Dalam tulisan terdahulu, saya ada menyentuh tentang permasalahan anak
yang nakal atau degil atau keras hati. Mengapakah hal ini berlaku? Sudah tentu
ada banyak sebab yang boleh kita andaikan. Saya percaya semua ibu bapa tidak
mahu anaknya menjadi nakal dan degil tidak bertempat sehingga agak sukar untuk
mendidiknya ke arah kebaikan. Pernahkah kita terfikir apakah puncanya berlaku
kenakalan tersebut?
Jangan kita memandang remeh akan masalah anak nakal
dan tidak mendengar kata. Banyak aduan dan rintihan ibu bapa yang kecewa dengan
kerenah perangai anak-anak ini. Dalam hal ini banyak aspek yang perlu kita
selidiki selain daripada berdoa. Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya
nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab
kenapa anak-anak kita menjadi nakal, degil, nakal
atau tidak
mahu mendengar nasihat.
Menyelami Punca
Cuba lihat pada nama anak itu.
Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak. Ada ibu
bapa yang memberikan nama anak yang membawa makna yang buruk asalkan sedap
didengar.
Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak.
Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua
ini memberi kesan terhadap perangai anak. Cubalah selami jiwa dan kemahuan
anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak.
Mungkin juga disebabkan oleh "jurang generasi".
Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber
mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa
anak-anak. Anak-anak yang diberi makan daripada punca syubhah atau haram,
hatinya akan menjadi gelap dan sukar menerima kebaikan.
Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka? Berapa kali kita solat berjemaah bersama
keluarga. Berapa kali kita membaca Quran bersama-sama. Nah, tepuk dada tanya
selera...
Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah
teman-teman anak kita dan apakah
aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi. Seharusnya, ibubapa perlu
sentiasa memantau dengan siapa anak-anak kita berkawan.
Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah
perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi ilham anak-anak. Rapatkan
hubungan dengan ank-anak.
Pencegahan Awal
Pada pandangan saya, langkah awal melahirkan anak-anak
yang baik dan tidak nakal ialah bermula ketika suami isteri melakukan hubungan
badan yang intim (berjimak). Justeru, sebelum berjimak, kita seharusnya memohon
perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan dengan doa khusus yang
diajar oleh Baginda Rasulullah saw. Berapa ramaikah antara pasangan yang
menghafal dan mempraktikkan amalan ini?
Doa sebelum Berjimak
Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan
isterinya kemudian membaca doa ini;
Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami
isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau
diganggu oleh syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa
ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk
masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.
Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.
Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk
ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung
melakukan perkara-perkara maksiat.
Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah. Tidak kurang pentingnya ialah berdoa kepada Allah.
Rawatan Anak Nakal
dan Degil
Sebenarnya ada banyak doa yang bersesuaian untuk
merawat permasalahan anak nakal atau degil ini. Apa yang penting ialah niat
yang ikhlas, keyakinan dan tinggi dan redha dengan ketentuan Allah.
Untuk memulakan rawatan untuk anak yang nakal
dan degil,
mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak
tujuh kali. Kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang.
Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa
rawatan anak yang degil sebanyak
tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa
dibawah. Lakukan rawatan ini ketika anak sedang tidur. Ini kerana ketika tidur,
jiwa anak anak ini tenang. Ulangilah rawatan ini beberapa hari
sehingga ada perubahan pada sikap anak-anak. Jika keadaan agak kritikal,
lakukan solat sunat hajat.
Surah Toha (Ayat 1-5)
Antara doa yang kerap digunakan untuk
melembutkan hati anak-anak yang naka dan degil ialah dengan mengamalkan Surah
Toha (ayat 1-5). Surah Toha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk
melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang
keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan
sebagai ayat pendinding diri.
Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar
Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam,
tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga
dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman.
Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas
dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan
pula kita yang lemah semangat. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan,
Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar
ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam. Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan meminta melihat ayat yang telah dicacakan oleh adiknya tadi. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Toha yang dibaca oleh beliau.
Kita bermohon kepada Allah dengan keberkatan Surah Toha (Ayat 1-5) ini, mudah-mudahan anak yang keras hati, nakal dan degil akan berubah menjadi lembut dan mendengar kata. Kita berharap anak tersebut akan menjadi baik dan berakhlak mulia. InsyaAllah.
Caranya :
Boleh
dibacakan pada air lalu ditiup dengan niat pengharapan agar Allah melembutkan
hati anak-anak yang nakal atau keras hati. Boleh juga dibacakan dan dihembus
pada anak tersebut. Apabila dirasakan ada perubahan, kurangkan atau berhentilah
mengamalkannya. Nanti anak-anak terlebih lembut pula, susah juga nantinya..
Sekian sahaja nukilan daripada hamba
yang fakir ini, mudah-mudahan dapat membantu.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment