Salam sejahtera buat saudara yang setia mengikuti
blog saya, moga anda dirahmati Allah.
Dalam tulisan yang lalu, saya telah menyentuh
tentang tanda-tanda gangguan jin saka. Tanda-tanda tersebut berdasarkan
pengalaman perawat-perawat yang telah merawat gangguan jin saka yang berada di
badan pesakit. Sebenarnya, tanda-tanda tersebut sekadar pemerhatian dan panduan awal sebelum rawatan susulan
dibuat.
Tulisan pada kali ini pula akan menyentuh berkenaan
tanda-tanda gangguan jin sihir yang menyerang manusia. Ada diantara tanda-tanda
tersebut yang bersamaan dengan tanda-tanda gangguan jin saka. Saudara pembaca
bolehlah menyemak tanda-tanda tersebut sekadar langkah berjaga-jaga.. jika
perlu rawatan, maka berjumpalah perawat Islam yang mengamalkan kaedah yang
selari dengan ajaran Islam.
Tanda-tanda di waktu tidur:
1.
Mimpi yang menakutkan.
2.
Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular,
singa, serigala dan tikus.
3.
Bermimpi seolah-olahnya
ia jatuh dari tempat yang tinggi.
4.
Bercakap-cakap
ketika tidur atau keluar suara yang tertentu
seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara
mengeluh.
5.
Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan
jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya
benar-benar berlaku.
6.
Susah
hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
7.
Kerap
terjaga tidur di waktu malam.
8.
Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa
sedar.
9.
Bermimpi ia berada di
kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang
sunyi ( lagi menakutkan).
10.
Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi
atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.
Tanda-tanda ketika Jaga :
1.
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
2.
Suara berubah ketika marah.
3.
Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
4.
Berjalan terhoyong-hayang.
5.
Cara
makannya menjijikkan.
6.
Berpaling daripada
membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca
Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
7.
Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi
dan za' faran
8.
Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
9.
Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
10.
Sakit kepala atau selalu
terlupa ketika solat.
11.
Tidak dapat memberi
tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
12.
Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
13.
Denyutan
jantung bertambah cepat tanpa sebab.
14.
Bercakap
tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan
bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati
ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
15.
Sedih
tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
16.
Suka
memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa
seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang
kepercayaannya terhadap orang lain.
17.
Mengabaikan
kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau
pelajarannya
18.
Sakit
tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab
kesihatan.
19.
Beberapa anggota
badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang
amat sangat.
20. Perjalanan haid wanita tidak teratur.
Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau
haidnya tidak teratur.
No comments:
Post a Comment