Salam sejahtera buat pengunjung
blog yang saya kasihi..
Tulisan kali ini ialah berkaitan dengan amalan yang
paling disukai oleh Alah iaitu sentiasa berzikir kepada-Nya. Zikir bermaksud Ingat kepada Allah. Zikir adalah merupakan amalan yang paling utama sebagaimana
tersebut dalam sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Muaz,
maksudnya;
“Amalan yang paling dikasihi Allah ialah anda mati, sedangkan
lidah anda
sentiasa lembut dengan Zikrullah.”
Hadis ini menggalakkan kita sentiasa berzikir
mengingati dan menyebut nama Allah terutama dalam bentuk ucapan-ucapan takbir,
tasbih, tahlil dan tahmid. Seseorang yang benar-benar cintakan Allah dan
bertakwa kepada-Nya akan mengingati Allah pada setiap waktu dengan penuh rasa
khusyuk sampai ia menghembuskan nafasnya yang terakhir (mati).
Konsep zikrullah
Sebenarnya konsep zikrullah amatlah luas sekali.
Mengikut pengertian umumnya ialah mengingati dan menyebut Allah dan ini boleh
dicapai dengan berbagai-bagai cara.
Pertama : Zikir perseorangan iaitu sama ada dilakukan
dalam hati atau dengan pengucapan lisan yang dapat didengar atau tidak dapat
didengar.
Kedua : Zikir kelompok yang dilakukan dalam bentuk
majlis berzikir, majlis kuliah dan syarahan-syarahan agama, majlis-majlis zikir
muzakarah dan sebagainya.
Ketiga : Pembacaan doa-doa, wirid-wirid, pembacaan
al-Quran dan tafsirnya, pembacaan kitab-kitab hadis dan apa-apa sahaja kitab
yang boleh menebalkan keimanan dan meneroka rahsia-rahsia ilmu Allah.
Sedangkan zikrullah dengan pengertian yang khusus
ialah mengingati Allah dengan zikir-zikir tertentu. Ketinggian nilai amalan
zikir ialah kerana zikir merupakan anak kunci kepada kesedaran ubudiah,
kesedaran kepada tugas-tugas peribadi terhadap Allah, terhadap
ajaran-ajaranNya, terhadap undang-undangN, dan yang lebih umum, terhadap sistem
hidup yang diatur oleh-Nya. Di samping itu, zikir juga merupakan makanan
jiwa/roh yang paling berzat yang dapat memberi kesegaran, ketenangan,
kesabaran, ketabahan, kerelaan dan sebagainya menuju ke jalan Allah. Di sisi
lain, zikir juga dapat membasmi kuman-kuman takbur, hasad dengki, dendam
kesumat dan seluruh perasaan negatif yang merosakkan jiwa manusia malah melawan
gangguan jin dan sihir.
Oleh hal yang demikian, terdapat banyak saranan yang
mengajak kita agar sentiasa berzikir kepada Allah. Antaranya;
Firman Allah di dalam
Al-Quran:
“Sebutlah nama
Tuhanmu pagi dan petang.” (Al- Insan:52)
“Wahai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda dan anak-anak
kamu dari mengingati Allah” (Al-Munafiqun:9)
“Tidakkah dengan menyebut Allahi itu menjadikan
hati tenang dan tenteram.” (Al-Ra’d:28)
Hadis Nabi:
“Perbandingan di
antara orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati
Tuhannya samalah dengan perbandingan di antara seorang yang hidup dengan
seorang yang mati.” (riwayat oleh al-Bukhari dan Muslim)
Perbandingan yang disebut oleh Baginda Nabi Muhammad
s.a.w tersebut amat tepat dan tajam sekali dengan mengatakan bahawa manusia yang
lupa akan Tuhannya adalah sama dengan orang-orang yang mati walaupun mereka
pada lahirnya hidup. Apalah gunanya hidup seperti ini.....fikirkanlah.
Sekian, nantikan sambungannya
dengan tajuk “Empat Zikir Agung”
Rujukan:
Pedoman Hidup dari Hadith-hadith
Rasulullah S.A.W. Dikumpul oleh As-Sayyid Ahmad Al-Hasyimi dan
Al-Imam An-Nawawi. Di ulas oleh Hj. Yusoff Zaky Hj. Yacob. (1989)
No comments:
Post a Comment