Bismillahirrahmanirrahim
Saudara pembaca yang dihormati
sekalian..
Makhluk jin merupakan sejenis makhluk yang diciptakan
daripada api. Jin memikul amanah sama seperti manusia iaitu untuk beribadah
kepada Allah. Walaupun begitu, terdapat ruang permusuhan yang nyata antara
makhluk jin dan manusia. Makhluk jin dapat melihat manusia tetapi manusia tidak
dapat melihat jin (kecuali yang diizinkan oleh Allah).
Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai manusia
diganggu oleh jin. Jin berupaya berjalan dalam salur darah manusia dan membuat
bisikan-bisikan yang jahat bahkan mereka dapat membawa penyakit. Oleh itu dapat
juga dikatakan bahawa jin ini merupakan sejenis kuman atau virus berbahaya yang
perlu dikeluarkan atau dimusnahkan dengan izin Allah.
Kadang-kala ada beberapa kes, manusia yang diganggu
oleh jin ini bertindak ganas atau agresif. Malahan tenaga manusia yang dirasuk
oleh jin ini berganda kekuatannya sehingga beberapa orang lelaki dewasa pun
belum tentu mampu menmegangnya. Agaknya jin ini sengaja menunjuk kehebatan dan
kekuatannya kepada manusia. Mana boleh begitu? Ingatlah bahawa manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi ini.
Janganlah takut dan gentar jika berhadapan dengan jin-jin yang agresif begini.
Walaupun begitu, keberanian yang ada bukanlah boleh dibuat-buat tetapi timbul
hasil pergantungan yang tinggi kepada Allah.
Tujuan tulisan pada kali ini ialah untuk berkongsi teknik
untuk mengunci jin yang ganas dan bertindak agresif agar mereka lemah dan
memudahkan proses rawatan seterusnya. Bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk
ilmu tetapi sekadar berkongsi teknik agar dapat digunakan semasa kecemasan.
Manalah tahu, suatu masa kelak teknik ini dapat diaplikasikan; contohnya kepada
guru yang berhadapan dengan pelajar yang diserang histeria, menolong jiran
tetangga dan sebagainya. Apa yang penting sekali teknik ini perlu ada dalam
diri setiap perawat agar memudahkan rawatan dan tidak mencederakan diri.
Teknik ini tingkat keberhasilannya cukup tinggi dimana
teknik ruqyah kuncian ini akan membuat jin-jin akan kaku tubuhnya (dengan
izin Allah). Teknik ini biasa
diaplikasikan untuk menangani orang yang “mengamuk” dimana orang yang sedang
kesurupan melakukan tindakan “brutal” yang dapat membahayakan dirinya dan orang
lain.
Aplikasi Teknik
Pengunci :
Dengan menyentuh pesakit
Secara Jarak jauh
Penjelasan:
Dengan Menyentuh Pesakit.
Pesakit yang mengamuk dipegang beramai-ramai lalu jari
telunjuk perawat menyentuh ubun-ubun pesakit
tersebut sambil membaca ayat-ayat kuncian dengan niat untuk mengunci tubuh pesakit
itu dan jin dalam tubuh agar tidak mengamuk lagi.
Secara Jarak Jauh
Jika pesakit tidak dapat dikejar atau pesakit tidak
dapat kita sentuh maka tekniknya adalah perawat menunjuk dengan jari telunjuk
kearah pesakit yang mengamuk, lalu membaca ayat-ayat kuncian dengan suara keras
sampai pesakit itu mendengarnya. Dengan meniatkan untuk mengunci tubuh pasien
dan jin dalam tubuh pasien agar tidak mengamuk lagi.
Pesakit diikat agar tidak agresif |
Teknik ini boleh juga digunakan ketika berhadapan
dengan orang gila yang sedang mengamuk. Kita sering mendengar adanya orang gila
yang mengamuk sambil membawa senjata tajam dan melukai setiap orang yang
berada didekatnya.
Bacalah dengan khusyuk dan keyakinan tinggi bahawa
Allah akan menolong kita, dan jangan lupa selalu diawali dengan membaca selawat
nabi .
Teknik ini tidak perlu puasa yang aneh-aneh atau menghafal
ayat dengan ribuan kali atau juga mengamalkannya setiap sholat. Baca saja
setiap kita memerlukannya. Tidak perlu ijazah dari saya apalagi memberikan
mahar untuk saya sebab semuanya mudah tetapi haruslah IKHLAS, YAKIN DAN REDHA.
Insyaallah.. Biiznillah.
Bacaannya adalah :
Al-Israa :50 (baca
3 kali)
Katakanlah:
“Jadilah kamu sekalian batu atau besi,
Al-Furqan : 23
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka
telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan
Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.
Al-Hadid:4
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke
dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan
apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
Sekian..jupa lagi..
Sumber dan
ubahsuai bahasa daripada:
No comments:
Post a Comment