Assalamu’alaikum
wwt.
Kita semua pasti mempunyai
gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya
mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu, sebilangan daripada kita
tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian
sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini
memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa. Penyakit jiwa
adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan
perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’ adalah
satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan
memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap
dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa. Anggapan-anggapan
salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami
berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.
Saya pernah
menempuh pengalaman merawat pesakit yang mengalami gangguan jiwa. Memang penyakit gangguan jiwa ini mengambil masa
untuk pulih.
Gangguan jiwa |
PUNCA PENYAKIT
JIWA
Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan
penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling
berkaitan. Antara lain mungkin :-
Sebab-sebab
fizikal
Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak,
salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak
kita.
Keturunan
Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya;
terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat
umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang
tua anda mempunyai skizofrenia.
Gangguan jin atau syaitan
Ada juga penyakit gila yang disebabkan oleh pengaruh
gangguan jin atau syaitan. Hal ini boleh berlaku terutamanya kepada orang yang
sering mengamalkan ilmu tanpa berguru (gila isim), atau menyakiti jin atau
tempat tinggal jin yang mengakibatkan jin tersebut marah dan mengganggunya.
JENIS-JENIS
PENYAKIT JIWA
Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan
kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada
yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.
Kegelisahan
(Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan
perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk
tangan dan gejala-gejala badan yang lain.
Penyakit kepiluan
(Depression)
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam
aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan,
menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama
apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang
yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan
memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
Psikosis
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
HADAPI TANDA-TANDA
MASALAH EMOSI
Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba
cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan. Jika
tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup
mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan
meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya. Jika ini gagal
atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda,
mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda
memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa. Rawatan
mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi
gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda
sakit beransur hilang.
Pada pendapat saya, yang terutama sekali usaha yang
perlu kita lakukan ialah kembali kepada Islam (Al-Quran dan Sunnah Nabi). Mulakan
dahulu ikhtiar penyembuhan melalui terapi ruqyah ayat-ayat suci Al-Quran. Bukankah
Al-Quran itu penawar yang paling mujarab untuk merawat sebarang penyakit termasuk
penyakit gangguan jiwa? Jika tidak boleh meruqyah diri sendiri, carilah perawat
Islam yang berkelayakan untuk membantu..
RAWATAN SECARA ISLAM
Pangkal dari segala faktor penyebab gangguan jiwa
adalah HATI YANG TIDAK TENTERAM sehingga
menyebabkan KEKOSONGAN JIWA. Maka dalam hal ini setiap orang perlu sentiasa
memelihara ketenangan dan tanamlan iman pada diri dan keluarga.
QS-13:Ar Ra’ad ayat 28 “..(yaitu) orang-orang yang
beriman dan hati mereka manjadi TENTERAM dengan mengingat Allah. Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi TENTERAM.”.
Pengubatan Gangguan
Jiwa dengan Ruqyah
Rasulullah pernah mencontohkan pengubatan ruqyah untuk penyakit gila.
Diriwayatkan mengenai terapi ruqyah untuk mengubati gangguan kejiwaan bahawa Ubay ibn Ka’ab berkata: Ketika aku berada di dekat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datanglah seorang Arab Badui menemui beliau seraya berkata,: Wahai nabi Allah! Sesungguhnya saudaraku sedang sakit.”Apa sakitnya” balas Beliau. Ia menjawab,”Ia mengalami gangguan jiwa wahai Nabi Allah.”Kata Rasulullah lagi,”Bawa saudaramu itu kesini!” Maka orang itu pun membawakan saudaranya itu ke hadapan beliau. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta perlindungan kepada Allah untuk diri saudaranya itu dengan membacakan surah al-Fatihah, empat ayat pertama dari surah al-Baqarah, dua ayat pertengahan darinya, yaitu ayat yang ke-163 dan ke-164, ayat Kursi, dan tiga ayat yang terakhir dari surat al-Baqarah tersebut. Kemudian ayat yang ke-18 dari surah Ali ‘Imram, ayat yang ke-54 dari surah al-A’araf, ayat yang ke-116 dari surah al-Mu’minun, ayat yang ketiga dari surah al-Jin, sepuluh ayat pertama dari surah ash-Shaffat, ayat yang ke-18 dari surah Ali ‘Imran, tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, dan mu’awwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas).”
Ubay ibn ka’ab menambahkan,”Andai kata Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengajarkan hal itu kepada kita, niscaya
binasalah kita. Maka, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang telah
mengutus Rasul-Nya sebagai rahmat bagi sekalian alam.”
Khusus ruqyah untuk gangguan jiwa seorang penerapi diharuskan menyentuh ubun-ubun dan dada penderita sembari membaca ayat ruqyah diatas.
Meruqyah Orang Gila dengan Al Fatehah
Musnad Ahmad 20834: Telah bercerita kepada
kami Muhammad bin Ja'far telah bercerita kepada kami Syu'bah dari Abdulah bin
Abu As Safar dari Sya'bi dari Kharijah bin Ash Shalt dari pamannya, ia berkata:
kami pulang dari majlis Nabi Shallallahu'alaihiwasallam, kemudian kami
mendatangi sebuah perkampungan Arab, mereka berkata: “Kami diberitahu bahawa
kalian baru saja mendatangi orang itu dengan membawa kebaikan, lalu apa kalian
punya doa atau ruqyah, kami punya orang gila yang tengah dirantai. Aku berkata:
'Ya.' Mereka pun membawa orang gila yang dirantai itu di hadapannya. Kemudian
saya membaca surat Al Fatihah selama tiga hari di pagi dan petang hari, saya
kumpulkan ludah saya kemudian saya meludahkannya lalu seolah-olah ia sembuh
dari penyakit gila. Kemudian mereka memberi saya hadiah, saya berkata: 'Nanti
dulu, hingga saya bertanya kepada Nabi Shallallahu'alaihiwasallam.' Saya pun
bertanya kepada beliau lalu beliau bersabda: " Sungguh ada orang yang
memakan dari hasil ruqyah batil, tapi engkau memakan dari hasil ruqyah yang
benar."
Ruqyah + Herbal
Ginseng (ginseng Asia atau Panax ginseng)
Menurut penelitian ginseng Asia atau Panax ginseng
berpotensi mengatasi gejala schizophrenia (gangguan kejiwaan/gila) sejenis
penyakit otak yang sanggup merusak dan menghancurkan emosi.
Dalam sebuah penelitian kecil, para ahli dari
University of Western Ontario, Kanada, berhasil membuktikan bahwa ginseng Asia
atau Panax ginseng mampu meringankan gejala penderita schizophrenia yang
disebut Flat Affect. Gejala ini termasuk gejala negatif yang ditandai kurangnya
motivasi dan menurun drastisnya ekspresi emosional.
Dalam schizophrenia, dikenal istilah gejala negatif dan gejala positif. Gejala negatif berupa tindakan yang tak memberi dampak merugikan bagi lingkungannya, seperti mengurung diri di kamar, melamun, menarik diri dari pergaulan, dan sebagainya. Sementara gejala positif adalah tindakan yang mulai membawa dampak bagi lingkungannya, seperti mengamuk dan berteriak-teriak. Herba ginseng Asia atau Panax ginseng diakui para dokter efektif dalam menurunkan atau mengurangi gejala positif schizophrenia seperti — halusinasi, berkhayal, dan gangguan berpikir.
Ruqyah + Madu
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.” (QS. An Nahl : 69)
Madu mengandung zat anti depresan (anti depresi) yang
membuat tenang dan nyaman penderita gangguan jiwa. Saya sarankan belilah madu
khusus dari bunga habbatussauda yang sudah diruqyah ayat-ayat ruqyah di atas
lalu campurkan 3 sudu madu ke dalam jus ginseng untuk diminumkan pada
penderita.
Untuk mempercepat kesembuhan penderita secara psikologis dan fisiologis, hindarkan dari penggunaan ubat-ubatan kimia sebab dapat membuat kerosakan syaraf otak. Insya Allah, penyakit gangguan jiwanya akan sembuh, dengan izin Allah Subhanahu wa ta`ala.
No comments:
Post a Comment