Umumnya mengetahui bahawa masyarakat Melayu masih ada
lagi terlibat dengan ilmu sihir. Ini
termasuklah untuk kegunaan diri sendiri seperti ilmu pemanis diri, pengasih,
penggerun, menjaga diri & harta benda dan sebagainya. Ada juga yang
mendatangi pengamal sihir untuk
memusnahkan orang lain dengan ‘cara halus’ akibat persaingan dalam perniagaan,
dengki pada seseorang, membalas dendam dan sebagainya.
Terkeliru dan
jahil
Kebanyakkan yang mendatangi pengamal ilmu sihir ini
mendakwa bahawa pengamal sihir tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk
mengubati penyakitnya. Apa yang tidak diketahui oleh orang awam khususnya yang
kurang ilmu ialah pengamal sihir tersebut sebenarnya mencampuradukkan ayat-ayat
al-Quran. Walaupun pada zahirnya dia menggunakan ayat-ayat al-Quran tetapi dalam penggunaannya terdapat
kesalahan-kesalahan yang disengajakan tanpa disedari oleh orang awam.
Masyarakat Melayu khususnya tidak begitu terdedah
kepada perihal hukum-hakam sihir. Rata-rata mengambil mudah permasalahan ini
dengan menganggap bahawa menemui ahli
sihir tidak ubah seperti menemui seorang doktor atau tabib dengan tujuan hendak
berikhtiar mencari kesembuhan. Mereka berkata bahawa berikhtiar tidak dilarang
di dalam Islam. Jikalau Allah SWT mengizinkan ianya berhasil, maka berhasillah
ikhtiar mereka.
Faktor-faktor
mendatangi pengamal sihir
Walaupun dengan berjumpa ahli sihir hajatnya tidak
termakbul, tetapi masih ramai yang menggunakan khidmat pengamal ilmu sihir ini.
Antara amalan sihir yang paling popular dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah santau dan pelalau. Secara umumnya
faktor-faktor perkara ini terjadi adalah
seperti berikut:
- Kurangnya ilmu dan penjelasan yang diterima oleh masyarakat Melayu khususnya mengenai keburukan dan kerosakan akibat penggunaan ilmu sihir. Masih ramai yang belum mengetahui dengan jelas bahawa ilmu sihir itu adalah haram dan boleh menjejaskan akidah.
- Masyarakat Melayu masih belum dapat membezakan yang mana satu ilmu sihir dan yang mana satu bukan ilmu sihir. Pada pandangan mereka kesemuanya adalah perubatan biasa dan tidak ada kena mengena dengan amalan sihir.
- Mungkin ada yang mengetahui ilmu sihir itu salah tetapi masih tetap mendatangi pengamal sihir untuk menunaikan hajat yang baik sahaja seperti mengubati penyakit yang dideritainya. Sebenarnya tindakan itu akan lebih memantapkan lagi ilmu pengamal sihir tersebut.
- Kebiasaannya orang yang mendatangi pengamal sihir ini ialah orang yang sudah berputus asa dengan pelbagai usaha yang dilakukan sebelum ini dan menganggap tiada jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalahnya. Semuanya ini berpunca dari lemahnya iman dan akidah yang tidak mantap sehingga tidak dapat membezakan antara syirik dan dosa besar.
Sekian. Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment