Friday, 25 October 2013

Makhuk Halus : Malaikat, Jin dan Syaitan



Pendahuluan

Yang dimaksudkan dengan makhluk makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t. Maksudnya;

AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami 
anugerahkan kepada mereka.

Hikmah diciptakan makhluk-makhluk halus:

  • Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.
  • Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.
  • Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.
  •  Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.
  • Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan penerangan khusus mengenainya.

Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam  (al-A'raf:11).

Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain. Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17. Maksudnya:

(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur

Dalam ayat ini, Iblis bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. sehingga mereka semua binasa atau sesat seperti dirinya juga. Iblis jarang menyekat perbuatan baik seseorang itu namun apabila ia telah tiba di peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. Iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran-saluran yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Iblis bukan setakat menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang, tetapi iblis akan sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak bangun untuk bersembahyang. Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan merasakan bahawa tidur itu lebih baik baginya. Apabila langkah tersebut tidak berjaya iblis dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika ia mengambil wuduk. Apabila ia juga tidak berjaya dan manusia terus bangun bersembahyang, maka iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika ia bersembahyang. Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang. Akibatnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.

Ayat di atas bermaksud bahawa iblis menyekat manusia daripada melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah s.w.t. dari empat sudut iaitu dari depan, belakang, kanan dan kiri, tanpa menyebut atas dan bawah. Iblis tidak menyebut yang ia akan menyekat bahagian atas kerana ia tidak berupaya berbuat demikian. Bahagian ini adalah tempat di antara seorang hamba dan rahmat Allah s.w.t. seperti yang disebut oleh Ibn Abbas. Bahagian bawah tidak disebut kerana sifat takabur iblis yang tidak mahu tunduk menyekat dari bahagian bawah. Tindakan iblis dan kuncu-kuncunya lebih berkesan dari bahagian depan dan belakang dan kurang berkesan dari bahagian kanan dan kiri kerana bahagian-bahagian ini dipelihara oleh malaikat.

Tegasnya peranan syaitan ialah menyesatkan manusia sejauh yang boleh (an-Nisa':60). Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami bahawa makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersama-samanya, seperti yang tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169. Maksudnya;

Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. Syaitan merupakan salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan. Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11. Maksudnya;

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza.

Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya makhluk-makhluk jin yang beriman kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan nabi Muhammad seperti yang tersebut dalam Surah al-Jinn ayat 13. Maksudnya;

Dan sesungguhnya kami ketika mendengar pertunjuk (al-Quran), kami beriman kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak takut pengurangan pahala dan tidak takut akan penambahan azab.

Pada satu, ketika ada satu golongan jin yang mendengar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran,p adahal baginda sendiri tidak mengetahui kehadiran mereka. Peristiwa ini termaktub dalam al-Quran, Surah al- Ahqaaf ayat 29. Maksudnya;

Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka berkata diamlah kamu. Maka tatakala selesai, mereka pun kembali kepada kaum mereka untuk memberi peringatan.

Ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. telah mendatangkan sekumpulan jin kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar al-Quran. Ketika mereka mendengar, sebahagian daripada mereka memperingatkan teman-teman yang lain supaya diam dan mendengar al-Quran tadi. Setelah itu mereka pun balik menemui kaum mereka yang belum beriman supaya beriman kepada Allah s.w.t. Jelasnya bahawa manusia dan jin itu dicipta oleh Allah s.w.t. untuk menyembahnya. Mereka diberi akal fikiran dan ikhtiar. Perbuatan baik dan jahat mereka dihisab seperti yang dijelaskan dalam Surah al-A'raf ayat 179. Maksudnya;

Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.

Ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan telinga oleh Allah s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun demikian banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah.s.w.t. itu sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian Allah s.w.t. untuk jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Sikap demikian itu menyebabkan mereka seperti binatang yang tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Ditinjau dari sudut lain, mereka sebenarnya sesat begitu jauh, lebih teruk daripada binatang kerana binatang tidak mempunyai akal dan ikhtiar. Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikanmanusia dan jin di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. amat kaya dan tidak mengambil manfaat daripada sifat taabbudi seseorang hambanya seperti yang tersebut dalam Surah adz -Dzaariyyat ayat 56 dan 57. Maksudnya;

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku. Aku tidak mahu daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan.

Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan Makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia. Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan demikian, kita seharusnya memahami bahawa manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang) yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atau berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi. Dari sinilah kita akan dapat melihat kedudukan manusia yang sebenarnya, sering terdedah kepada godaan musuh-musuh Allah s.w.t.

Iblis telah mengakui dan menyedari bahawa ia tidak berupaya hendak membinasakan orang yang ikhlas. Namun demikian, sifat ikhlas itu tidak boleh diperoleh oleh semua orang dengan begitu mudah. Sifat ikhlas merupakan satu natijah daripada gagasan rangkaian iman yang wujud pada diri seseorang. Oleh sebab itu, tidak pelik jika iblis itu tidak dapat menggoda orang yang ikhlas. Bagi mereka yang tidak beriman, iblis dan syaitan adalah pemimpin mereka, tidak kira sama ada iblis dan syaitan itu bersifat manusia ataupun daripada kalangan makhluk-makhluk halus.

Dalam Surah al-A'raaf ayat 27 Allah berfirman. Maksudnya;

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.

Jelasnya bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan udara, air dan sebagainya. Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan.

Pada satu ketika isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Safiyyah menziarahi baginda yang sedang beriktikaf di masjid. Ketika Safiyyah hendak meninggalkan masjid baginda telah mengiringinya sampai ke pintu masjid. Pada waktu yang sama datang dua orang lelaki daripada golongan Ansar Ialu memberi salam. Rasulullah menjawab salam tadi dan berkata: "Sila kamu berdua masuk. Dia ini ialah Safiyyah bin Hay". Mendengar kata Rasulullah, mereka berdua pun mengucap "Subhanallah". Kemudian Rasulullah bersabda;

Sesungguhnya syaitan itu memasuki tubuh manusia menurut aliran darah. Dan sesungguhnya aku takut syaitan itu akan mencampakkan sesuatu dalam hati kamu berdua


Peristiwa di atas terjadi pada bulan Ramadan. Mengirut kebiasaannya Rasulullah s.a.w. sejak 21 hingga akhir bulan Ramadan akan berada di masiid siang dan malam untuk beriktikaf. Pada satu malam Safiyyah berkunjung ke masjid kerana sesuatu keperluan. Ketika pulang baginda menghantarnya hingga ke pintu masjid. Dua orang Sahabat yang datang itu berlalu dengan cepat menyingkir diri setelah melihat Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita, yang dirasakan mungkin bukan mahramnya. Pada fikiran Sahabat tadi, dengan berbuat demikian, Rasulullah s.a.w. tidak akan merasa malu bila berjumpa dengan mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menerangkan keadaan yang sebenar, menyatakan perempuanyang bersamanya itu ialah isterinya. Baginda khuatir kalau silap faham atau rasa curiga itu akan menimbulkan fitnah besar, lebih-lebih lagi sekiranya hal ini terdengar oleh orang-orang munafik, seperti peristiwa yang telah menimpa Aishah, pada peristiwa HadithuI-ifq

Walaupun demikian segala jenis makhluk halus tidak boleh menjelma menyerupai Rasulullah s.a.w. Sebuah hadith riwayat Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Barangsiapa melihat aku dalam tidur, maka sesungguhnya ia betul telah melihat akan daku kerana syaitan itu tidak akan menjelma menyerupai akan daku

Sebuah hadis lain riwayat daripada Jabir r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

Barangsiapa melihat akan daku dalam tidur, maka sesungguhnya ia telah melihat akan daku. Maka sesungguhnya syaitan tidak berupaya menjelma menyerupaiku


Tentang jenis-jenis makhluk halus ini, Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa,  golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat

Abu Darda' telah meriwayatkan secara marfu' hadis yang berbunyi;

Allah menjadikan jin itu 3 golongan. Golongan ular, kala jeengking dan binatang tanah, golongan semacam angin di udara dan satu golongan di atas mereka hisab dan balasan. Dan Allah menciptakan manusia 3 jenis, satu jenis seperti binatang

Dalam kitab Gharaibu wa 'AjaibiiI-Jinn karangan AI-Qadi Baharuddin menyebutkan tentang adanya sejenis jin yang separuh rupanya seperti manusia, namanya Shaqq, kerjanya menghalangi orang yang musafir bersendirian dan adakalanya membinasakan dia.

Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari. Lalu ia mengadu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam datanglah satu lembaga menyerupai gajah. Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa lembaga itu akan datang lagi dan menyuruh Muaz menunggu. Pada malam yang kedua Muaz telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi tetapi melepaskannya apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang lagi. Pada malam ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia dilepaskan oleh Muaz setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran, iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah, syaitan tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah Surah al-Baqarah ayat 285. (rujuk Al-Quran).

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan bahawasanya ia mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya.Tiba-tiba didapati isinya telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga, tiba-tiba terlihat bayangan seorang budak. Lalu ia memberi salam kepada budak tadi dan dijawab salamnya. Apabila ditanya siapa dia yang sebenarnya, adakah jin atau manusia. Lembaga itu menjawab mengatakan bahawa ia adalah jin. Ubai bin Kaab meminta supaya lembaga itu menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan, didapati tangan itu seperti tangan anjing begitu juga rambutnya. Bila ditanya adakah jin dijadikan sedemikian rupa. Dijawab, bahawa bentuk jin adalah lebih dahsyat daripada dirinya.

Berdasarkan ringkasan maksud hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus berupaya menjelmakan dirinya dalam berbagai-bagaibentuk kecuali rupa Rasulullah s.a.w. Imam Muslim meriwayatkan bahawa seorang pemuda kaum Ansar telah membunuh ular dalam rumahnya Ialu ular itu mati. Rasulullah s.a.w. bersabda;

Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu lihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari ia mempunyai seorang tamu. Tiba-tiba tamu itu melihat ular dan hendak membanuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya. Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sabahat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang.

Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar. Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu, menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. Pemuda itu terus masuk ke dalam. Didapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok di hadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati. Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda;

Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.

Bersambung...insya-Allah

Sumber:
http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran

No comments: