Saudara pembaca yang dihormati,
Pernahkah saudara terkena penyakit gatal seluruh
badan atau melihat orang yang terkena gatal seluruh badan. Kalau orang Pahang
panggil “Gegata” (sebutan gegate) yang disebabkan oleh sejenis
ulat atau kuman.
Beberapa bulan lalu, anak saya telah terkena gegata yang
teruk sehingga habis gatal dan bengkak seluruh badannya. Saya ingatkan penyakit
ini tidak serius dan cepat sembuh tetapi rupa-rupanya tidak..bahkan makin
serius. Walaupun saya seorang pengamal perubatan Islam, tetapi saya berikhtiar
juga membawa anak berjumpa doktor di Klinik Ghazali, Bandar Jengka. Maka ubat
minum dan sapu pun diberi namun tidak juga memberi kesan.
Saya meneliti simpton penyakit ini dan mendapati
kegatalan mula aktif sebaik sahaja masuk waktu maghrib dan berterusan hingga ke
malam. Jadi, anak saya tidak dapat tidur dengan lena.
Saya pun meruqyah dengan bacaan ayat-ayat suci
al-Quran dan air dibuat minum dan mandi. Memang terasa ada gangguan kerana
tangan saya sedikit kebas dan panas ketika memegang ubun-ubun kepalanya. Ohh..
nak lawan rupanya, bisik hati saya. Saya tidak berputus asa dan mengaku kalah.
Saya tahu, gangguan tersebut mahu saya goyah dan tidak yakin akan keberkesanan
dan keagungan ayat-ayat suci al-Quran. Sedikit sebanyak Allah memberi
pengajaran kepada saya supaya bersabar dan tidak mudah melatah.
Masuk hari ke-3, keadaan anak saya masih tidak
menampakkan perubahan. Entah macam mana saya dan isteri teringat akan satu
petua orang tua-tua dahulu dalam merawat penyakit gata ini. Jadi apa salahnya
saya mencuba.. mungkin petua ini juga berguna kepada saudara apabila terkena
penyakit ini.
Petuanya begini: Sapukan
bahagian gatal tersebut dengan rambut ibunya berulang kali. (Kalau tidak dapat
rambut ibunya, boleh sahaja sapukan dengan mana-mana rambut orang lain.)
MasyaAllah.. penyakit gatal pada badan anak saya
tersebut terus sembuh dengan izin Allah.
Ingat...
Petua orang tua-tua
beserta doa adalah merupakan senjata berkesan.
Ilmu akan menjadi jika kena dengan petuanya.
Dengan petua dapat mengalahkan Ilmu.
No comments:
Post a Comment