Assalamu’alaikum wwt.
Pada jam 1 pagi baru-baru ini
saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seseorang yang tidak saya
kenali. Selepas memperkenalkan diri, si pemanggil meminta pertolongan saya
untuk membantunya merawat seorang pesakit yang tidak sedarkan diri akibat ‘gangguan’.
Untuk tidak menghampakan permintaannya, saya bersetuju membantu tetapi dengan
syarat perlu ada orang menjemput saya. Maka, beliau sanggup mengambil saya
untuk ke rumah pesakit di Jengka 15. Sesampainya saya di rumah pesakit, keadaan
pesakit agak krikital kerana meronta-ronta tidak sedarkan diri dan perlu
dipegang oleh ramai lelaki. Pesakit itu seorang perempuan yang baru habis
berpantang selepas bersalin. Saya terus meruqyahnya dan akhirnya keadaan stabil
dan kembali tenang.
Kesempatan yang ada, saya
mengajaknya untuk berbual-bual dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Hal ini
demikian kerana saya merasakan si pesakit dalam keadaan kemurungan dan
keletihan. Si pesakit mengatakan dirinya banyak dosa dan merasakan Tuhan tidak
akan mengampunkan dosa-dosanya. Saya mendapati si pesakit mengalami krisis
keyakinan dan kesedihan yang melampau. Hal ini ditambah lagi dengan suaminya
yang bekerja jauh di Selangor sedangkan dia bertugas di Pahang. Saya
berpendapat si pesakit mengalami simpton meroyan
selepas bersalin.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meroyan atau Kemurungan Selepas
Bersalin
MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang
biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan
perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah
yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.
Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu
melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di
sekelilingnya. Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita
Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih
banyak menyerang wanita di Barat. Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi
oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita
profesional.
Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang
Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas
bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga,
sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat.
Siapa yang diserang?
Tiada kajian khusus kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya terjadi pada hari kelima selepas bersalin.
Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan
keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih
untuk berdepan dengan tugas baru mereka. Sejarah kemurungan atau masalah sakit
mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga boleh menjadi penyebab
perkara itu berulang di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga
terdekat.
Simptom Awal Meroyan
Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
-perasaan putus asa
-bersalah
-amat letih
-amat letih
-muram
-sering menangis
-sering menangis
-sunyi
-gelisah
-terperangkap.
Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.
Bahaya Jika Tidak Dikawal
Walaupun meroyan atau kemurungan posnatum ini satu
perkara biasa, namun jika tidak dirawat boleh menjadi serius sehingga
mencederakan diri dan bayi. Perhatian daripada ahli keluarga sangat penting
ketika ini, mereka perlu peka dengan perubahan yang berlaku. Jika didapati
kemurungan itu tidak terkawal, adalah lebih baik membawa wanita terbabit ke
hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Kaedah Rawatan
Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu
dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu. Namun,
jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan
diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.
Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.
Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.
Suami atau Ahli Keluarga Main Peranan
Pada hari-hari terawal selepas bersalin, keberadaan suami dan ahli keluarga terdekat sedikit sebanyak mampu melegakan wanita terbabit kerana mereka merasakan seperti disayangi dan dihargai. Sokongan dan perhatian daripada suami amat diperlukan, bantuan daripada ahli keluarga juga mampu mengurangkan tekanan wanita selepas bersalin. Wanita juga jangan rasa segan silu untuk memberitahu pasangan atau ahli keluarga mereka jika berhadapan dengan keadaan sukar supaya orang sekeliling anda boleh membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Pengakuan
Sejak hamil lagi perasaan saya mulai sensitif. Ramai yang mengatakan itu hanya ‘bawakan budak’, namun keadaan itu seakan melampau apabila apabila saya sering kali menangis kerana perkara kecil. Selepas dua hari melahirkan anak pertama saya, saya menjalani ‘pantang’ di rumah ibu saya.
Pada awalnya perasaan saya cukup teruja dengan
kehadiran cahaya mata, namun perasaan itu mulai berubah apabila anak saya
sering kali menangis dan saya perlu belajar menguruskan anak sendiri kerana
suami sudah mula bekerja. Dengan keadaan tidak cukup tidur badan saya semakin
lemah ditambah pula saya merasa sakit di ‘ari-ari’, seperti sakit ingin
bersalin. Ibu memberitahu bahawa itu perkara biasa kerana ada darah kotor yang
tidak keluar habis, dan ibu memanggil tukang urut untuk mengurangkan sakit
saya. Walaupun sakit itu telah hilang, perasaan saya semakin sensitif
sehinggakan apabila anak saya menangis saya merasa amat rimas dan turut
menangis.
Bukan itu sahaja, saya seolah-olah tiada perasaan sehingga membiarkan anak menangis teresak-esak. Bimbang dengan keadaan seperti itu, suami saya terpaksa mengambil cuti semula untuk menemani saya dalam tempoh berpantang. Ahli keluarga sering kali memberi kata-kata semangat bahawa anak itu kurnia ALLAH yang amat bernilai dan mereka turut mengingatkan saya untuk rajin berzikir. Setelah dua minggu perasaan itu mulai hilang, perasaan saya semakin tenang.
ALHAMDULILLAH, atas sokongan keluarga dan suami saya
sudah pulih. Sebelum ini, saya fikir saya sudah cukup bersedia untuk menjadi
isteri dan ibu, sesungguhnya persediaan mental, fizikal dan ilmu diperlukan
untuk kita berdepan dengan cabaran baru. - Nur Lisa, 29, Hulu Langat.
Sumber;
Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal
Pengarah Perubatan, Pakar
Perunding Obstetrik & Ginekologi. Hospital Umra, Shah Alam MBBS (Mang),
FAGE (Man), M.Med O&G (UM), Dip Aest. Med (USA), FRSPH (UK)
No comments:
Post a Comment