Sunday, 24 November 2013

RAWATAN PENYAKIT BUASIR



Pengenalan

Penyakit Buasir

Penyakit buasir melibatkan suatu bonjolan atau gumpalan pada dinding dalam dubur (anus). Dalam saluran dubur manusia terdapat struktur yang dipanggil sebagai vascular endocushions yang menyebabkan otot-otot dubur menjadi kenyal. Kebiasaannyua struktur ini kecil dan tidak ketara.  Apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan menjadi bengkak.  Dalam tempoh waktu tertentu, struktur ini akan hilang kekenyalannya, sekaligus terjulur keluar dari dubur..

Dalam rawatan moden iaitu ketika mendapatkan rawatan di hospital, penyakit buasir ini boleh dirawat secara suntikan dengan ubatan khusus dan menggunakan ligasi gelang getah (rubber band ligation).  Bagi penderita buasir yang serius, memerrlukan pembedahan yang dinamakan cryotherapy dan sphincterotomy.

Gejala Penyakit Buasir

Apakah anda melihat darah keluar ketika membuang air besar? Darah merah akan keluar bersama najis, adakalanya darah ini akan menitis dan dapat dikesan pada mangkuk tandas.  Sekiranya pendarahan berterusan dalam tempoh waktu tertentu, pesakit berkemungkinan mengalami anemia kerana kehilangan banyak darah.  Oleh hal demikian, pencegahan pada peringkat awal amat perlu untuk membendung  ke tahap serius. amalan memakan makanan yang banyak mengandungi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, serta bijirin dapat melawaskan pembuangan air besar dan seterusnya mengelakkan sembelit.

Kaedah dan Rawatan penyakit Buasir

Sesungguhnya pada al-Quran itu mengandungi terapi penyembuhan yang hebat. Dengan izin Allah, penyakit buasir dapat dirawat menggunakan kombinasi antara doa yang dibaca pada air dan menggunakan beberapa bahan.  Bahan-bahan rawatan tersebut adalah mengikut kesesuaian dan kemudahan yang ada pada pesakit untuk mendapatkannya.

Ayat-ayat pilihan untuk dibaca atau didoa.


  1.  Surah al-Fatihah
  2.  Selawat Syifa’
  3.  Selawat Tafrijiyyah
  4.  Doa Penghilang Kesakitan

 
Surah al-Fatehah


Selawat Syifa'
 

Selawat Tafrijiyyah


Doa Penghilang Kesakitan

Doa tambahan Rawatan Penyakit Buasir

Kita seharusnya tidak perlu berputus asa jika ikhtiar rawatan yang dilakukan sebelum ini tidak menampakkan hasil yang diharapkan.  Sekiranya setelah beberapa kali penyakit buasir dirawat tetapi masih belum juga sembuh, maka disarankan menambah bacaan doa seperti berikut:


  • Istighfar 

  • Niat pohonkan “Wahai Tuhan yang lemah lembut mengatasi setiap yang lembut, kasihanilah aku dalam urusanku. Ya Allah sembuhkan penyakitku, wahai Tuhan yang Amat mengasihani dari segala-galanya”

  • Hauqalah


Bahan Rawatan Penyakit Buasir:


  1. Air, daun semperai dan minyak sapi asli (yang dibuat daripada susu lembu  atau  kerbau) atau
  2.  Air, daum semperai, mentega Fernleaf dan daun kelo, atau
  3.  Air, kulit buah delima masak, ibu kunyit, daun inai dan bedak sejuk.


Cara Penyediaan dan Penggunaan Bahan

Kaedah 1 : daun semperai dan minyak sapi asli

  • Daun semperai ditumbuk lumat.

  • Panaskan minyak sapi dalam kuali kemudian masukkan daun semperai ketika sedang menggelegak.

  • Masak sehingga kering dan pekat.

  • Digentel (dibulat-bulatkan dengan jari) supaya jadi seperti majun sebesar jari kelingking.

  • Makan majun tersebut (5 biji sekali makan) beserta air yang telah didoa, tiga kali sehari iaitu sebelum sarapan, selepas makan tengahari dan selepas makan malam.

Kaedah 2: Daun semperai, mentega Fernleaf dan daun kelo.

Caranya sama seperti kaedah 1 di atas, hanya sebagai tambahan ketika memanaskan mentega Fernleaf, daun kelo hendaklah digunakan untuk mengacau mentega tersebut sehingga mendidih.

Kaedah 3: Air doa, kulit buah delima masak, ibu kunyit, daun inai dan bedak sejuk.


  • Bahan-bahan yang tersebut di atas hendaklah digaul dan ditumbuk lumat.

  • Bahan tersebut boleh diminum setelah dikisar serta ditapis terlebih dahulu.

  • Bahan yang telah ditumbuk kemudiannya disapu pada permukaan lubang dubur.

Sekian perkongsian buat kali ini, jumpa lagi.

No comments: