah tersebut akan dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa sebarang tentangan daripada mangsa," ujar Dr. Mahyuddin.

Beliau mencadangkan, pada peringkat awal akta tersebut boleh dilaksanakan melalui kes jenayah membabitkan sihir di dalam pernikahan dan perceraian.

Sumber: Utusan Online
ARKIB : 20/06/2013

Monday 23 December 2013

PROSES MENERIMA JIN SAKA...HATI-HATI



Salam sejahtera buat pembaca yang saya sayangi...

Tulisan kali ini masih lagi berkisar tentang jin saka yang semakin membimbangkan yang mengancam ketenteraman hidup manusia. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa jin saka ini langsung tidak memberi manfaat dalam kehidupan, malah menyusahkan lagi ada....

Melalui info ini saya ingin membuka minda pembaca agar mengenal jin saka dan seterusnya membuangnya dalam kehidupan kita.  Biarlah kita hidup dengan aman dan beribadat dengan tenang serta pergantungan yang mutlak kepada Allah semata-mata.  Apa yang kita harapkan ialah keredhaan Allah semasa di dunia dan di akhirat.

Masa  Jin Saka Berpindah.

Jin Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah atau pembela, maka jin saka mencari perumah atau pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Proses Perpindahan Saka.

Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:


  • Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. 

  • Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

  •  Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

 Firman Allah s.w.t. (Surah al-a'raf: ayat 14-16):

Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............


  • Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati. Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana mana barang tinggalan si mati.

  •  Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

  •  Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.

 Potensi Penerima Jin Saka

Lazimnya jin saka akan mencari keturunan anak cucu yang ada pertalian darah. Namun begiru, jin saka juga boleh diterima kepada sesiapa saja walaupun tiada pertalian darah. Menurut Prof. Dr. Jahid Sidek, seorang Pendakwah dan Pengamal Perubatan Islam; jin saka sering dikaitkan dengan ilmu dan amalan salah yang melibatkan penggunaan jin atau syaitan yang diwarisi oleh seseorang daripada usulnya,ibu bapa atau datuk nenek ke atas.

Beliau memberi contoh, saka boleh diwarisi oleh seseorang daripada sahabat karibnya,isteri mewaris daripada suami atau sebaliknya,pekerja daripada majikannya atau sebaliknya seorang pelajar dari pensyarahnya atau sebaliknya,begitu juga doktor daripada jururawat atau sebaliknya.

Jin saka mencari tuan baru..anda mahu?
 
Seorang jiran mungkin mendapat saka dari jirannya (yang selalu bertandang) dan seorang yang selalu berjumpa bomoh atau pawang juga boleh mewarisi saka dari bomoh tersebut. Malah menurutnya lagi, satu fakta yang mungkin memeranjatkan bagi kebanyakan orang, cara seseorang itu mendapat saka tidak semestinya melalui ilmu dan amalan salah yang melibatkan jin atau syaitan tadi. Saka secara lansung, boleh terjadi apabila jin atau syaitan itu masuk sendiri ke tubuh manusia tanpa disedari oleh tuan punya tubuh lalu menghuni dan beranak pinak dalam tubuh tersebut malah boleh berpindah kepada sesiapa yang berdamping dengan orang tersebut. Contohnya boleh berlaku perkara begini apabila terjatuh tiba-tiba atau kencing ditempat-tempat tertentu.

Jin juga akan masuk ke dalam tubuh seseorang bukan kerana marah, tetapi kerana suka iaitu "rasa selesa, dapat makan minum dan daapat tempat tinggal"
. Saka juga boleh berlaku melalui sihir dan amalan "memagar rumah" . Menurut Prof.Dr Jahid, saka boleh berpindah melalui pelbagai cara. Antaranya melalui sentuhan tangan sewaktu bersalam, melalui pandangan mata, melalui barang milik peribadi, melalui rumah kediaman dan sebagainya.

Tanda-tanda Ringkas Penerima Saka

Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka :
Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang yang mewariskan saka dengan orang yang menerimanya.

  • Ada persamaan dalam masaalah kesihatan.

  • Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang menerimanya.

  •  Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.

  •  Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.

  •  Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan  ibu atau bapanya itu.

  •  Suasana rumah yang tidak harmoni.

  •  Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut.

Wallahu’aklam...Allah jua yang mengetahui.

Saya tetap sayang anda..jumpa lagi.