Terdapat pelbagai jenis sihir mengikut jenis-jenisnya
bagi memenuhi nafsu manusia. Sihir merupakan suatu usaha yang berbentuk
pemaksaan secara halus terhadap tujuan pelaksanaanya. Sihir bukan sahaja
berlaku ke atas seorang yang teraniaya bahkan mungkin melibatkan ahli keluarga
atau orang yang rapat dengannya. Begitu juga halnya, di mana sihir turut
diperlakukan ke atas tempat kediaman atau premis-premis perniagaan seperti
kedai makan. Tanda-tanda seseorang itu mengalami kesan sihir bergantung kepada
jenis sihir yang dikenakan oleh tukang sihir. Berikut dipaparkan beberapa jenis
sihir dan tanda-tandanya.
Sihir Pengasih
Tanda-tanda : Terjadi perubahan sikap yang
drastik. Contohnya daripada tidak suka menjadi suka secara tiba-tiba. Begitu
juga timbul perasaan sayang, cinta dan rindu yang tidak tertahan-tahan sehingga
mengganggu emosi. Lebih parah lagi sihir keinginan seksual yang meluap-luap
seolah-olah tidak dapat dikawal sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi orang
yang dicintai walaupun perkara tersebut bertentangan dengan adat dan syarak.
Sihir Pembenci
Tanda-tanda : Timbul rasa benci dan menyampah
tanpa sebab yang jelas dan tidak semena-mena. Kalau dahulu kasih kini berubah
menjadi benci teramat sangat. Contohnya, seorang lelaki dan wanita yang hampir
diijabkabulkan tetapi salah seorang membatalkan perkahwinan tanpa sebab yang
munasabah. Ini banyak berlaku dalam masyarakat kita.
Sihir Pemisah |
Sihir Pemisah
Tanda-tanda: Hampir sama simptonnya dengan sihir
pembenci. Biasanya ini berlaku dalam ikatan suami isteri yang hidup harmoni
pada awalnya tetapi berubah dengan tiba-tiba menjadi benci. Suami atau isteri
akan berasa benci setiap perbuatan yang dilakukan walaupun ianya baik. Kadang-kadang pada pandangan mata salah
seorang pasangan suami isteri itu wajah salah seorang itu menjadi buruk dan
berserabut malah menakutkan. Contoh lain ialah isteri benci kepada suaminya
apabila berada di rumah. Sekiranya isteri melihat suami di luar rumah seperti
biasa tetapi ketika masuk ke dalam rumah, dia menjadi teramat benci.
Sihir Penunduk
Tanda-tanda : Hampir sama dengan sihir pengasih.
Tujuannya agar orang yang dishir sentiasa tunduk dan tidak berani bersuara
serta sentiasa mematuhi arahan orang yang menyihirnya. Tentu kita pernah
mendengar istilah ‘nasi tangas’ dan ‘nasi kangkang’..inilah yang dilakukan oleh
si isteri untuk menundukkan suaminya. Suami akan menjadi bodoh lalu menurut
telunjuk isterinya. Kadang-kala sihir ini mengakibatkan suami membenci ibu atau
bapa mentua dan adik ipar.
Sihir Penguat
Tanda-tanda: Timbul kekuatan yang luar biasa kepada
pengamalnya. Apabila dipukul tidak sakit (ilmu penimbul), dan apabila memukul
orang sangat kuat pukulannya bahkan boleh patah (ilmu perapuh), kalis senjata
tajam (ilmu kebal), mempunyai kekuatan seks yang luar biasa dan sebagainya.
Untuk mendapatkan sihir ini ialah melalui amalan jampi mentera dan memakai
susuk. Biasanya pengamal silat banyak menggunakan kaedah ini.
Sihir Pengunci
atau Pengikat
Tanda-tanda: Nafsu terkunci terhadap pasangan suami isteri.
Contohnya, seorang suami tidak boleh mendatangi isterinya kerana merasa
nafsunya diikat dan dikunci. Akhirnya, si isteri menderita dan menyebabkan
berlakunya penceraian. Kesan sihir ini akan menyerang otak lelaki tatkala dia
cuba menyetubuhi isterinya khususnya pada tempat menerima rangangan seks yang berfungsi
menghantar isyarat kepada anggota sulit dan mengakibatkan berlaku
ketidaktegangan alat sulit. Sihir ini juga menyebabkan isteri tidak sanggup
disetubuhi, tidak menikmati persetubuhan, mengalami pendarahan, merasakan
seolah-olah terdapat penghalang pada alat sulit dan suami mendapati isteri
seolah-olah sudah tiada dara.
Sihir Guna-guna
(sihir percintaan)
Tanda-tanda: Sihir ini sering dikaitkan dengan
minyak guna-guna seperti ‘minyak dagu’ dan ‘minyak senyonyong’. Apabila terkena
ilmu ini akan timbul perasaan gelora cinta yang membuak-buak atau
keterlaluan. Seseorang yang dikenakan
dengan sihir ini memiliki keinginan berlebihan untuk melakukan hubungan seks
dan patuh serta taat yang membuta-tuli. Nasihat orang lain tidak dihiraukan.
Sihir Membuat Penyakait
Tanda-tanda: sebahagian tanda-tanda sihir ini
sama dengan tanda-tanda penyakit medik (moden) tetapi ianya dapat dibezakan
dengan pembacaan ruqyah kepada pesakit. pesakit ini selalunya disahkan tiada
penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan
merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubunya waktu dibacakan
ruqyah. Kesan sihir ini akan menyebabkan sakit pada salah satu anggota tubuh,
tidak berfungsi salah satu pancaindera atau saraf tersumbat. Bahkan yang lebih
parah mengakibatkan lumpuh keseluruhan atau salah satu anggota badan.
Sihir Membuat
Orang Jadi Gila
Tanda-tanda: orang yang terkena sihir ini akan
menjadi bingung, bodoh dan pelupa. Tutur kata yang dilafazkan merapu dan tidak
difahami. Situasi kehidupan tidak tenang pada satu-satu tempat, sentiasa resah,
bergerak ke sana-sini dan tidak boleh diam setempat. Dalam pengertian lain,
sihir ini membawa kesan kepada pemikiran yang waras kepada tidak siuman,
kehidupan tidak tentu arah dan tida tujuan hidup.
Saya rasa cukuplah sekadar ini contoh-contoh sihir dan
tanda-tandanya buat pengetahuan kita. Sesungguhnya terdapat seribu satu macam
sihir yang berlegar dalam kehidupan kita. Walaupun kita tidak bermusuh dengan
orang, namun apabila dengki dan sakit hati menguasai hati, tidak mustahil kita
akan menjadi mangsa. Sedangkan Nabi kita Muhammad saw juga pernah terkena
sihir, inikan pula kita umatnya yang lemah ini. Ada hikmahnya nabi terkena
sihir iaitu agar kita sentiasa berhati-hati dan membuat persediaan penawarnya
jika terkena. Janganlah berkunjung kepada bomoh, dukun atau pawang yang
bersekongkol dengan jin dan syaitan.
No comments:
Post a Comment