Thursday, 19 September 2013

CARA MENGHADAPI SIHIR



Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Al-Quran  sebagai penawar

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan, bahawa terdapat banyak bahaya terutama  bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas
Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untuk memastikan penyakit mereka disebabkan masalah organ dalaman. Seterusnya sekiranya doktor tidak dapat memastikan punca sebenar penyakit, barulah pesakit mendapatkan rawatan dari perawat Islam.

Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.

Disini, saya sarankan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.

Cara untuk scan diri sama ada jin berada dalam badan kita atau tidak adalah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah iaitu jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim .

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

  1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2.  Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
  3.  Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Sekurang-kurangnya amalkan set ruqyah asas berikut iaitu:

- Surah AlFatehah
- Ayatul Qursi
- Surah Al Ikhlas
- Surah Al Falak
- Surah An-Nas
- ......Dan tambahan doa / ayat-ayat lain yang diperoleh daripada guru (bukan berguru pada buku).

Antara anda-tanda diri anda dihuni Jin ialah
- Denyutan jantung makin kencang
- Badan begegar
- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
- Mengantuk/menguap
- Batuk
- Gelisah
- panas di tengkuk

Apapun, bukanlah mudah untuk merawat sihir ini. Ruqyah semata-mata tanpa pergantungan tauhid yang kukuh kepada Allah belum tentu menjamin kesembuhan. Ada kes sihir yang mengambil masa yang singkat untuk dipulihkan dan ada pula yang mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Sekian untuk perkongsian kali ini.. mudah-mudahan bermanfaat kepada semua.

No comments: