Assalamu’alaikum wwt..
Saudara pembaca yang dihormati,
Dalam tulisan
terdahulu, saya ada menyentuh tentang penyakit yang dideritai oleh pesakit
tetapi punca sakitnya itu tidak dapat dikesan oleh perubatan moden. Dalam hal ini, bukanlah saya menidakkan akan
keupayaan ilmu dan peralatan perubatan moden, namun kita harus berlapang dada menerima
kenyataan bahawa ada juga faktor lain yang menyebabkan sesuatu penyakit itu
berlaku. Faktor tersebut berkemungkinan berpunca daripada gangguan jin.
Kisah ini merupakan rentetan kisah yang pernah saya
ceritakan dalam tulisan terdahulu. Ceritanya
berkaitan dengan penyakit yang dideritai oleh pesakit wanita iaitu anak
kepada Datok J. Pesakit ini masih meneruskan rawatan ulangan daripada saya dan
saya berdoa kepada Allah, mudah-mudahan penyakit yang dideritainya sejak sekian
lama akan sembuh..InsyaAllah.
Sakit bertambah teruk
Setelah rawatan ulangan kali kedua, ada sedikit tindak
balas yang berlaku kepada pesakit wanita itu. Namun tindak balas tersebut
tidaklah ketara dan sedikit reda setelah meminum air penawar yang dibekalkan
kepadanya. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, ada seorang kenalan bapa
kepada pesakit ini berkunjung ke rumahnya. Kenalan bapanya dikatakan tahu serba
sedikit berkaitan kaedah rawatan. Kaedah yang macam mana tidaklah saya ketahui.
Dalam hal ini, kita perlu berhati-hati dan hendaklah menyelidik terlebih dahulu
akan kaedah rawatan yang digunakan. Kita bimbang takut-takut, pengamal
perubatan ini menggunakan ‘pendamping’ atau ‘sahabat ghaib’ untuk membantunya
dalam perawatan penyakit. Jika menggunakan pendamping yang terdiri daripada
kalangan jin, maka bertambah rumit sedikit usaha penyembuhan. Wallahu’aklam..
Perawat kenalan bapanya menawarkan pertolongan dengan
menyediakan air jampi untuk diminum kepada pesakit wanita ini dan meninjau-ninjau
kawasan rumah untuk tujuan pemagaran katanya. Pesakit wanita itu terpaksa
menerima pertolongan itu kerana bimbang perawat itu terasa hati.
Selepas meminum air yang dijampi oleh perawat kenalan
bapanya itu, secara tiba-tiba penyakit wanita itu bertambah teruk sehingga
terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad selama 2 hari. Pesakit ada
menelefon kepada saya dan bertanyakan mengapa terjadi begitu? Agak sukar juga untuk saya menjelaskannya
kerana adanya campurtangan orang lain dalam usaha merawat penyakitnya itu. Apa
yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu.
Menjejak Punca Penyakit
Pada malam itu, pesakit wanita itu datang ke rumah
saya bersama anak lelakinya untuk mendapatkan rawatan ulangan kali ketiga. Sebelum
sesi rawatan dibuat, saya bertanya sedikit sebanyak akan simpton penyakit yang
dialaminya. Saya memutuskan untuk melakukan Teknik Kembara dan Rawat untuk
memohon petunjuk kepada Allah akan punca penyakitnya itu. Saya mulakan dengan sesi
ruqyah terlebih. Ruqyah ini penting untuk memberi tekanan dan kesan kepada
gangguan jin yang berada di dalam badan pesakit. Setelah selesai set bacaan
ruqyah, saya mula beralih kepada Teknik Kembara dan Rawat.
Mata pesakit wanita itu saya ikat dengan sehelai
serban agar pandangan mata zahirnya tertutup dan lebih memberi fokus kepada
teknik yang akan saya lakukan. Saya memintanya bertenang dan memohon kepada
Allah agar diperkenankan permohonan. Saya mulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al
Fatehah dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci yang terpilih. Apabila selesai,
saya memerintahkan pesakit agar pergi ke rumahnya secara batin. Pesakit saya
arahkan agar meninjau keadaan di luar rumah dan memerhati apa-apa tanda atau
petunjuk. Seketika pesakit wanita itu tersentak kerana dia melihat ada dua
orang yang tidak dikenali sedang melakukan ‘Ritual Berubat’. Saya arahkan agar
pesakit itu mengusir dua tubuh yang tidak dikenali itu beredar. Setelah selesai
peninjauan di luar rumah, saya perintahkan pula pesakit wanita itu untuk
berdiri di hadapan pintu rumah. Saya arahkan agsar pesakit meninjau di ruang
tamu. Sekali lagi pesakit wanita itu terkejut kerana dia juga melihat ada dua
orang yang melakukan perkara yang sama di luar rumah tadi. saya menyuruhnya
mengusir gangguan itu.
Pesakit wanita itu agak tidak bermaya dan suhu
badannya panas mendadak dan selepas itu tiba-tiba tubuhnya berasa tersangat
sejut sehingga menggeletar. Saya tidak menghiraukan semua itu dan menyuruhnya
bertenang.
Langkah seterusnya, saya arahkan pula pesakit wnaita
itu untuk memeriksa pula gangguan yang berada di dalam tubuh badannya. Saya
memmintanya menggerakkan tangan kanan untuk ‘scan’ bahagian-bahagian tertentu
di tubuhnya. Tangan digerakkan yang bermula di bahagian kepala dan seluruh
anggota badannya. Saya memintanya melakukan isyarat tarik dan buang penyakit
yang ada.
Sesi rawatan ditamatkan...Saya berharap agar Allah
memakbulkan usaha saya ini dan memberi kesembuhan kepada pesakit wanita ini.
Sekian sahaja coretan pada kali ini.
Semoga bersua lagi.
HP: 0113-228-0112
No comments:
Post a Comment