Saudara pembaca
yang dihormati;
Kita sambung lagi
perbincangan mengenai kaedah untuk membenteng diri, keluarga dan harta benda
daripada sebarang ancaman. Amalan membenteng diri ini adalah sebagai salah satu
ikhtiar yang tidak boleh dipandang remeh.
Kali ini saya
ingin berkongsi mengenai kaedah benteng pertahanan diri melalui amalan membaca Ayatul Kursi.
Kaedah 2 : Pendinding Dengan Ayatul Kursi
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit
dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan
Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA:
- Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
- Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca Ayatul Kursi tiup di sekeliling mengikut pergerakan tawaf Kaabah, dengan niat melindungi diri.
- Untuk melindungi rumah: baca Ayatul Kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada di dalam atau di luar rumah.
Sekian, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment