Saudara pembaca yang
dihormati
Sudah
agak lama saya tidak menulis dalam ruangan blog ini dek kerana kekangan masa. Akhir-akhir
ini jadual harian saya agak padat sehingga saya tidak berkesempatan untuk
menulis.
Pada kali
ini, saya tergerak hati untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan kaedah banteng
pertahanan diri, keluarga dan harta benda. Sebenarnya ada banyak kaedah yang
boleh kita amalkan untuk tujuan tersebut, tetapi saya memilih kaedah yang
paling masyhur dan mudah. Apa yang saya paparkan ini merupakan amalan yang saya
terima daripada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Besarlah harapan saya agar
amalan ini dapat dipanjangkan dan dipraktikkan oleh kita semua agar selamat
daripada musibah dan bencana. Kuncinya ialah mesti IKHLAS, YAKIN dan REDHA. Insya-Allah...
Kaedah 1 : AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA:
- Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
- Mengangkat tangan seperti berdoa
- Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
- Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
- Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan ke seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
- Lakukan sekali sebelum tidur dan selepas solat subuh setiap hari.
sekian...jumpa lagi
No comments:
Post a Comment