Salam sejahtera buat pembaca
yang saya sayangi...
Tulisan kali ini masih lagi
berkisar tentang jin saka yang semakin membimbangkan yang mengancam
ketenteraman hidup manusia. Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa jin saka ini langsung
tidak memberi manfaat dalam kehidupan, malah menyusahkan lagi ada....
Melalui info ini saya ingin
membuka minda pembaca agar mengenal jin saka dan seterusnya membuangnya dalam
kehidupan kita. Biarlah kita hidup
dengan aman dan beribadat dengan tenang serta pergantungan yang mutlak kepada
Allah semata-mata. Apa yang kita
harapkan ialah keredhaan Allah semasa di dunia dan di akhirat.
Masa Jin Saka Berpindah.
Jin Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah atau pembela, maka jin saka mencari perumah atau pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.
Proses Perpindahan Saka.
Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah
selepas kematian tuan punya saka tersebut:
- Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya.
- Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
- Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
Firman Allah s.w.t. (Surah al-a'raf: ayat 14-16):
Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai
waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka
yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum
saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang
lurus.............
- Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati. Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana mana barang tinggalan si mati.
- Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
- Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.
Potensi Penerima
Jin Saka
Lazimnya jin saka akan mencari keturunan anak cucu
yang ada
pertalian darah. Namun begiru, jin saka juga boleh diterima kepada
sesiapa saja walaupun tiada pertalian darah. Menurut Prof. Dr. Jahid
Sidek, seorang Pendakwah dan Pengamal Perubatan Islam; jin saka
sering dikaitkan dengan ilmu dan amalan salah yang melibatkan penggunaan jin atau
syaitan yang diwarisi oleh seseorang daripada usulnya,ibu bapa atau datuk nenek
ke atas.
Beliau memberi contoh, saka boleh diwarisi oleh
seseorang daripada sahabat karibnya,isteri mewaris daripada suami atau sebaliknya,pekerja daripada majikannya atau
sebaliknya seorang pelajar dari pensyarahnya atau sebaliknya,begitu juga doktor
daripada jururawat atau sebaliknya.
Seorang jiran mungkin mendapat saka dari jirannya (yang selalu bertandang) dan seorang
yang selalu berjumpa bomoh atau pawang juga boleh mewarisi saka dari bomoh tersebut. Malah menurutnya lagi, satu
fakta yang mungkin memeranjatkan bagi kebanyakan orang, cara seseorang itu
mendapat saka tidak semestinya melalui ilmu dan amalan salah yang melibatkan jin
atau syaitan tadi. Saka secara lansung, boleh terjadi apabila jin atau syaitan
itu masuk sendiri ke tubuh manusia tanpa disedari
oleh tuan punya tubuh lalu menghuni dan beranak pinak dalam tubuh
tersebut malah boleh berpindah kepada sesiapa yang berdamping dengan orang
tersebut. Contohnya boleh berlaku perkara begini apabila terjatuh tiba-tiba
atau kencing ditempat-tempat tertentu.
Jin juga akan masuk ke dalam tubuh seseorang bukan kerana marah, tetapi kerana suka iaitu "rasa selesa, dapat makan minum dan daapat tempat tinggal". Saka juga boleh berlaku melalui sihir dan amalan "memagar rumah" . Menurut Prof.Dr Jahid, saka boleh berpindah melalui pelbagai cara. Antaranya melalui sentuhan tangan sewaktu bersalam, melalui pandangan mata, melalui barang milik peribadi, melalui rumah kediaman dan sebagainya.
Tanda-tanda Ringkas Penerima Saka
Ada beberapa tanda yang boleh dilihat atau dirasai bagi mengesahkan adanya saka :
Ada persamaan fizikal dan sifat-sifat antara seorang
yang mewariskan saka dengan orang yang menerimanya.
- Ada persamaan dalam masaalah kesihatan.
- Ada persamaan suhu badan antara orang yang mewariskan saka dengan orang yang menerimanya.
- Orang yang mewarisi saka menghadapi kesukaran jodoh.
- Susah mendapat rezeki juga antara tanda adanya saka.
- Seorang anak yang menerima saka dari ibu bapanya paling sukar untuk serasi dengan ibu atau bapanya itu.
- Suasana rumah yang tidak harmoni.
- Menghadapi kesukaran sewaktu sakaratul maut.
Wallahu’aklam...Allah jua yang mengetahui.
Saya tetap sayang anda..jumpa
lagi.
No comments:
Post a Comment