Salam sejahtera buat pembaca sekalian,
Akhir-akhir ini permasalahan
saka dan sihir semakin hangat dibincangkan.
Buktinya, ada sahaja berita mengenai gangguan sihir dan saka ini. Saka
dan sihir ini lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Sama ada
saka atau sihir...kedua-duanya berpunca daripada gangguan jin...maka banyak
persamaannya kecuali pada beberapa perkara...
Ikutilah perbezaan antara sihir
dan saka ini....
Angkara Jin ..saka atau sihir? |
Asal usul
Jin
1.
Jin saka
biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri.( tapi ada juga punca lain). Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman
orang lain.
2. Gangguan
jin saka sudah bermula sejak sekian lama, malah ada yang sejak bayi atau juga
sejak ia masih dalam kandungan lagi. Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru
atau tiba-tiba datang.
3. Jin saka
itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya, Sedangkan...
jin sihir itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang lain.
Sasaran
4. Jin saka
biasanya memilih sendiri bakal tuan baru-nya, sedangkan... jin sihir biasanya
datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya.
5. Jin saka
lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga. Sedangkan...jin
sihir lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan.
6. Jin saka
akan masuk ke dalam tubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya...
Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.
Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.
Bentuk Gangguan atau Serangan
7. Jin saka
akan berpindah pada seseorang mungkin
atas dasar 'kasih sayang yang mendalam'
atau perjanjian. Sedangkan...
jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh.
8. Pada
peringkat awal, gangguan jin saka akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran
dan perasaan. Sedangkan...
jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan.
9. Gangguan
jin saka kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan
luar biasa seperti nampak jin, menilik, bersilat sendiri, mengurut, mengubat
dan sebagainya. Sedangkan... gangguan jin sihir
kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit yang luarbiasa.
10.Gangguan jin saka kadang-kadang tidak menimbulkan
sebarang gejala penyakit, tetapi menimbulkan pelbagai bentuk tekanan pada
fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan bingung, selalu runsing, risau,
takut, marah, malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk pelbagai
perangai atau akhlak buruk...) Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan
pelbagai gejala penyakit fizikal.
11.Sering gangguan jin saka itu
'mencengkam'seseorang dalam keadaan yang tenang dan orang lain tidak
menyedarinya. Sedangkan...
jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa
diserang.
12.Kadang-kadang jin saka itu tak tahu yang
tindakannya itu menyusahkan atau menganiaya tuannya. Sedangkan...jin sihir itu memang
bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan.
13.Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan
keluarganya dengan maksud nak menjaga. Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud
menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itubertujuan membalas dendam
atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.
14.Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat
halus...hinggakan seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka. Sedangkan...gangguan
jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk
halus.
15.Sebahagian jin saka akan mepertahankan tuannya
daripada serangan jin lain...termasuk oleh jin sihir... Sedangkan...jin sihir biasanya akan
datang berkumpulan...iaitu sebahagiannya
tidak ada kena mengena...tapi saja nak
mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'.
16.Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang
nasihat-nasihat yang baik...(tapi ikhlas
tak ikhlas tu lain cerita tau sajala kalau dah jin...biasanya akan sampai
masanya nasihat itu akan jadi hasutan...) Sedangkan...jin sihir biasanya akan
membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang.
17.Jin saka akan mencari tubuh baru darikalangan
ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia. Sedangkan...jin sihir akan pergi
sebaik sajaia selesai melaksanakan tugasnya...( itu pun tak semua...)
18.Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah seperti
menghalang tuannya kahwin, atau menghancurkan rumahtangganya, atau menghalang
daripada mendapat anak dan sebagainya. Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali
ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah.
Dan sebagainya... Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment