Assalamualaikum wbh
Saudara pembaca yang dihormati,
Kita selalu mendengar ungkapan “ Makan untuk Hidup”
atau “Hidup untuk Makan”. Tanpa makan, manusia boleh mati dan jika terlebih
makan pun manusia akan mati. Dewasa ini, kita sering disajikan dengan amalan
pemakanan yang tidak sihat. Kadang-kadang kita mengambil ringan akan soal
pemakanan. Sebab itulah ramai dalam kalangan manusia yang mudah mendapat
penyakit akibat daripada amalan pemakanan yang salah. Seelok-eloknya kita perlu
sentiasa waspada dengan apa yang kita makan.
Tabiat makan yang salah secara berterusan boleh
menjejaskan kesihatan, terutamanya jika kita sering memakan makanan segera atau
meminum minuman segera. Baru-baru ini satu pendedahan tentang bahayanya meminum
kopi segera yang kononnya mampu memulihkan tenaga sesksual. Sebenarnya tabiat
makanan yang salah ibarat ‘BOM JANGKA” yang menunggu masa untuk meletup.
Sakit Jantung
Salah satu penyakit yang sering terjadi akibat
daripada pemakanan segera ialah penyakit jantung. Ada antara pengidap sakit
jantung yang berusia muda. Cuba
perhatikan tanda-tanda di bawah. Adakah anda pernah mengalaminya?
- Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung atau dada berdebar dengan laju.
- Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
- Kerap merasakan kesakitan pada dada.
- Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
- Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
- Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2 atau 3 hari.
- Tapak tangan.selalu basah.
Berdasarkan simptom tersebut, besar kemungkina sakit
jantung yang dialami itu berpunca dariapda tabiat pemakanan yang tidak sihat. Antara puncanya ialah kerap meminum Nescafe 3
in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer
yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan
diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer).
Oleh hal yang demikian, untuk memastikan jantung kita sihat kita perlulah
mengikut amalan berikut:
- Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
- Elakkan dari mengambil coffee mate kerana coffe mate adalah non dairy creamer
- Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
- Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
- Elakkan minum “kopi Segera” yang diragui kandungannya.
- Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
- Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
- Elakkan mandi selepas makan
Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau,
rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan
rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun
belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria,
pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya.
Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak
di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi
lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya
atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Peringatan dan nasihat kepada diri saya dan kepada anda semua.
Sekian wassalam wallahua'lam
“MENCEGAH
LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT”
No comments:
Post a Comment