Tuesday, 13 August 2013

Kaedah Bedah Makrifat



Pengenalan

Dalam usaha penyembuhan penyakit, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan sama ada secara moden, tradisional atau Islam.  Islam menganjurkan agar si pesakit berubat dan berdoa untuk sembuh. Kadang kala si pesakit sanggup melakukan apa sahaja usaha dan menghabiskan berapa sahaja harta dan wang ringggit asalkan sakitnya sembuh.  Apa yang lebih menducitakan, terdapat juga segelintir  pesakit yang sanggup pula mendapatkan rawatan yang lari daripada ajaran Islam yang sebenar.

Dalam artikel yang terdahulu, saya telah membawa minda saudara akan satu keadah pengubatan yang dikenali sebagai “Bedah Batin”. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai kaedah bedah batin ini. Selagi kaedah tersebut tidak bercangah dengan akidah Islam, maka bolehlah diikhtiarkan, tetapi jika kaedah tersebut bercanggah dengan akidah Islam maka elakkanlah.

Tulisan kali ini ingin mengenegahkan satu kaedah membedah juga, tetapi bukan bedah batin. Kaedah ini dinamakan “Bedah Makrifat”. Kaedah ini tidak melibatkan penggunaan khadam atau jin untuk membantu pengubatan tetapi hanya menggunakan kekuatan makrifat berserta teknik yang betul untuk ‘membedah’ di tempat yang sakit. Kaedah ini merupakan warisan ulama Nusantara yang jarang didedahkan kepada umum. Dengan izin Allah, saya berpeluang mempelajari kaedah ini dengan seorang guru yang sangat saya kasihi. (tidak perlulah saya sebutkan namanya di sini). Tulisan ini juga tidak akan memaparkan atau mengajar kaedah bedah makrifat ini. Mana boleh senang-senang nak ajar orang... jangan marah ye.

Keberkesanan Bedah Makrifat

Berkesan atau tidak berkesan sesuatu kaedah pengubatan yang kita gunakan, bergantung atas izin Allah semata-mata.  Kita harus ingat bahawa Allah yang mendatangkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit.  Namun, jika kita meminta dan yakin sepenuhnya kepada kekuasaan Allah, insyaAllah....pasti Allah akan menyembuhkan. Inilah kehebatan pengubatan Islam yang meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah disamping berusaha dan berikhtiar. Ubat bukan boleh menyembuhkan. Kaedah berubat juga bukan tiket untuk sembuh. Tetapi jangan pula meninggalkan ubat dan kaedah untuk sembuh. Fahamkan...

Saya ada satu kes akan keberkesanan kaedah bedah makrifat ini. Bukanlah niat saya untuk ‘mengangkat’ diri sendiri  tetapi sekadar berkongsi maklumat. Kisahnya begini...

Satu ketika iaitu pada tahun 2012, saya didatangi sepasang suami isteri yang meminta saya merawat kes yang agak serius. Si isteri ketika itu sedang mengandung tetapi terdapat satu ketumbuhan yang tumbuh berhampiran kandungannya. Jika dibiarkan, khuatir ketumbuhan itu akan menghimpit kandungan tersebut.  Hendak dibedah, risiko yang tinggi terpaksa ditanggung. Hendak dibiarkan sahaja takut risiko ke atas bayi yang sedang dikandung. Maklumlah itulah cahaya mata pertama yang bakal ditimang.

 
Jari telunjuk
Sayapun meruqyah si isteri dengan bacaan ruqyah nabawiyah. Saya mohon agar Allah membantu saya menangani kes yang agak berat ini. Selepas selesai set bacaan ruqyah tersebut, saya teruskan pula dengan kaedah bedah makrifat.  Saya pusatkan sepenuh perhatian ketika ‘membedah’ di bahagian perut pesakit. Tiada peralatan yang saya gunakan, hanya yang saya gunakan ialah jari telunjuk sahaja ketika membedah. Ketika itu saya memakrifatkan membedah bahagian yang sakit  itu dan ‘memasukkan’ hikmat ayat-ayat suci al-Quran. Seterusnya, saya menutup kembali tempat bedah tersebut dengan jari beserta doa menutup.

Alhamdulillah... beberapa bulan kemudian, saya mendapat berita bahawa ketumbuhan yang bersarang di perut si isteri telah pun surut atau tiada. Kini, pasangan tersebut telah mendapat cahaya mata lelaki. Syukur kepada Allah yang telah membantu usahaku.  Terima kasih buat guruku yang mengajar kaedah ini. Yang penting kena IKHLAS, kena YAKIN  dan kena REDHA kepada Allah.

Sekian, berjumpa lagi.

No comments: