Assalamu’alaikum wwt.
Adakah anda pernah terkena
penyakit gout? Jika belum, anda bernasib baik kerana penyakit ini sungguh
merimaskan dan mengganggu pergerakan kita..
Kaki bengkak kerana gout. |
Kadang-kadang penyakit gout ini memang sengaja dicari..Mengapa saya
berkata begitu? Sebabnya tabiat makan kita yang tidak memikirkan langsung akan
kesannya kepada kesihatan. Tambahan pula dunia moden sekarang, banyak makanan
/minuman yang terdedah dengan penggunaan bahan kimia. Bahan kimia ini ibarat
bom jangka yang bakal meledak apabila sistem pertahanan badan semakin lemah
(kira dah tua lah tu).
Lambakan makanan segera yang memang menjadi perancangan barat (yahudi) memburukkan lagi keadaan. Apabila terkena
penyakit gout....kita akan mengambil pula ubat yang juga dikeluarkan oleh pihak
barat. Perubatan barat pula memang mengandungi dadah bahkan kadang kala
mengandungi bahan haram (babi).
Sudahnya, penyakit gout pulih, datang pula penyakit lain...akibat kesan
sampingan ubat.
Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan kepada saudara-saudara
pembaca agar berhati-hati dengan pemakanan.. Berikut adalah panduan bagi
mencegah daripada terkena penyakit gout..InsyaAllah.
Elakkan atau kurangkan makanan atau
amalan berikut:
- Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.
- Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll.
- Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
- Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
- Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
- Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
- Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
- Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
- Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
- Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
- Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
- Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
- Elakkan tembikai dan tembikai susu.
- Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
- Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
- Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
- Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
- Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma.
- Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
- Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
- Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
- Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis.
- Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout.
- Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang.
- Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
- Elakkan jering, petai dan kerdas.
- Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
- Elakkan menonton bahan pornografi.
- Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
- Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb.
- Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb.
- Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri.
- Elakkan sayuran jeruk.
- Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin.
- Elakkan makan telur masin.
- Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau).
- Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp).
- Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
- Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing).
- Kurangkan makanan bersantan.
- Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet
tiruan termasuk ajinomoto.
Makanan atau amalan yang perlu
diamalkan selalu pula ialah:
- Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
- Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
- Makan peria dan peria katak.
- Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.
- Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
- Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
- Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb.
- Buah Delima.
- Epal hijau 2 biji seminggu.
- Burung seperti burung puyuh dan merpati.
- Garam kasar menggantikan garam halus.
- Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran.
- Makan kapsul HABBATUSSAUDA
Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari
Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati
Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala
dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar
menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan
dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.
Sekian wassalam
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment