Salam sejahtera buat
pembaca yang setia mengikuti blog saya ini.
Sesungguhnya setiap syariat
yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH
mewajibkan umat Islam berwudhu' sebelum melakukan solat, malah umat Islam
disunatkan berwudhu' dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca
Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.
Mengapakah wudhu' begitu
dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik
perlakuan berwudhu'?
Info kali ini
mengenengahkan akan rahsia wudhu' (air sembahyang ) dari sudut kesihatan manusia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa syarat
mendirikan solat ialah mengambil wudhu'. Tentu tidak sah jika kita mengerjakan
solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu'. Wudhu' itu anak kunci solat.
Sedang berwudhu' |
Wudhu' yang sempurna akan
melahirkan banyak manfaat yang tersembunyi buat manusia. Cuma kita sahaja yang tidak begitu perihatin
akan manfaat tersebut. Sejak kecil kita
diajar agar berwudhu' sebelum solat. Kita pun menerima sahaja apa yang diajar
oleh guru kita. Saya percaya tidak ramai diantara kita yang dapat menyelami
akan rahsia berwudhu'.. Banyak rahsia berwudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui,
namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap
perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima
pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung,
telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Kaitan wudhu' dengan sistem saraf
(akupuntur)
Pakar Urat Saraf /
neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang menyejukkan
hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk
menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar
akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif
yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur? kemudian hayati rukun wudhu'.
InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Anggota badan yang terkena air
semasa berwudhu' terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima
ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan
ketika melakukan wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke
sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana
adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan
homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang
menarik bila berkaitan dengan syariat wudhu' yang disyariatkan 15 abad yang
lalu.
Jumlah Titik
Akupuntur Pada Anggota Wuduk (rukun dan sunat)
Muka: 84
Tangan: 95
Kepala: 64
Telinga: 125
Kaki: 125
Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat
493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!
Subhanallah!! Bayangkan
jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang
ringan semasa menjalani wudhu'. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak
kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada
fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Celah-celah jari
Dari ilmu ahli akupuntur, pada
celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut
apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi,
tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Telinga
Berkenaan telinga pula,
walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka,
semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan
lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa
berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan. Terdapat 125
titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.
Subhanallah…sungguh luar
biasa rahsia wuduk…
HIKMAH BERWUDHU' DARI SUDUT SAINS dan KESIHATAN
Pandangan
Pakar kesihatan:
a. Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's
Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis
satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals
and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan
kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau
menyatakan bahawa: berwudhu' dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan
cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif
Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa
Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika
Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan
sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
b. Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan
di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport
for The Soul and Body" bahawa berwudhu'
boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana
mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat
pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari
ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wudhu' dapat membersihkan badan
daripada kesan pencemaran tersebut.
c. Selain daripada ibadah, wudhu' juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai
penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang
menyentuh mukanya semasa berwudhu', ia akan merangsang
saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus,
perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan
kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan
sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang
(lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan
untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal
sistem endokrin.
Pandangan
Ilmu Perubatan Cina:
Mengikut
ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai
lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera
sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wudhu' utama orang
Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara
buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhu'.
Berhubung
dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim
meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud:
"Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan
ghurrah dan tahjeelnya."
Ghurrah
bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula
bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku
lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam
Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal
Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).
Sekian…nantikan
tulisan seterusnya.
No comments:
Post a Comment