Assalamu’alaikum wwt..
Dalam bulan puasa baru-baru ini, saya dihubungi oleh
seorang pemanggil daripada Felda Lepar utara 4.
Beliau bercadang untuk mendapatkan khidmat rawatan bagi sakit yang
dialami oleh dirinya dan isterinya. Kebetulan pada hari itu merupakan hari
minggu dan saya tiada apa-apa program penting. Dalam masa dua jam lagi dia akan
sampai ke rumah saya ujarnya.
Sesampai sahaja beliau
ke rumah saya, kelihatan isterinya dalam keadaan lemah dan letih. Dari
raut wajahnya ternyata dia terseksa dengan penyakit yang dideritainya. Sesi
soal jawab ringkas saya mulakan untuk mengetahui serba sedikit permasalahan
beliau. Beliau menyatakan bahawa perutnya sentiasa sakit dan sudah puas
mendapatkan rawatan di hospital tetapi doktor hanya memberinya ubat penahan
sakit, namun tidak berkesan.
Biasanya sebelum memulakan ruqyah, saya mendoakan
dahulu pada air sebagai persediaan awal. Hal ini penting kerana pada masa
inilah kita mengambil masa bermohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dan
bantuan supaya dipermudahkan ikhtiar pengubatan. Air yang didoakan dengan
ayat-ayat suci al-Quran beserta dengan niat yang jelas merupakan satu medium
utama dalam perawatan Islam. Air sebenarnya bersifat hidup dan sangat sensitif
terhadap niat yang terpancar dari lubuk hati. Apatah lagi jika didoakan dengan
ayat-ayat suci al-Quran. Air boleh merakam semua itu dan molekul air pasti
berubah dengan bentuk yang berkilauan. Sebab itulah ada sesetengah pesakit yang
meminum air yang saya doakan mengatakan bahawa rasa air itu seperti air zam-zam. Hal ini tidak
mengejutkan kerana ada seorang profesor daripada Negara Jepun yang telah
membuat kajian tentang molekul air ini. Molekul air zam-zam kelihatan
berkilauan dengan bentuk yang menakjubkan. Begitu juga air yang diucapkan
dengan kata-kata positif atau negatif akan berubah bentuknya.
Berbalik kepada pesakit tadi,
Seterusnya, saya meminta pesakit perempuan itu berbaring
kerana dia tidak bermaya untuk duduk.
Saya meruqyah sambil tangan menyentuh kain tebal yang diletakan di
bahagian perutnya. Suaminya duduk di sisi saya dan memerhatikan dengan penuh
pengharapan. Dengan izin Allah ada sedikit reaksi yang ditujukkan oleh si
pesakit. Saya merasakan ada suatu gangguan yang menjadi penyebab sakit perut si
sakit. Sesekali terdengar suara keluhan sakit daripada mulut si pesakit.
Gambar hiasan : sakit perut memang menyeksakan |
Pada pengamatan saya, jika ruqyah sahaja digunakan
mungkin tidak banyak membantu. Ruqyah mesti disertai dengan niat dan teknik
tertentu bagi mengeluarkan penyakit (gangguan) dengan Izin Allah. Saya
menggunkan teknik menarik penyakit (gangguan) yang pernah saya pelajari
daripada Ustaz Abdul Majid (Akrine Kuang). Dengan membaca beberapa potong
ayat-ayat suci al-Quran, kaedah menarik penyakit dan gangguan dilakukan.
Sehelai serban saya gunakan sambil memakrifat menarik segala penyakit dan punca
penyakit (dengan izin Allah). Reaksi
ketara ditunjukkan oleh pesakit. Kedengaran suaranya merintih kesakitan apabila
serban tersebut saya tarik sehingga ke hujung kakinya. Saya tidak menghiraukan
semua itu. Proses penarikan tersebut saya ulangi sebanyak tiga kali dan pesakit
tertidur keletihan. Subhanallah..
Saya berharap Allah memperkenankan usaha saya itu dan
pesakit segera sembuh dengan izin-Nya.
Sekian coretan pada kali ini..
Selamat menjalani ibadah puasa dan melakukan amalan
soleh dalam bulan yang mulia ini..
`
No comments:
Post a Comment