Assalamu’alaikum wwt.
Berjumpa lagi dalam ruangan Blog Rawatan Islam Ansari
Jengka ini. Harapan saya, agar kita semua dilimpahi rahmat dan berkah daripada
Ilahi dalam bulan Rejab yang mulia ini.
Dalam tulisan
pada ini kali, saya ingin berkongsi tentang fenomena muntah sewaktu pesakit
diruqyah oleh perawat Islam. Pernahkah saudara melihat pesakit yang biasanya
mengalami gangguan jin atau sihir yang muntah tanpa dapat ditahan-tahan? Atau
adakah saudara pembaca sendiri pernah mengalami sendiri kejadian muntah ini?
Gambar hiasan: Pesakit muntah sewaktu diruqyah |
Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi pesakit
yang muntah sewaktu diruqyah. Justeru, ketika meruqyah pesakit yang biasanya
disebabkan oleh gangguan jin atau sihir, saya akan menyediakan plastik yang akan
digunakan oleh pesakit untuk menadah muntah. Hal ini kerana, jika pesakit
berasa hendak muntah maka janganlah ditahan...biarkan sahaja.
Secara jujurnya, saya sendiri tidak berapa pasti
mengapa pesakit muntah sewaktu diruqyah. Bukan semua pesakit akan muntah
apabila diruqyah. Ini bergantung kepada berat atau ringannya penyakit yang
dideritai. Saya berusaha menyingkap fenomena terjadinya muntah sewaktu
diruqyah.
Ruqyah Mempunyai Energy atau Tenaga
Ruqyah syari’ah yang terdiri daripada bacaan ayat-ayat
suci Al-Quran dan doa-doa Nabi Muhammad saw merupakan mukjizat terulung yang
hebat. Ayat-ayat suci al-Quran pada hakikatnya ialah NUR
atau CAHAYA. Nur itu sendiri mempunyai energy yang hebat kerana
bersumber dari alam yang tinggi.
NUR bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan.
Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan
kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran
juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan
menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu:
Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran
sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di
dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak)”. (surah an-Nisaa'
4:174)
Pengertian Energy Ruqyah adalah kemampuan melakukan
usaha (penyembuhan, pembentengan, perlawanan dari penyakit fisik, psikis,
gangguan jin, serangan sihir dan segala mara bahaya) hingga menghasilkan daya
kerja, kekuatan atau tenaga yang bersumber dari Al-Qur’an dan doa yang
disyari’ahkan. Maka dapat disimpulkan bahawa Energi Ruqyah berasal dari
keberkahan dan mukjizat bacaan ayat Suci Al-Qur’an dan Doa-doa Nabi Muhammad.
Nur yang terpancar daripada daripada ruqyah syari’ah
ketika perawat meruqyah pesakit secara hakikatnya akan merawat penyakit yang
dideritai oleh pesakit. Energy nur ini akan mampu
meneutralkan segala bentuk energy negatif, makhluk jin /syaitan, racun (toksin)
di dalam tubuh seseorang dengan menggunakan energy ruqyah.
Energy Nur hasil daripada bacaan ruqyah syari’ah merupakan suatu pencegahan dengan cara membuang semua bentuk energy negatif yang
menyerang tubuh badan. Energy negatif ini terdiri daripada racun-racun (toksin),
timbunan sampah sisa-sisa hasil metabolisme yang merupakan racun bagi tubuh.
Racun ini berkumpul dalam tubuh pesakit selama bertahun-tahun. Racun yang berkumpul
dalam tubuh ini akan menyebabkan sel-sel di dalam menjadi rosak dan secara bertahap menurunkan
kekebalan tubuh, yang dapat menjadi suatu penyakit.
Secara umum, tujuan ruqyah syari’ah antara lain adalah untuk membersihkan energy negatif. Hal ini kerana energy
negatif seperti toksin akan membahayakan
dan merosakkan sel-sel organ tubuh. Selain itu ruqyah syariah dapat mengembalikan semula fungsi dan keseimbangan organ-organ
tubuh dan sistem-sistemnya secara berkesan. Tambahan pula, energy ruqyah
dapat memberi kesempatan organ tubuh berisitrahat
terutama hati dan sistem pencernaan, menambah energi
bagi tubuh untuk melakukan proses metabolisme, dan untuk memperbaiki setiap kerosakan yang terjadi.
Tambahan pula, energy ruqyah berupaya memperbaiki
sirkulasi peredaran darah dan metabolisme, memperbaiki sel-sel yang rosak
dan menjaga keseimbangannya. membangun sistem
kekebalan tubuh, memperbaiki kualiti tidur malah mengubah diri dari
kurang sehat menjadi sehat.
Proses Terjadinya Muntah Ketika Diruqyah
Muntah adalah aktiviti mengeluarkan isi perut melalui mulut yang disebabkan oleh gangguan dari saluran pencernaan. Mual dan muntah disebabkan oleh pengaktifan pusat muntah di otak. Muntah merupakan cara dramatis tubuh untuk mengeluarkan zat yang merugikan. Muntah dapat disebabkan karena makan atau menelan zat beracun atau makanan yang sudah rosak dan tercemar (jangkitan kuman). Kemampuan untuk muntah dapat mempermudah pengeluaran toksin dari perut.
Ada pesakit yang muntah saat baru dimulai bacaan
ruqyah...Ada yang muntah setelah dibacakan beberapa ayat-ayat ruqyah...Ada yang
muntah setelah selesai proses ruqyah. Bahkan ada yang muntah dalam perjalanan
pulang ke rumah atau setelah sampai di rumahnya.....
Biasanya pesakit kebanyakan selalu muntah ketika
peruqyah menyentuh ubun-ubun, perut, dada sambil
membacakan ayat-ayat ruqyah atau juga pada saat meminum air yang sudah
diruqyah. Ada pesakit yang muntah seketika itu juga dan ada juga pesakit yang
muntah apabila meminum air ruqyah di rumah.
Dapatlah dikatakan bahawa pesakit yang muntah adalah kerana diakibatkan oleh dorongan yang kuat dari energi ruqyah yang terpancar ketika peruqyah membacakan ayat-ayat ruqyah. Ketika memegang salah satu bahagian tubuh yang sakit, maka tangan peruqyah secara langsung memprogram energinya menuju pusat sakit pesakit dan energi ruqyah yang terpancar mendorong penyakit untuk segera keluar melalui mulut.
Ada banyak sekali kejadian penyakit diakibatkan dari adanya zat-zat yang meyerang tubuh badan. Pada penyakit akibat sihir, sebahagian besar pesakit selalu akan mengalami muntah ketika diruqyah, sebab serangan sihir selalu membawa zat-zat beracun. Pernah pesakit muntah hijau dan hitam pekat malah lebih teruk akan keluar bersama muntah tersebut bahan-bahan berbahaya seperti paku, besi dan sebagainya. Saya berpendapat muntah yang keluar ini membawa bersama benda-benda asing seperti kuman atau virus penyakit, termasuk didalamnya makhluk-makhluk halus pengganggu (jin/syaitan).
Dengan melakukan terapi ruqyah sebahagian besar penyakit akan berkumpul di perut karena "ditekan" secara outomatik oleh pancaran energi ruqyah akan ditolak oleh energi ruqyah hingga dikeluarkan lewat mekanisme muntahan. Apa yang menakjubkan, kesembuhan penyakit akan segera berkesan dengan keluarnya penyakit melalui muntah walaupun ada juga yang keluar lewat buang air besar dan kecil, atau keluar dari liang-liang roma tubuh.
Kesimpulan
Yakinlah bahawa hal yang sedemikian adalah bukti nyata
mukjizat al-Quran dan pertolongan yang cepat daripada Allah swt. Bagaimana kita
dapat memikirkan dengan akal bahawa hanya dengan memegang salah satu bahagian
tubuh atau lebih berkesan lagi jika bacaan tersebut diikuti tepukan maka secara
outomatik penyakit akan berkumpul dan keluar dari mulut dengan membawa semua
energi negatif, kotoran penyakit, kuman/virus, makhluk-makhluk halus yang jahat
keluar dari tubuh pesakit.
Saya sarankan jika dalam terapi ruqyah pesakit terasa mahu muntah janganlah ditahan dan biarkan semua penyakit keluar dari mulut pesakit, begitu juga jika pada saat meminum air yang sudah diruqyah terasa mau muntah janganlah ditahan namun dikeluarkan muntahan tersebut......
Sekian untuk perkongsian pada kali ini. Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment