Assalamu’alaikum
wwt.
Berbekam amalan sunnah |
Berbekam atau hijamah adalah merupakan kaedah perubatan
yang sangat dianjurkan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Saya sendiri
sering berbekam untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik dan
penyakit. Dalam hal ini, kaum lelaki
sangat dianjurkan untuk berbekam berbanding dengan kaum wanita. Bagi kaum
wanita, mereka akan ‘datang bulan’ (keluar darah haid).
Keutamaan berbekan dalam Islam tidak usah
dipertikaikan lagi. Mudah-mudahan kita semua kembali kepada perubatan sunnah
yang sangat dianjurkan dalam Islam. Kita berusaha, Allah yang menyembuhkan.
Sila baca seterusnya....
Kali ini saya
sertakan beberapa buah hadith Nabawi yang sahih mengenai hijamah (bekam).Majoritinya
diambil dari kitab “Tartib ahadithsi shohihil jami’is shoghir”
karya syeikh Al-Albani, tanpa rawi dan takhrij agar lebih ringkas. Saya memohon
agar ALLAH memberi manfaatnya kepada semua pembaca. InsyaALLAH.
PERTAMA:
KEUTAMAAN DAN KEPENTINGAN HIJAMAH
Nabi SAW bersabda:
“Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat
yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Nabi SAW bersabda:
“Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah
hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan
untuk ubat dan pewangi).”
Nabi SAW bersabda:
“Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal
itu adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda:
“Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).
Nabi SAW bersabda:
“Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi
hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku
dari membakar dengan api.”
Nabi SAW bersabda:
“Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh
manusia.”
Nabi SAW bersabda:
“Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”
Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini
(hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan
sesuatu.”
Nabi SAW bersabda:
“Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah
kuat hafalan dan pemahaman.”
Nabi SAW bersabda:
“Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok
malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”
Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan
penyembuhan adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda:
“Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka
dalam sedutan hijamah dan madu.”
Nabi SAW bersabda:
“Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah
hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”
KEDUA: HARI TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HIJAMAH
KEDUA: HARI TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HIJAMAH
Nabi SAW bersabda:
“Lakukanlah hijamah atas barakah dari Allah pada hari Khamis.
Hindarilah hari Jum’at dan Sabtu serta Ahad untuk hijamah. Tapi lakukanlah pada
hari Isnin dan Selasa, kerana hari itulah Allah menyembuhkan Ayub dari
penyakitnya. Jauhilah hari Rabu karena pada hari ini Ayub ditimpa penyakit.
Juga tidak muncul penyakit kusta kecuali pada hari Rabu atau malam Rabu.”
KETIGA: WAKTU HIJAMAH
KETIGA: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda:
“Hijamah sebelum makan dan minum adalah yang terbaik.”
Nabi SAW pernah melakukan hijamah sedangkan baginda dalam berpuasa.
Nabi SAW pernah melakukan hijamah sedangkan baginda dalam berpuasa.
KEEMPAT: TARIKH HIJAMAH
Nabi SAW bersabda:
“Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah
adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan
tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya
ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”
KELIMA: TEMPAT-TEMPAT HIJAMAH
KELIMA: TEMPAT-TEMPAT HIJAMAH
Dulu, jika ada
yang mengadukan sakit kepala kepada Rasulullah S.A.W, maka baginda bersabda:
“Pergi dan lakukanlah hijamah.” Dan jika mengadukan sakit pada kakinya, maka
baginda menyuruhnya: “Pergi dan warnailah (lulurkanlah) dengan daun inai.”
Rasulullah SAW
pernah melakukan hijamah dalam ihram di bahagian atas tapak kakinya yang sakit.
Rasulullah SAW
pernah melakukan hijamah saat berihram dari penyakit kepalanya. Dalam riwayat
yang lain dituturkan: sebab pening yang menimpa baginda.
Dulu Rasulullah SAW melakukan hijamah di kepalanya dan menamainya dengan ummu mughits (sebab faedahnya yang menakjubkan).
Dulu Rasulullah SAW melakukan hijamah di kepalanya dan menamainya dengan ummu mughits (sebab faedahnya yang menakjubkan).
Rasulullah SAW
pernah melakukan hijamah pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang
terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW
pernah melakukan hijamah 3X pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang
terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW
juga pernah melakukan hijamah pada bahagian atas kepalanya dan pada urat yang
terletak antara dua bahu belakang.
Rasulullah SAW
pernah pula melakukan hijamah ala Mekkah iaitu dalam ihram dan dilakukan pada
bahagian tengah kepala.
Baginda juga
pernah melakukan hijamah di bahagian pangkal pahanya sebab penyakit bertapak
disitu.
KEENAM: RINGKASAN dan KESIMPULAN
KEENAM: RINGKASAN dan KESIMPULAN
Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa hijamah adalah:
·
Ubat yang
paling bermanfaat
·
Ubat yang
mujarab
·
Ubat yang
paling baik
·
Ubat yang
paling afdhal
·
Penyembuh
(Membantu Kesembuhan)
Rasulullah SAW telah menerangkan beberapa
manfaat hijamah iaitu:
·
Ubat
penawar
·
Ubat
penyembuh
·
Pengendali
darah agar tidak bergolak
·
Mengandung
keberkahan
·
Manambah
daya hafal
·
Menambah
kecerdasan otak.
Urutan tarikh dan hari hijamah seperti yang
dinasihatkan Rasulullah SAW :
·
Hari
Khamis yang bertepatan dengan tanggal 17, 19 atau 21
·
Hari
Isnin atau Selasa yang bertepatan dengan tiga tanggal tersebut
·
Hari
Khamis bila-bila masa saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas
·
Hari
Isnin dan Selasa bila-bila saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di
atas
Hari-hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk
melakukan hijamah adalah:
·
Hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad
·
Hari Rabu,
paling keras larangannya
Waktu-waktu untuk melakukan hijamah adalah:
·
Pada saat
sebelum makan dan minum adalah yang terbaik
·
Boleh
pada setiap waktu
·
Ditengah melakukan
puasa
·
Pada saat
melakukan ihram.
Tempat-tempat yang diriwayatkan Rasulullah SAW
melakukan hijamah padanya:
·
Kepala
(ummul mughits)
·
Leher
·
Tempat di
atas pelampung antara dua bahu
·
Tapak
kaki bahagian atas
·
Pangkal
paha
Aneka manfaat dan faedah hijamah:
·
Hadith-hadith
Rasulullah SAW di atas menerangkan keutamaan agung dan kadar pentingnya hijamah
serta mu’jizat nabawi.
·
Hendaknya
seorang muslim ketika melakukan hijamah, berniat melaksanakan ibadah kepada
Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan kemudian demi tujuan
kesembuhan.
·
Memohon
pertolongan kepada Allah untuk ketenangan urat saraf dan badan menjadi tenang.
·
Hendaknya
menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah saat melakukan hijamah
·
Tidak ada
riwayat sahih dari Rasulullah SAW mengenai pembatasan waktu untuk mengulang
hijamah. Demikian pula mengenai tempat yang diperbolehkan hijamah selain 5
tempat di atas. Hal ini sebaiknya dirujuk semula kepada pakarnya.
·
Perintah
melakukan hijamah adalah umum untuk lelaki dan wanita juga anak-anak.
·
Berikhtiar
untuk sembuh dari sakit juga adalah salah satu jalan ibadah. Namun, kesembuhan
yang MUTLAK hanyalah datang dari ALLAH S.W.T semata-mata.
Lahaula wala Quwata Illa bILLAHil aliyil Azim.
WALLAHUALAM.
Lahaula wala Quwata Illa bILLAHil aliyil Azim.
WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment