Salam sejahtera buat pengunjung blog yang dihormati,
Sebagai hamba-Nya yang lemah, sepatutnya kita sentiasa
memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Hal ini kerana Allah Maha Berkuasa
di atas setiap sesuatu. Allah adalah pelindung yang Maha Sempurna.
Pada kali ini saya lanjutkan lagi tulisan saya iaitu
masih di bawah tajuk Benteng Pertahanan Diri. Kaedah yang ingin saya paparkan
di sini ialah ikhtiar kita membenteng diri dengan berkat ayat 1 – 9 dalam Surah
Yaasin. Mudah-mudahan dapat kita beramal kerana Allah.. Bukan ayat itu yang
berkuasa tetapi hakikatnya Allah jua yang berkuasa.
Kaedah 3 : AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh
hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada)
di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa
lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak
mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya
telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena
mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka,
lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9)
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding
(pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA:
Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
- Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.
- Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil
baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah).
Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.
Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding
keseluruhan bumbung
rumah.
Sekian. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment