Selamat bertemu
lagi buat pengunjung blog saya ini...
Info kali ini masih lagi berkisar tentang kaedah
membenteng diri dan ini mungkin merupakan kaedah terakhir untuk saya kongsikan
dengan pembaca. Terima kasih saya
ucapkan kepada tuan guru saya iaitu Dr. Ustaz Haron Din yang telah membimbing
saya dalam bidang pengubatan Islam berteraskan doa-doa daripada al-Quran dan
Hadis.
Sebenarnya tujuan saya memaparkan hal berkaitan
benteng pertahanan diri ini adalah atas dasar kasih dan sayang saya kepada
saudara seagama Islam. Sering kali apabila saya merawat pesakit yang melibatkan
gangguan makhluk-makhluk halus, mereka ini rata-ratanya tiada atau kurang
membenteng diri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh ulama. Sedangkan kita
tahu, bahawa kita berhadapan dengan musuh yan ghaib. Musuh ini nampak akan
kita, tetapi kita tidak nampak akan mereka.
Apabila kita meletakkan pergantungan dan perlindungan kepada Allah
nescaya, Allah akan membantu kita.
Pada kali ini kaedah yang saya ingin kongsikan ialah
kaeah membenteng diri yang dinamakan Ayat Penggerak. Kaedah dan bacaannya
ringkas untuk kita amalkan. Saya percaya
ramai diantara kita yang selalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk
beramal dengan ayat yang panjang-panjang.. apa yang penting ialah amal yang
sedikit tetapi berkekalan lebih baik daripada amal yang banyak tetapi
jarang-jarang..
Kaedah 5 : AYAT
PENGERAK
BACAAN
Maksudnya:
Dengan nama Allah,
yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha
mendengar lagi Maha mengetahui.
CARA:
- Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau berbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
- Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut. Insyaa-Allah
No comments:
Post a Comment