Saudara pembaca yang dihormati,
Nampaknya penyakit misteri
angkara gangguan jin saka semakin bertambah banyak. Hal ini berdasarkan jumlah
kes penyakit tersebut yang telah saya rawat. Saya percaya masih banyak lagi
kes-kes seumpama ini yang berlaku. Kalau saka yang mendatangkan kebaikan tidak
apalah juga, tetapi kebanyakkan saka ini mendatangkan banyak masalah dalam
kehidupan seharian kita. Maklumlah bangsa jin mana boleh dibuat sahabat, kerana
banyak keburukan daripada kebaikan. Marilah kita selidiki apakah tanda-tanda
gangguan jin saka yang menimpa manusia.. mungkin anda salah seorang
daripadanya... jaga-jaga.
Saka harimau untuk menjaga diri |
Di antara tanda-tanda yang
menunjukkan seseorang itu ada saka adalah seperti yang dinyatakan berikut:
Gejala Pada Waktu Tidur:
1.
Mimpi
melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil
menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
2.
Mimpi
melihat orang tua (berjubah @ lain2) yang
datang hendak memberi sesuatu. ini biasa berlaku kepada golongan lelaki).
3.
Susah tidur malam,
tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
4.
Sering terjaga pada
waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
5.
Mimpi buruk yang
dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit
meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam
keadaan ‘kena tindih’.
6.
Mimpi
perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
7.
Mimpi
melihat binatang seperti kucing, anjing,
unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular,
kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
8.
Bunyi gigi berlaga ketika
tidur.
9.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
10. Berdiri dan berjalan ketika
tidur.
11. Mimpi jatuh dari
tempat tinggi.
12. Mimpi berada di
kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
13. Mimpi berada di tempat
sunyi.
14. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan
rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
15. Mimpi melihat salib
atau gereja.
16. Mimpi bertemu paderi.
17. Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala Pada Waktu Jaga:
1.
Selalu pening,
para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan
penyakit misteri.
2.
Sentiasa
terasa sakit di belakang terutama di tulang
belakang
3.
Selalu lalai
daripada mengingati Allah s.w.t.
4.
Hilang ingatan dan
mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang
gila digelar ‘majnun’.Majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
5.
Sering lesu dan malas.
6.
Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak
berupaya mengubatinya.
7.
Lenguh di sendi-sendi utama.
8.
Melihat
sesuatu yang pelik semasa jaga.
9.
Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki, seperti
terpijak batu atau telur.
10. Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu
ujian.
11. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
12. Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
13. Mudah marah dan panas baran.
14. Emosional dan terlalu sensitif.
No comments:
Post a Comment