Assalamu’alaikum wwt..
Bersua kembali dalam tulisan
blog saya pada kali ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah.
Seringkali kita terdengar atau melihat seseorang yang
terkena musibah penyakit yang agar sukar untuk disembuhkan walaupun sudah puas
berikhtiar berubat ke sana dan ke mari. Di bawa ke hospital sudah, di bawa
berjumpa bomoh pun sudah malah berjumpa perawat dari kalangan perawat Islam
juga sudah, namun penyakit yang dideritai masih belum sembuh.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....salah
satu peribahasa Melayu yang paling tepat untuk menggambarkan penderitaan insan
tersebut..
Pernahkah kita berfikir mengapakah penyakit tersebut tidak juga sembuh..apakah
sebabnya?
Menurut guru
saya ,Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin
Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi, antara penyebab penyakit tersebut payah
untuk disembuhkan mungkin berpunca daripada LIMA
sebab yang berikut:
Kenaikan Maqam Seseorang
Apabila Allah SWT menyayangi seseorang hamba dan ingin
meninggikan maqam atau darjat di sisi-Nya, maka hamBa itu diuji dengan penyakit
yang berat. Oleh itu bersabarlah dengan cubaan yang menimpa dan jangan berkeluh
kesah.
Penyakit Sebagai Kifarah
Penyakit yang menimpa seseorang itu mungkin juga
sebagai kifarah atau penebus dosa silam seseorang itu. Maka terlantarlah hamba
tersebut bersama penyakitnya. Mungkin dengan penyakit tersebut dapat membasuh
dosa-dosa yang lalu, lalu meningkat naik darjat seseorang itu. Jika hamba
tersebut bersabar dengan penyakitnya dan redha dengan kehendak-Nya, maka
beruntunglah nasibnya di dunia dan di akhirat.
Penyakit Untuk Menghancurkan
Golongan Zalim
Kadang-kadang penyakit yang diturunkan oleh Allah
adalah sebagai satu balasan untuk menghancurkan orang-orang yang berbuat zalim
ke atas dirinya dan kepada orang lain. Lihat sahaja penghidap penyakit
AIDS..dari kaca mata Islam, AIDS bukanlah satu perkara yang pelik kerana nabi
Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila terjadi perzinaan secara
terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit
yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka sebelum mereka.”
(Riwayat al-Baihaqi). AIDS juga menular akibat hubungan songsang seks sejenis
dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan..
Penyakit Akibat Tidak
Menunaikan Nazar Kepada Allah
Apabila seseorang itu bernazar jika berjaya
mendapatkan sesuatu atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan urusan hidup,
maka wajib ditunaikan nazar tertsebut apabila tiba masanya. Perkara nazar iaitu
mengerjakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariat Islam jangan dibuat
main-main atau bersikap sambil lewa sahaja, kelak memakan diri. Ini kerana kita
telah berjanji dengan Allah yang telah menunaikan hajat kita. Maka tidak
mustahil, jika nazar ini tidak ditunaikan, Allah akan menimpakan penyakit kepada
orang yang bernazar tadi. Berubatlah kemana sahaja, pasti tidak akan
sembuh....melainkan nazar tersebut dilaksanakan.
Penyakit Berpunca Daripada
Derhaka
Banyak penyakit yang tidak dapat disembuhkan akibat
sikap seseorang yang menderhaka. Perkara menderhaka ini telah banyak kita
dengar dan lihat. Ada anak yang menderha
kepada kedua orang tuanya, ada isteri yang menderhaka kepada suami dan
sebagainya. Allah paling murka kepada
perbuatan derhaka ini, lantaran itu tidak mustahil penyakit berat yang sukar
disembuhkan akan menimpa. Kesembuhan penyakit tersebut hanya melalui restu dan
ampun daripada orang tersebut. Ingatlah..Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapanya atau
isteri mendapat redha Allah melalui redha suami.
Oleh itu, marilah kita memeriksa
akan punca penyakit yang kita deritai...adakah berpunca daripada 5 sebab di
atas?..
No comments:
Post a Comment