Monday, 23 September 2013

Kaedah dan Doa Rawatan Penyakit Gout


Assalamu’alaikum wwt.

Dalam tulisan yang lalu, saya ada menerangkan mengenai amalan pemakanan sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit gout.

Kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai kaedah dan doa rawatan penyakit gout menurut rawatan Islam bersumber daripada ajaran guru yang sangat saya kasihi iaitu Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Diharapkan info ini berguna kepada kita..InsyaAllah.

Doa yang dianjurkan:
  1. Penawar Seribu Guna iaitu Surah Al Fatihah



    2. Selawat Syifa’  



   3. Ayat Pemecah  Kebuntuan (Surah al-Hasyr ayat 21 - 24)  

  
   4. Doa Mengecilkan Bengkak


  Bahan Rawatan:
  1. Air
  2. Madu lebah
  3. Kapur sirih
  4. Buah limau nipis

Cara Penyediaan dan Penggunaan Bahan:
  1. Gaulkan air buah limau nipis dengan kapur sirih.
  2. Sapukan campuran ini di tempat yang kena gout.
  3. Setelah kapur kering, sapukan pula di atas tempat sapuan kapur itu dengan madu lebah.
  4. Bacakan kombinasi doa di atas pada air, kemudian basahkan kain tuala dengan air yang telah didoakan.
  5. Balut tempat yang disapu kapur dan maduh lebah tadi dengan tuala yang basah.
  6. Lakukan rawatan ini sebelum tidur setiap malam selama seminggu.

InsyaAllah mujarab. Cubalah...

Sumber rujukan:
Rawatan Penyakit Jasmani (I) Jilid 2 ,oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


No comments: