Salam sejahtera buat pembaca
yang setia mengikuti blog saya...
Manusia tidak sunyi daripada
terkena musibah penyakit sama ada penyakit zahir mahupun penyakit batin.
Menurut kaca mata sufi, setiap penyakit yang menimpa kita sebenarnya adalah
satu rahmat daripada Allah. Mungkin penyakit tersebut merupakan kifarah untuk
membersihkan dosa-dosa kita yang lalu atau mungkin juga sebagai tanda untuk
meninggikan maqam kita. Wallahhu’aklam.
Namun begitu, jika kita terkena
penyakit, wajiblah kita berikhtiar untuk mencari penawar atau ubat untuk
menyembuhkannya. Janganlah berserah sahaja tanpa berusaha... jika kena caranya,
pasti penyakit tersebut akan sembuh dengan izin Allah.
Al-Quran |
Dalam tulisan kali ini, saya
ingin mengajak saudara pembaca agar kembali kepada teknik penyembuhan yang
terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Quran.
Sesungguhnya al-Quran itu adalah penyembuh yang paling mujarab jika kita tahu
mengunakannya dan yakin serta sabar mempraktikknya. Al-Quran merupakan suatu
teknologi penyembuhan yang paling mujarab.
Bagi pembaca yang sukar membaca
ayat-ayat yang panjang, saya rasa cukup jika kita hafal dan beramal dengan
kombinasi ayat al-Quran yang minima sahaja. Bacaan yang digunakan cukup surah Al-fatihah,
ayat Kursi,
dan 3 Qul (Al-Ikhlas,
Al-falaq dan An-naas).
Fadhilah (keutamaan):
- Surah Al Fatihah adalah untuk penyembuhan semua macam penyakit.
- Ayat Kursi adalah untuk pembentengan/perlindungan dari semua jenis penyakit
- 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-falaq dan An-naas) adalah untuk memutus/ menghancurkan kekuatan semua macam penyakit dan membuangnya dari tubuh.
Urutan yang harus dibaca selama melakukan perawatan
ialah diawali Al-fatihah, ayat Kursi,
dan diakhiri 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-falaq dan An-naas)
Kaedah Penggunaan:
- Ketika membaca surah Al-fatihah niatkan untuk menghilangkan semua jenis penyakit
- Ketika membaca ayat kursi niatkan untuk membentengi tubuh dari penyakit yang sudah dikeluarkan dari tubuh.
- Ketika membaca 3 Qul niatkan untuk menghancurkan kekuatan semua penyakit dan membuangnya dari tubuh.
Contoh
:
- Untuk merawat penyakit jasmani adalah jika anda menderita sakit BARAH / KANSER maka ketika membaca Al-Fatihah niatkan melepaskan virus barah/ kanser dari dalam tubuh dan menyembuhkan tubuh. Ketika membaca ayat kursi niatkan membentengi seluruh sel tubuh dari kembalinya Virus BARAH/ KANSER dan ketika membaca 3 Qul niatkan menghancurkan kekuatan virus BARAH/KANSER dan membuangnya dari tubuh.
- Contoh untuk merawat penyakit rohani (kejiwaan) adalah jika anda menderita kemurungan, kecemasan atau halusinasi, ketika membaca Al-Fatihah niatkan untuk melepaskan semua kemurungan, kecemasan atau halusinasi dari tubuh fizikal dan rohani (nafs/jiwa/sukma) dan menyembuhkan tubuh fizikal dan rohani, ketika membaca ayat kursi niatkan membentengi tubuh fizikal dan rohani dari kembalinya kemurungan, kecemasan, halusinasi dan ketika membaca 3 Qul niatkan untuk menghancurkan semua bentuk emosi negatif kemurungan, kecemasan, halusinasi dan membuangnya dari tubuh.
- Contoh untuk gangguan jin dan sihir adalah ketika membaca Al-fatihah niatkan untuk melepaskan/menarik semua jin dan kotoran sihir dari dalam tubuh fizikal dan rohani dan niat menyembuhkan tubuh fizikal dan rohani yang sudah diganggu oleh jin dan sihir. Ketika membaca ayat kursi niatkan untuk membentengi tubuh fizikal dan rohani dari kembalinya jin dan sihir hingga tidak dapat lagi mempengaruhi tubuh fizikal dan rohani dan ketika membaca 3 Qul niatkan untuk menghilangkan kekuatan jin dan sihir dan menghancurkannya dan membuangnya dari tubuh.
5 LANGKAH MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI AL-QURAN
1. Minum Air ruqyah
2. Teknik Usapan Seluruh tubuh
3. Teknik Usapan bahagian tubuh tertentu
4. Teknik Usapan cairan herba
5. Teknik membacakan ayat ruqyah pada ubat
1. Minum Air ruqyah
Kita harus mulakan dengan doa dengan membaca ta'awudz
lalu selawat nabi 3 kali dan mengucapkan "Ya Allah hamba mohon sembuhkan hambamu ini dari sakit.......(sebutkan
sakitnya), Tiada daya upaya kecuali pertolongan Engkau ya Allah, Aamiin ya
Allah ya Robbal 'Alamin"
lalu ambil satu botol air lalu dekatkan mulut air
tersebut (jaraknya antara 3-5 cm) bacakan Al-fatihah, ayat Kursi, dan 3 Qul
(Al-Ikhlas, Al-falaq dan An-naas) sebanyak 7 kali ulangan dengan setiap selesai
satu surat dihembuskan kedalam air.
Setiap hendak melakukan rawatan dengan meminum air
ruqyah tidak perlu membacakan lagi cukup ambil segelas membaca bismillah lalu
minum dengan menggunakan tangan kanan.
2.Teknik Usapan Seluruh
tubuh
Duduk bersila lalu dekatkan kedua telapak tangan ke mulut
(jarak 5-10 cm) bacalah Surah Al-fatihah, ayat kursi dan 3 Qul sebanyak 3 kali
dengan setiap selesai 1 surat dihembuskan hawa mulut kekedua telapak tangan.
Usapan pertama.
Usapkan kedua telapak tangan dimulai dari seluruh
kepala, leher, tangan kanan, tangan kiri, dada dan perut, punggung, kaki kanan
dan kiri sebanyak minima 3 kali usapan sambil membaca Al-fatihah terus menerus
niatkan untuk melepaskan semua penyakit dari tubuh fizikal dan rohani dan
menyembuhkan tubuh fizikal dan rohani dari penyakit yang diderita.
Usapan kedua
Usapkan kedua telapak tangan dimulai dari seluruh
kepala, leher, tangan kanan, tangan kiri, dada dan perut, punggung, kaki kanan
dan kiri sebanyak minimal 3 kali usapan sambil membaca Ayat Kursi terus menerus
niatkan untuk membentengi tubuh fisik dan eterik dari semua penyakit yang
diderita.
Usapan Ketiga
Usapkan kedua telapak tangan dimulai dari seluruh
kepala, leher, tangan kanan, tangan kiri, dada dan perut, punggung, kaki kanan
dan kiri sebanyak minimal 3 kali usapan sambil membaca 3 Qul terus menerus
niatkan untuk menghilangkan kekuatan dan menghancurkan penyakit yang diderita
dan membuangnya dari tubuh.
3.Teknik Usapan Bahagian
Tubuh Tertentu
Letakkan telapak tangan pada bahagian tubuh yang sakit
dimulakan dengan membaca surah Al-fatihah sebanyak minima 3 kali dengan niat
untuk melepaskan semua penyakit dari tubuh fizikal dan rohani dan menyembuhkan
bahagian tubuh tertentu penyakit yang diderita. Jika bentuk penyakitnya adalah
karena gangguan kejiwaan, letakkan tangan di dada dan ubun-ubun.
Dilanjutkan membaca ayat kursi minima 3 kali dengan niat membentengi bahagian tubuh tertentu dari segala bentuk serangan penyakit.
Diakhiri membaca 3 Qul dengan mengusap-ngusapkan
telapak tangan ditempat bahagian tubuh yang sakit dengan niat menghilangkan
kekuatan dan menghancurkan penyakit yang diderita dan membuangnya dari tubuh.
4. Teknik usapan
cairan herba
Cairan herba yang terbaik untuk semua penyakit fizikal,
rohani, gangguan jin dan sihir adalah dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak habbatussauda. Sebelum minyak minyak
zaitun atau minyak habbatussauda digunakan hendaknya diruqyah dahulu dengan
cara mendekatkan minyak zaitun atau minyak habbatussauda kedekat mulut ( 3-5
cm) lalu bacakan surah Al-fatihah, ayat Kursi, dan 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-falaq
dan An-naas) sebanyak 3 atau 7 kali ulangan dengan setiap selesai 1 surat
dihembuskan kedalam minyak minyak zaitun atau minyak habbatussauda.
lalu untuk penggunaan seterusnya tidak perlu dibacakan lagi memadailah membaca basmalah dan menggosokkannnya dibahagian tubuh tertentu yang sakit, jika sakitnya adalah gangguan kejiwaan utamakan menggosokkannya di dada dan kening.
5. Teknik membacakan ayat ruqyah pada ubat
Jika ada ubat-ubatan baik dari doktor, atau tabib
hendaknya juga diruqyah dahulu dengan
mendekatkan ubat-ubatan tersebut ke mulut ( 3-5 cm) lalu bacakan surah
Al-fatihah, ayat Kursi, dan 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-falaq dan An-naas) sebanyak 3
atau 7 kali ulangan dengan setiap selesai 1 surat dihembuskan ke dalam obat dan
ketika penggunaan hanya makan dan tidak perlu dibacakan lagi.
KESIMPULAN
Tidak syak lagi bahawa teknologi penyembuhan
menggunakan ayat-ayat suci al-Quran hendaklah menjadi rujukan utama dan pilihan
pertama untuk merawat setiap penyakit yang dideritai. Yakinlah bahawa a-Quran
adalah mukjizat terulung nabi kita Muhammad saw.
Sumber dan olah bahasa (mohon izin):
No comments:
Post a Comment