Assalamau’alaikum
wwt.
Tulisan
pada kali ini ingin membawa satu lagi perkongsian mengenai khasiat bahan atau
herba dalam kehidupan manusia. Jika sebelum ini, saya telah menyentuh mengenai
khasiat Minyak Zaitun dan Buah Delima. Maka pada kali ini marilah kita meneliti
pula tentang khasiat Habbatus Sauda’.
Saya
percaya ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar mengenai Habbatus
Sauda’ malah telah menjadikannnya sebagai salah satu amalan pemakanan untuk
menjana kesihatan yang sempurna. Sudah terbukti bahawa Habbatus Sauda memang
mempunyai nilai yang tinggi dalam kesihatan manusia. Hal ini ditegaskan oleh
baginda dalam sebuah hadis sohih.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang
dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah
Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam
penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Khasiat Luar Biasa Habbatus Sauda’ kepada Manusia
Pengenalan
Habbatus
Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang
tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru
yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda’. Tumbuhan ini terdapat di negara
Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam),
dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk
Habbatus Sauda’ ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Habbatus Sauda' |
Habbatus Sauda’ mengandungi
lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat
membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
Habatus Sauda’ ini ialah satu supplement atau ubat yangg membetulkan perjalanan
sistem tubuh seseorang individu itu. Selain itu, akan membersihkan darah dan menjadikan
individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Antara bahan-bahan
kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated),
Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene),
Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al
Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati
50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran
menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
- Antiinflamasi : Mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis : Mengubati reumatik.
- Analgesik : Mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon : Mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik : Mengubati bau mulut.
- Antivirus :Mengubati demam dan flu.
- Dermatologi : Mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract : Mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan : Meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract : Mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi : Meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal : Mengubati cacing pita.
- Respiratory tract : Mengubati sesak nafas (asma).
7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
Pertama:
Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan; - Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- Polysaccharide
- Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan.
- Amino acid yang membentuk protein
- Karotene iaitu sumber vitamin A
- Kalsium, zat besi, dsb.
Kedua:
Sistem Imunisasi
Kajian yang dilakukan di
Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi
anda (daya melawan penyakit). Oleh itu habbatus sauda mungkin penting dalam
pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
Ketiga:
Anti- Histamine
Histamine ialah bahan yang
dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan
allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein
kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana
penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda
mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
Keempat
: Anti Tumor
Kajian in vitro mendapati
habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu,
habbatus sauda baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
Kelima
: Anti Bakteria
Penyelidikan ke atas bahan
ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati
berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini
bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis
penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
Keenam
: Anti Radang (Anti Inflammation)
Habbatus Sauda didapati
boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu habbatus sauda baik untuk pesakit
asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan
gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
Ketujuh
: Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon
yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah.
Biji Habbatus Sauda' |
Pendapat Pakar di
Malaysia Berkenaan Habbatus sauda’
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
Justeru, sebagai saintis
dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan
hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi
Muhammad. “Habbatus sauda memang menakjubkan kerana
setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel
darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang
habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin
banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui. Apa yang
pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan
timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah
keseluruhannya. “Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa
bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat
badan sekali gus mengurangkan risiko
penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Ujar Latiffah, kajian pada
haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan
bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan
tersendiri. Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan
paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk
berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
Kajian pada tisu kultur dan
sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak
habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel
kanser payu dara secara signifikan.
“Di samping itu,
pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan
berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut
mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek
peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan
kelamin.
Tambah beliau, pengambilan
habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan
pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan
tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih
mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu
sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik
sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil
habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana
satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif
kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.
Kesimpulan
Kepada anda yang masih
mencari-cari ubat penyembuh bagi penyakit yang sedang dideritai sekarang ini,
maka gunakanlah habbatus sauda secara istiqamah. Usah diragukan lagi akan
khasiatnya. Kita boleh mendapatkan habbatus sauda sama ada dalam bentuk kapsul
atau minyak. Sesungguhnya habbatus sauda adalah salah satu pemakanan sunah yang
diberkati. InsyaAllah mujarab. Kesembuhan
milik Allah.
Sumber rujukan:
www.kosmo.com.my (rencara bertajuk: khasiat Makanan Sunah
Rasulullah. Keajaiban Habbatussauda, 20/07/2013)
No comments:
Post a Comment