Thursday 16 October 2014

IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN JIN-MANUSIA (SAKA)



Assalamu’alaikum wwt.
Saudara pembaca yang dihormati sekalian.

Pemasalahan gangguan jin ke atas manusia sering berlaku sejak dahulu lagi. Gangguan jin ini mudah dikategorikan kepada DUA jenis iaitu gangguan jin saka dan gangguan bukan jin saka.

Gambar hiasan: Diganggu Jin Saka

JIN SAKA

Fokus perbincangan pada kali ini ialah mengenai gangguan jin saka dan bagaimana cara untuk memutuskan kontrak perjanjian tersebut. Biasanya gangguan jin saka akan terus diwarisi daripada generasi terdahulu hinggalah sekarang. Kontrak perjanjian tersebut terlalu mistik dan kadang-kala tidak disedari oleh seseorang itu. Bahana yang menimpa biasanya si pewaris saka itu sukar untuk menghembuskan nafas terakhir jika saka tersebut tidak diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Ikhtiar untuk memutuskan ikatan perjanjian jin-jin saka ini perlu dilakukan secara jelas dan ada kesungguhan dari diri pewaris saka. Maksudnya, si pewaris saka perlu secara sedar dan faham bahawa dirinya tidak mahu lagi dibelenggu oleh jin-jin saka ini. Nampak macam mudah sahaja usaha ini, tetapi percayalah kaedah ini merupakan usaha awal untuk menyatakan kepada jin-jin saka tersebut bahawa kita tidak memerlukan lagi khidmatnya..

Biasanya apabila saya menerima pesakit yang disyaki ada gangguan jin saka, saya akan memulakan sesi ikrar pemutus saka terlebih dahulu. Hal ini membantu memudahkan sesi ruqyah dan teknik mengeluarkan jin saka daripada badan pesakit..insya-Allah.

Perlunya mengucapkan ikrar ini kerana  banyaknya Jin yang dicuci otak atau  terprogram otaknya untuk taat dengan perjanjian yang telah dibuat oleh manusia. Bahkan ikrar perjanjian antara jin dan manusia ini kadang diikat dengan mentera khusus, diikat dengan darah dan sebagainya.

Ketaatan jin pada tuannya bahkan sampai ke anak cucunya sebab ada kontrak ikatan perjanjian (pesugihan, ilmu khodam/prewangan, tenaga dalam, ilmu kesaktian) . Maka kita harus memutuskan program ikrar perjanjian diri diri kita sendiri atau pesakit atau nenek moyang terdahulu dengan khodam jin.

Jin yang terikat dengan perjanjian akan mentaati perintah secara membuta tuli dan sanggup untuk bertahan bahkan mereka rela untuk mati daripada pergi dari manusia yang diikutinya.

Sudah ramai orang yang terbebas dari ikatan perjanjian dengan jin dengan mengucapkan ikrar "talaq" ini dengan sungguh-sungguh. Sudah banyak jin juga yang berterima kasih kepada para perawat sebab setelah pesakit kita bimbing untuk mengucapkan ikrar ini, bangsa jin terputus ikatan perjanjiannya dan mereka merasa bebas untuk pergi dari tubuh manusia yang dirasukinya. Ada antara jin-jin tersebut  terpaksa ikut sampai TUJUH KETURUNAN ke anak cucunya akibat perjanjian yang bangsa jin lakukan dengan keturunan terdahulu manusia.

PERINGATAN

Ikrar ini bukanlah  mentera sakti yang memerlukan amalan khusus . Ikrar ini cukup di ucapkan sekali atau beberapa kali saja atau Ikrar ini boleh dibuat sendiri sesukanya yang intinya menjatukan TALAK TIGA kepada jin. Talak tiga bererti tidak boleh rujuk kembali. Pergi buat selama-lamanya dari kehidupan manusia.

Mengucap Ikrar ini bukan kewajiban atau keharusan dan tidak boleh menggantikan doa ruqyah dengan ikrar ini!

LAFAZ IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN

Bismillahirahhmanirahim

Ya Allah , sesungguhnya AKU & mewakili keluarga AKU dengan penuh kesadaran dan pertaubatan dengan ini mengikrarkan :

Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yang kami atau orang sebelum kami atau keluarga besar kami yang perjanjian itu pernah dilakukan secara sadar atau tidak sedar dengan segolongan jin

Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apapun juga jenis jin

Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah bukan kepada jin.

Ya Allah mulai dari saat ini :

AKU haramkan semua makananku, minumanku, seluruh anggota tubuhku dari semua jin di dalam dan di luar tubuhku atau yang mengganguku.
Sekiranya Ya Allah Mereka makan , minum , jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah sebagai racun,racun yang amat panas, racun yang amat berbisa, racun yang membakar, racun yang membunuh Semua jin-jin itu Ya Allah Ya Rabbal A’lamin .

REAKSI YANG BIASA TERJADI

Biasanya setelah ikrar pemutus ini diucapkan, pesakit yang ada gangguan jin saka akan mengalami beberapa simpton atau tanda seperti;

1. Muntah-muntah, sendawa
2. keluar beragam cahaya dari tubuh
3. Pengsan.
4, Tubuh bergetar
5. Berasa ada aliran elektrik yang berjalan ditubuh lalu keluar dari tubuh
6. Dada berdebar-debar  dan sebagainya..

Selepas selesai mengucapkan sesi ikrar pemutus saka tersebut, barulah perawat akan meneruskan dengan sesi ruqyah jika perlu atau terpulanglah atas kebijaksanaan perawat untuk memastikan jin-jin saka in mematuhi arahan untuk keluar daripada pesakit. Namun ingatlah kadang-kadang mudah dan kadang-kadang amat meletihkan usaha merawat gangguan jin-jin saka ini..

Hikmah dan kebijaksanaan perawat amat perlu agar wujud situasi MENANG-MENANG dengan golongan jin ini.

Rujukan dan ubah suai bahasa:

No comments: