Assalamualaikum wwt.
Salam seahtera dan salam syawal 1436 H
Suasana menyambut hali lebaran atau hari raya aidil
fitri masih terasa. Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.
Pada hari raya tahun ini, sekali lagi saya
menyambutnya di rumah mentua di Felda Jengka 11, Pahang. Ini bermakna sudah dua
tahun berturut-turut saya menyambut 1 Syawal di sana. Sepatutnya saya menyambut
1 Syawal di rumah ibu saya di Felda Cini 1, Pahang, namun atas sebab-sebab
tertentu saya terpaksa menyambutnya di rumah mentua. Namun begitu, suasananya
tetap ceria dan meriah. Bagi anak-anak
saya, mereka lebih suka beraya di Jengka 11 kerana mereka sudah biasa berkunjung
di rumah datuknya.
Nostalgia Pertama
Pada hari raya ke-2, barulah saya bergerak ke rumah
ibu saya di Felda Cini 1, Pahang. Dalam perjalanan pulang, saya mengambil jalan
melalui Bandar Maran dan menyusur ikut Kampung Bak-Bak, Maran dan singgah
sebentar di kampung halaman saya iaitu di Kampung Belimbing. Nostalgia lama
meggamit kenangan, kerana di sinilah tempat saya dilahirkan dan dibesarkan
sebelum berpindah ke Felda Cini 1. Tidak banyak perubahan di kampung saya
ini. Sahabat-sahabat sepermainan banyak
yang dah berhijrah ke luar mencari rezeki. Orang-orang tua yang rapat dengan
saya dahulu sudah ramai yang meninggal dunia. Masih ingat dalam memori saya di mana
tempat saya bermandi-manda di Sungai Pahang, sekolah rendah tempat saya belajar
dan sebangainya. Saya hanya sempat berkunjung ke sebuah rumah sahaja kerana
kesuntukan masa, tambahan pula anak kecil saya sudah meragam. Saya bertolak ke
rumah ibu saya di Felda Cini 1. Hanya ibu saya yang mendiami rumah pusaka ini
kerana ayah saya sudah lama meninggal dunia.
Nostalgia kedua
Pada hari raya ke-3, agenda diteruskan lagi. Kali ini
saya ada satu pertemuan dengan bekas-bekas pelajar yang sama-sama bersekolah
sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh
Hinai, Pekan, Pahang. Sebenarnya saya terputus hubungan dengan rakan-rakan lama
ini hampir 32 tahun. Bayangkanlah betapa
lamanya masa berlalu. Sudah banyak nama dan rupa rakan-rakan yang pudar dalam
memori ini. Saya terpaksa mengerah ingatan dan peristiwa masa lalu untuk
mengenali rakan-rakan lama. Suasana terharu
bercampur gembira tergambar dari raut wajah masing-masing. Pelbagai cerita
terkeluar sambil sesekali diselangi hilai tawa yang menghiburkan. Saya mengambil
kesempatan meninjau tempat-tempat yang pernah menjadi kenangan dulu seperti di
bilik asrama, bilik darjah dan padang sekolah. Acara pertemuan tersebut diisi
dengan pertukaran hadiah dan cenderamata kenang-kenangan.
Masih sempat lagi merawat..
Saya diminta oleh adik saya untuk merawat anaknya yang
sakit dalam perut. Dalam keriuhan suara anak-anak kecil (semua adik beradik
bersama keluarga pulang), saya meruqyah anak saudara saya ini. Kasihan saya
melihat keadaannnya yang kurus akibat sakit dalam perut dan banyak angin di
dalam badannya. Dengan izin Allah, melalui teknik tolakan dari perut ke
mulutnya, terkeluar muntah bersama ketulan darah. Masya-Allah...
Saya kira masih perlu lagi melalui proses pengubatan
ruqyah agar penyakitnya sembuh dengan izin Allah.
Sekian sahaja coretan pada kali ini.
Sekali lagi...selamat hari raya aidil fitri, maaf
zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment