Assalamu’alaikum wwt
Saudara pembaca yang dihormati;
Persoalan saka atau pusaka yang terdiri daripada kalangan jin
(syaitan), memang selalu diperkatakan. Keberadaan saka dalam kehidupan kita sukar
untuk dikesan. Lazimnya, urusan seharian dalam kehidupan kita serba tidak kena dan menimbulkan masalah. Hal
ini tidak pelik kerana memang tugas jin (syaitan) untuk menyesatkan dan
menyusahkan manusia. Persoalannya, sejauh manakah kita dapat membuang atau
memutuskan saka ini daripada terus bermaharajalela dalam kalangan keturunan
kita. Ya, saka ini ibarat barah yang perlu dibuang, agar kehidupan kita
sentiasa harmoni dan mudah beribadah kepada Allah.
Tulisan kali ini ingin berkongsi
kaedah membuang saka yang saya petik daripada tulisan Ustaz Hasan daripada
Darul Mualij. Mungkin kaedah ini berguna bagi sesiapa yang merasakan dirinya
mempunyai saka dan ingin memutuskannya. InsyaAllah...
Jin Saka |
Pertama :
Dirikan Solat Hajat 2 raka'at kerana Allah Taala.
Raka'at pertama baca Ayat Kursi, raka'at kedua baca
surah ketiga-tiga ayat 3 Qul yakni Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Selesai solat, wirid “La ilaha illallah” seberapa banyak yang mungkin dan akhir sekali
baca Al-Fatihah 21 kali. Kemudian
berdoa iaitu Doa Pengisytiharan
contohnya:
"Bahawasanya Ya Allah, aku tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mahupun khadam yang berada bersamaku dan harta bendaku. Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan dan kepadaMu jua aku kembali."
Kedua:
Ikrar Pengumuman Pemutus Saka
Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan
berkhadam sentiasa berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang seperti
ini, maka kalau nak tolong pun sudah tidak boleh kerana diri sendiri yang
berhajat. Lakukan pengumuman berikut dengan suara yang jelas:
"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan/diberikan/diijazahkan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Serambi Madinah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."
Ketiga:
Melepaskan khadam pada barangan
Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat atau dipasung
pada barang tersebut. Ambil kayu/besi sebatang dan garis-gariskan pada barang
tersebut sambil niatkan untuk membuka
kunci ikatan. Ayat yang perlu disarankan
untuk dibaca ialah;
Ayat Bismillah 5
Surah Al-Furqan :
23
Surah al-Fath: 1-3
Keempat:
Isyarat Buang
Baca ayat surah Al-Naml ayat 30-31
dan tiup di tapak tangan. Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari
badan atau barang dan buang sambil bertakbir “Allahu Akbar”.
Kelima:
Kesan-kesan selepas membuat pengumuman
Kesan-kesan selepas membuat pengumuman
Pada kebiasaanya, setelah pesakit membuat pengumuman,
maka dengan izin Allah kan berlaku perkara berikut;
a) Jin atau khadam akan keluar dan pergi ke Serambi Madinah. Atau
b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau ke
tempat lain. Atau
c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain
untuk dihuni. Atau
d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.
Keenam:
Rawatan Susulan
Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari
perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan menjadi mudah selepas membuat
pengumuman. InsyaAllah.
Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.
Sumber dan ubah suai bahasa;
No comments:
Post a Comment