Di dalam al Quran,
terakam indah firman Allah yang bermaksud, "
Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma
dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima
(rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya
penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah-buahan daripada syurga.
Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah
kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah
delima?
Buah Delima |
Fakta Mengenai
Buah Delima
Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau
pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan
meter. Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh
kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi. Turut ditanam secara
meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan,
Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung
Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika. Delima dibawa masuk ke
Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima
kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Di
Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga
Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac
sehingga Mei.
Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter
diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon. Berkulit
tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar. Sebiji buah delima
terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.
Kelebihan Buah dan Jus Delima
Secara amnya, buah delima kaya dengan zat sodium,
riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan
fosforus. Delima juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi
bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin,
Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.
Dengan izin Allah, buah delima atau jus buah delima dapat membantu mengurangi
dan mengatasi penyakit-penyakit yang berikut:
Biji Delima |
Delima Mengurangkan Lemak dan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia
menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan
memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan
metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa
mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu
berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh
pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai
keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Delima
membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian
pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan itu asid
lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan
tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan
penyakit buah pinggang.
Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat
meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati
segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam
fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga
di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman
anda minuman jus delima” kata penyelidik
Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing
Manis
Jus Buah Delima
sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung.
Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3
bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur
arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik,
dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan
atherosclerosis.”
Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Buah delima Melindungi otak bayi semasa
kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya
minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang
baru lahir. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi
ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana
kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub
saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit
bibir sumbing pada bayi.
Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan
mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta
mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Buah Delima
membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki
kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang
tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Buah delima dapat Melindungi jantung kita
kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus
delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan
jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan
plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak
yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit
koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan
menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah
menurun sebesar 18%.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda
buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi
dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol
yang baik disamping menurukan kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang
tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya. Buah delima dapat
Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American
Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan
oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan
HDL (kolesterol baik).
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Buah Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’
yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan
tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan
pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan
darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Delima Mencegah Kanser
Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati
berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser
payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah
pembentukan sel kanser payudara.Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat
memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal. Buah delima membantutkan
perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian
terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang
minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA
(ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti
kimoterapi atau terapi hormon.
Delima Mencegah Penyakit
Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit
Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan
penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang
lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
Delima untuk kecantikan kulit
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima
memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan
meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kandungan gula Buah delima
mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel
kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. Lagi satu buah
delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dengan mudah.
Caranya, selepas makan buah delima jangan buang kulitnya. Ambil kulit
buah delima jemur sehingga kulitnye kecut. Kemudian kisar atau kalau rajin
tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk, kemudian simpan dalam bekas.
Apabila hendak digunakan, ambil sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air
perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan sehingga kering kemudian
basuh.
No comments:
Post a Comment