Assalamu’alaikum wwt.
Sakit akibat daripada gangguan jin kadang-kala sukar
untuk dibezakan dengan sakit yang berpunca daripada tindak balas semula jadi di
dalam badan. Hal ini kerana simptonnya hampir sama tetapi jika dirujuk kepada
perubatan moden, doktor mengatakan bahawa pesakit itu tidak sakit kerana penyakitnya
tidak dapat dikesan. Keadaan ini kadang-kala membingungkan para doktor yang
terdidik dengan disiplin perubatan moden. Malah ada sesetengah kes yang pernah
diceritakan oleh pesakit kepada saya bahawa walaupun dilakukan ujian scan,
ujian darah dan sebagainya tidak dapat menunjukkan bahawa pesakit itu sakit. Walhal,
pesakit itu sebenarnya sakit. Pening juga memikirkannya..
Gambar hiasan: Meruqyah pesakit |
Pada pendapat saya, situasi ini tidaklah menghairankan
kerana teknologi di alam jin lebih canggih dan dapat memudharatkan manusia. Apabila
jin dapat menguasai manusia atau lebih tepat lagi dapat masuk ke dalam tubuh
manusia, jin itu dapat bergerak dalam salur darah manusia. Maka pada ketika itu, mereka bebas
untuk melakukan apa sahaja yang diingini dan lebih parah lagi jika jin tersebut
mengikut arahan daripada tukang sihir untuk menyakiti manusia. Tempat utama
yang disukai oleh jin ialah di saraf pusat di otak manusia. Dari sini, jin-jin
tersebut dapat mengawal semua deria dan saraf utama manusia. Sebab itu, ada
pesakit yang mengadu sakit jantung, walhal sebelum ini dia tiada pun sakit
jantung. Hal ini terjadi kerana ada gangguan jin pada bahagian jantung
tersebut. Apabila diruqyah dengan ayat-ayat suci al-Quran, dengan izin Allah,
jin-jin pengganggu itu hancur atau keluar daripada tubuh pesakit. Secara automatiknya,
sakit jantung itu akan pulih seperti sediakala. Hal ini semuanya berlaku dengan
izin Allah. Izin Allah akan terjadi jika kita berusaha dan berikhtiar. Usaha dan
ikhtiar yang dianjurkan ialah dengan kembali kepada Perubatan Sunah Nabi. Ada banyak
pecahan atau cabang perubatan Sunah Nabi yang boleh kita amalkan yang meliputi
dari segi pemakanan, berbekam, berpuasa dan melakukan Ruqyah Nabawiyah.
Ruqyah Nabawiyah dan Pemakanan Sunah merupakan dua
kombinasi asas untuk menjaga kesihatan badan. Jika kita selalu melazimi membaca
ayat-ayat suci al-Quran secara amnya dan ayat-ayat ruqyah secara khasnya, maka
secara beransur-ansur penyakit gangguan jin akan hilang dan kita dapat hidup
dengan sihat. Untuk kesan yang lebih cepat, selalulah juga memakan makanan yang
dianjurkan oleh Nabi seperti meminum madu lebah, menggunakan minyak zaitun
dalam masakan, memakan habbatussauda’ (jintan hitam), meminum khal (cuka) kurma
dan sebagainya. Para pembaca bolehkah
merujuk sendiri akan keberkesanan pemakanan sunah tersebut dimana-mana sumber
rujukan.
Gambar hiasan : Melakukan bekam |
Apa
yang penting ialah niat, ruqyah dan teknik yang digunakan. Niat tanpa ruqyah
(ayat-ayat suci al-Quran) tidak berhasil. Ruqyah tanpa teknik kadang-kala
memakan masa untuk penyembuhan. Apa yang penting, teknik-teknik yang digunakan
biarlah selari dengan syariat dan hakikat. Wallahu’aklam..
Sekian sahaja coretan daripada
hamba yang fakir ini...
Saya menulis berdasarkan
pengalaman yang pernah saya tempuhi dan sekadar untuk perkongsian sahaja. Tidak
lebih daripada itu..
No comments:
Post a Comment