Salam
sejahtera buat pembaca budiman.
Demam ialah suatu tindak balas normal badan terhadap sebarang bentuk jangkitan kuman atau penyakit tertentu. Suhu badan yang normal adalah 37°C (98°F). Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 37°c. Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 37°C tetapi tidak melebihi 38°C. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja. Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38°C dan berlarutan lebih lama selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.

Bagi kanak-kanak berumur antara 6 bulan ke 6 tahun, demam panas boleh
menyebabkan kekejangan ataupun lebih dikenali sebagai sawan demam. Jika demam
panas menyerang anak anda, janganlah memandang remeh atau biasa-biasa sahaja.
Cepat-cepatlah berikhtiar berubat sama ada secara rawatan Islam mahupun rawatan
moden.
Sahabat saya di Jengka 20 ada mempunyai seorang anak berpenyakit sawan
tarik akibat demam panas. Kasihan saya melihatnya, kerana pemikiran anaknya itu
agak terganggu. Ada sekali saya merawatnya namun sudah terlambat dan sukar
untuk sembuh.
Ada satu kes baru-baru ini, anak sahabat saya berumur 6 tahun diserang
demam panas. Sahabat saya itu bekerja di TNB Jengka menelefon bahawa anaknya
sudah seminggu demam dan tidak ‘kebah’ atau sembuh. Ubat hospital sudah diberi
namun keadaan suhu panasnya masih tinggi. Beliau begitu risau dan akan datang
pada malam itu juga. Sesampainya ke rumah, saya meruqyah anaknya dengan doa-doa
pilihan beserta air untuk di buat minum dan mandi. Sahabat saya terkejut kerana saya menyuruhnya
memandikan anaknya itu. Apa yang difahamkan olehnya melalui saranan ibunya bahawa
anak yang demam tak perlu dimandikan... Saya
menegaskan bahawa demam panas hendaklah disejukkan dengan
air..sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah
RA: Maksudnya;
“Demam
itu merupakan ledakan daripada neraka,
maka sejukkanlah ia dengan air”
maka sejukkanlah ia dengan air”
Justeru, bagi pesakit demam panas hendaklah sentiasa menyejukkan diri
dengan mandi atau dilap badan dengan air.
Manakala bagi bayi dan kanak-kanak disarankan memakai pakaian nipis,
berkipas dan sentiasa minum air secukupnya.
Kaedah
dan Rawatan Demam Panas:
- Rawatan penyakit demam panas ialah dengan menggunakan air yang telah didoakan untuk diminum dan mandi.
- Mandi sebaik-baiknya dilakukan pada waktu petang iaitu selepas waktu asar sebelum maghrib. Tidak digalakkan mandi pada waktu tengahari.
- Cara mandi yang disarankan dan telah menjadi amalan orang-orang tua dahulu adalah memulakan mandi dengan membasahkan kaki terlebih dahulu diikuti lutut, pinggang seterusnya naik sampai ke kepala.
- Setelah selesai mandi, jadikan air yang telah didoakan sebagai bilasan terakhir. Caranya; angkat bekas berisi air tersebut dan dicurahkan dari kepala hingga air mengalir turun ke kaki. Biarkan air itu kering sendiri tanpa dilap
Kombinasi
doa yang dibaca dan ditiupkan pada air tersebut ialah:
- Surah Al-Fatehah ( Penawar Seribu Guna)
- Ayat Pemecah Kebuntuan ( Surah al-Hasyr ayat 21 – 24)
4. Doa Penyejuk
Sekian
perkongsian rawatan pada kali ini. Mudah-mudahan jadikan panduan ini untuk
merawat demam panas anak anda yang tersayang.
Sediakan payung sebelum hujan…
Rujukan :
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Rawatan Penyakit Jasmani (II) Jilid 3). Darussyifa. 2011
Rujukan :
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Rawatan Penyakit Jasmani (II) Jilid 3). Darussyifa. 2011
No comments:
Post a Comment