Saturday, 7 September 2013

Histeria dan Kaedah Menanganinya



Saudara pembaca yang dihormati,

Pernah juga saya dipanggil untuk merawat dan menangani kes histeria. Lazimnya histeria ini  sering terjadi kepada remaja atau pelajar.  Jika histeria berlaku, maka gemparlah seketika orang-orang yang berada di situ dan apa yang pastinya lebih banyak memerhati daripada berikhtiar merawatnya.  Agaknya memang kita seronok menjadi penonton...

Tulisan kali ini adalah berkisar mengenai kaedah ringkas menangani histeria. Mudah-mudahan info ringkas ini berguna kepada kita pada saat-saat kecemasan. Lakukanlah sendiri rawatan tersebut..

Asas rawatan
1.       Pada asasnya, hendaklah asingkan orang yang terkena histeria jauh dari orang ramai. Mangsa histeria biasanya terkena histeria di khalayak ramai dan ini memungkinkan berjangkitnya kepada orang lain yang lemah semangat. Cari PESAKIT yang mula-mula sekali terkena histeria.
2.       Baca al-Fatihah dan ayat Kursi.
3.       Baca Surah Al-Hasyr ayat 21 – 24
4.       Baca : “Ha mim
5.       Baca Surah al-Falaq
6.       Doa tepuk belakang belikat iaitu:  Bismillahi Masya Allah  Allahu Akbar.”

Histeria  Skala Kecil (sedikit)
1.     Asingkan mangsa histeria ke ruang yang lain.
2.     Bercakap dengan bahasa yang baik pada mangsa histeria agar bertenang.
3.     Jangan diikat, digari atau pukul mangsa histeria.
4.     Muallij membaca ayat pendinding.  Jika tidak sempat, minimumkan bacaan “bismillahirrahmanirrahim” sudah memadai.
5.     Jika bekesempatan, pagarlah di muka pintu atau kawasan dengan membaca:-
Yaasin ayat 9 (buat isyarat dengan jari telunjuk).
6.     Tepuk dahi pesakit sambil membaca selawat tafrijiah dan ha mim.
7.     Baca doa penggerak dan tekan di titik-titik sendi bermula dari ubun-ubun hingga ke hujung kaki. Jika perempuan, cukup sekadar menepuk belakangnya.
8.   Jika masih berterusan, kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan di antara tulang belikat.

Bahagian yang perlu ditepuk

Histeria  Skala Besar (Ramai)
(Perlukan pembantu untuk merawat)
1.    Elakkan campur tangan tukang sihir dan bomoh.
2.    Pasang cd ruqyah dengan speaker kuat atau  bolehlah baca ayat qursi atau azan kuat-kuat secara beramai-ramai.
3.    Cari mangsa yang paling agresif, tunjuk dengan jari sambil baca Yaasin ayat 9.
4.    Kejar dan cekup belakang lehernya dan jatuhkannya, bacakan surah al-namlu ayat 30-31. Tepuk ubun-ubunnya sambil membaca selawat tafrijiah.
5.    Kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan seperti gambarajah di antara tulang belikat.
6.    Suruh orang berhampiran pegang mangsa sambil membacakan surah al-falaq dan ha mim berulang-ulang kali sambil menyuruhnya tidur selepas habis bacaan.
7.    Cari lagi mangsa agresif kedua dan seterusnya.
8.    Perawat jangan berputus asa.


No comments: