Tuesday, 20 August 2013

Penyakit Barah @ Kanser Payu Dara: Rawatan secara Islam



Assalamu’alaikum wwt.


Pengenalan

Penyakit Barah @ kanser merupakan salah satu penyakit berbahaya yang sedang mengancam kesihatan manusia masa kini. Dianggarkan bahawaPenyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, penyakit ini merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan kes ini merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

Sekilas tentang Rawatan Moden

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi. Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.



Rawatan Pengubatan Islam
(Dengan ruqyah sya’riyah dan kaedah yang dipelajari)

 
Barah yang kronik


 Rawatan pencegahan awal amat perlu untuk mengelakkan barah @ kanser ini menjadi serius. Sekiranya barah @ kanser ini sampai ke tahap 4, maka seolah-olah hidup ini tiada maknanya. Bagi wanita, barah payu dara adalah salah satu barah yang sangat memeritkan. Apa tidaknya, payu dara yang menjadi simbol kecantikan wanita terpaksa di buang (operation) jika sampai ke tahap kritikal.. Mesej saya ialah agar meletakkan Pengubatan Islam di tempat teratas berbanding kaedah pengubatan yang lain. Selalunya saya menerima kes pesakit barah payu dara yang telahpun menjalani pembedahan kemudian barulah berikhtiar mendapatkan rawatan pengubatan Islam. Menurut pengalaman yang diceritakan oleh tenaga pengajar di Darussyifa semasa saya belajar dahulu, bahawa hampir 90% pesakit barah @ kanser boleh sembuh tanpa pembedahan. Jika sekiranya barah tersebut telah terkena ‘besi’ (pisau bedah), maka agak sukar untuk sembuh. Wallahu’aklam.. Saya ada beberapa kes  merawat penyakit barah payu dara ini. Bukanlah niat saya untuk menunjuk pandai tetapi sekadar berkongsi pengalaman sahaja.

Kes Pertama:
Seorang gadis yang masih belajar di IPT dikesan ada benjolan di payu daranya. Beliau datang bersama ibunya ke rumah saya beberapa tahun lepas. Dalam kes ini, saya hanya berpandukan keterangan pesakit sahaja di bahagian mana barah tersebut berada. Takkanlah saya nak merasa atau meraba bahagian payu dara tersebut. Tidak manis rasanya saya berbuat begitu, nanti menjadi isu pula. Saya masih ingat akan pesanan guru saya iaitu ketika merawat wanita, elakkan memegang bahagian sensitif. Memadai perawat memegang bahagian belakang pesakit dengan memakrifatkan memegang bahagian sakit tersebut (dada). Dengan membaca doa-doa pilihan, dan melakukan kaedah ‘bedah makrifat’, saya merawat pesakit tersebut.
Hanya sekali itu sahaja pesakit datang berjumpa dengan saya. Saya mendapat tahu keadaannya melalui ibu saudaranya bahawa barah payu dara gadis tersebut telah pulih. Hanya Allah yang menentukan kesembuhan dengan izinNya.

Kes Kedua:
            Baru-baru ini si suami pesakit telah menelefon saya untuk meminta pertolongan merawat penyakit barah payu dara isterinya yang sampai tahap ke-4. Besarlah  harapan beliau, agar saya dapat datang ke rumahnya di Felda Kota Gelanggi kerana isterinya sangat lemah dan hanya mampu terbaring sahaja. Saya tidak sampai hati untuk menolak permintaan beliau tetapi dengan syarat, beliau haruslah datang mengambil saya. Jika datang sendiri, dikhuatiri saya sesat  dan lambat pula sampai, maklumlah jalan di kawasan felda ini terlalu banyak simpang. Sesampainya saya di rumah pesakit, hati saya sebak melihatkan keadaan pesakit yang terbaring lemah dan tertidur.  Saya diberitahau, si pesakit telah 8 kali menjalani rawatan kimoterapi. Bayangkanlah betapa seksanya pesakit menanggung ‘panasnya’ rawatan kimo.    Seperti biasa saya meruqyah pesakit dengan ayat-ayat suci al-Quran dan melakukan kaedah ‘bedah makrifat’. Ketika itu, saya merasakan betapa kerdilnya diri saya di hadapan Allah SWT. Hakikatnya, Allah jua yang mengubat dan menyembuh penyakit. Apa yang ada pada saya ialah ‘mati’. Orang mati mana boleh berbuat apa-apakan..
            Sampai ketika ini, saya tidak dihubungi lagi oleh si suami. Katanya beliau hendak membuat rawatan ulangan..

Kes Ketiga:
Saya telah menerima panggilan daripada sorang sahabat saya yang menceritakan bahawa ibu mertuanya ingin mendapatkan rawatan barah payu dara yang dideritainya. Diringkaskan cerita, pada petang tersebut (19/8/2013), sahabat saya telah membawa ibu mertuanya ke rumah saya untuk mendapatkan rawatan. Makcik ini telahpun menjalani pembedahan untuk membuang payudara di sebelah kanan. Untuk rawatan kali ini, saya telah menggunakan kaedah rawatan yang telah saya pelajari di Darussyifa iaitu menggunakan kombinasi doa-doa terpilih dan bahan rawatan.

Antara bahan rawatan:
1.      Air
2.      Sebiji mangkuk putih
3.      Kapur kerang (yang diperbuat daripada kulit kerang)
4.      Rumput sambau

Kaedah:
1.      Gunakan kaedah biasa ketika mencabut rumput sambau atau ketika menerima bahan daripada pesakit.
2.      Baca doa pada diri pesakit  kemudian tiup pada air
3.      Masukkan satu sudu besar kapur dalam mangkuk, dan tuangkan air yang telah didoakan secukupnya, dimana bedak tadi tidak terlalu pekat atau cair.
4.      Pegang rumput sambau dan masukkan akarnya dalam mangkuk dan kacau ikut pusingan tawaf. Bila sebati tak boleh pegang akar lagi. Kalau terpegang, ambil rumput lain.
5.      Sapukan kapur tadi menggunakan rumput (bahagian akar) pada permukaan yang sakit
6.      Lakukan kaedah ini selama 3 hari, 2 kali sehari (pagi dan petang)
7.      Akar yang diguna boleh simpan  1  atau 2 hari saja.

Pesakit berazam untuk mendapatkan rawatan ulangan. Mudah-mudahan sembuh dengan izin Allah.


Nasihat saya

Sesungguhnya Al-Quran itu merupakan penawar yang mujarab untuk merawat penyakit rohani dan jasmani. Marilah bersama-sama memartabatkan Pengubatan Islam.

No comments: