Wednesday, 2 April 2014

TEKNIK KEMBARA DAN RAWAT (TKR)



Assalamu’alaikum wwt.

Bertemu lagi kita dalam ruangan blog Rawatan Islam Al-Ansari Jengka ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati oleh Allah..

Alhamdulillah, pada tulisan kali ini saya terpanggil untuk berkongsi salah satu teknik rawatan yang sememangnya jarang saya gunakan. Namun, setelah beberapa kali mencubanya, ternyata Allah telah mengizinkan dan mencapai matlamat yang diharapkan. Kita hanya berusaha dan berikhtiar namun keberhasilannya dengan kehendak Allah.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah salah satu teknik rawatan untuk menangani kes yang berfokus  dengan gangguan jin dan sihir. Umum mengetahui bahawa kes-kes gangguan jin atau sihir bukanlah mudah untuk ditangani jika tidak kena dengan caranya. Teknik yang saya maksudkan ialah TEKNIK KEMBARA DAN RAWAT (TKR). Sebenarnya saya mempelajari teknik ini daripada Ustaz Abdul Majid b. Hasan daripada Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (Akrine) awal tahun 2014. Teknik ini merupakan antara silibus yang diajar dalam Modul Kursus Intensif Rawatan Islam (KIRI) 2. Pada saya, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan barulah tahu akan hasilnya.

Sekilas tentang TKR

Teknik ini perlu berguru. TKR bukan kembara roh dan bukan juga mata batin. Untuk melakukan TKR kita tidak perlu berpuasa mutih malah tidak perlu melakukan teknik pernafasan. TKR  juga bukan teknik menurun kerana pesakit sedar dan menguasai dirinya manakala menurun pesakit bukan lagi pesakit tetapi dipengaruhi oleh jin yang kononnya menjadi perawat. Perawat akan memandu pesakit untuk mencari punca gangguan diluar tubuhnya atau di dalam tubuhnya dengan izin Allah.

Persoalan yang timbul adalah siapakah sipengembara berkenaan, adakah dia adalah roh pesakit. Jawapannya tentulah tidak, kerana pesakit berinteraksi dengan perawat secara sedar, menerima arahan dan melakukan rawatan. Untuk teknik kembara roh, pesakit atau perawat akan meninggalkan jasadnya dan melakukan pengembaraan. Jasad akan kaku dan tiada komunikasi boleh dilakukan.

Dengan kata lain, kekuatan pergantungan perawat dan pesakit mengharap pertolongan ALLAH amatlat penting dalam TKR ini. Pesakit tidak akan dapat melihat jika dia kurang yakin akan teknik ini. TKR biasanya digunakan setelah melalui beberapa sesi rawatan sebelumnya. Yang penting, pesakit dan perawat tidak berputus asa berikhtiar untuk merungkai penyakit gangguan jin dan sihir.

Aplikasi TKR

Mata pesakit ditutup semasa proses TKR
  •  Pesakit memejamkan mata
  • Perawat membaca beberapa ayat al-Quran, selawat dan doa 
  • Perawat menyuruh pesakit berada di kawasan yang disyaki samaada lokasi berkenaan adalah rumah, pejabat dsb 
  • Pesakit melihat dengan matanya (walaupun dia menutup mata) lokasi yang dimaksudkan. 
  • Perawat meminta pesakit menadahkan tangan kepada perawat, perawat membacakan ayat scanning dan menghembus tangan pesakit. 
  • Pesakit berjalan sambil scanning dilokasi.
  • Pesakit akan merasakan ada kawasan sejuk dan ada kawasan panas. 
  • Di kawasan panas, pesakit mencari bahan sihir dan jika menjumpai akan menawarkan kawasan berkenaan atau membuang barang berkenaan.

Pada peringkat kedua, pesakit masuk ke dalam tubuhnya sendiri:

  • Pesakit diarah berada di bahagian organ tertentu pada tubuhnya.
  • Pesakit akan berjumpa pelbagai perkara pada organ berkenaan seperti monyet, ular, anjing, tukang sihir, OKS, dsb. 
  • Pembersihan organ dilakukan samada secara pembakaran, pembunuhan atau pembuangan bergantung kepada kesesuaian oleh pesakit sendiri dengan dibantu oleh perawat secara membekalkan senjata/peralatan yang diperlukan. 
  • Pesakit pergi ke organ-organ lain sehinggalah semua organ dibersihkan.
 Apabila selesai rawatan, jin pada pesakit mestilah dikeluarkan. Jika tidak pesakit akan terus melihat dan mengembara dan adakalanya merawat dirinya sendiri.

Kes-kes Rawatan Menggunakan TKR

Kes 1:
Merawat ahli perniagaan yang disihir

Ada seorang ahli perniagaan di Bandar Jengka yang sering diganggu. Badannya selalu sakit dan sukar tidur malam. Beliau sering berasa resah dan gelisah tanpa sebab. Kali pertama dirawat, saya meruqyahnya dan mengeluarkan gangguan dari badannya(dengan izin Allah). Ulangan rawatan kali kedua juga dibuat kerana beliau berasa masih ada lagi sisa sakit di badannya walaupun agak berkurangan daripada dahulu. Kali ini, beliau melihat sekilas bayangan ular keluar daripada badannya. Tanpa berputus asa, rawatan kali ketiga dilakukan dengan harapan dapat bebas sepenuhnya daripada gangguan (jin). Kali ini saya cuba melakukan TKR terhadapnya. Saya memandunya untuk meninjau kawasan perniagaannya yang berjumlah 9 tempat. Maka satu persatu lokasi perniagaanya dijejak. Beliau dan saya dapat merasakan adanya gangguan (meremang bulu roma) dan saya terus mengarahkan pesakit mengambil barang sihir atau gangguan tersebut lalu melemparkan (makrifat) ke laut. Alhamdulillah, satu persatu lokasi perniagaanya dibersihkan (dengan izin Allah). Mudah-mudahan berjaya.

Selanjutnya, saya mengarahkan pesakit memeriksa gangguan di badanya....maka satu persatu gangguan dianggota badan dibuang dan dibersihkan (dengan izin Allah)

Kes 2:
Merawat makcik yang selalu takut dan sukar tidur

Ada seorang makcik dari Jengka 1 mendapatkan rawatan bagi penyakit misteri yang sudah lama dihidapinya. Sudah puas makcik ini berubat dan sudah banyak wang ringgit dihabiskan, namun sakit yang dihidapi tidak kunjung sembuh sepenuhnya.  Rawatan kali pertama, kerana badan selalu sahaja demam dan sukar tidur atau jika terjaga daripada tidur maka susah tidur kembali. Alhamdulillah...rawatan kali pertama menunjukkan perkembangan yang positif. Ada perubahan sekitar 70%. Rawatan kali kedua, saya meruqyah dan mengeluarkan gangguan jin dalam badannya. Perasaan takut makcik ini semakin berkurangan dan dapat tidur dengan lena.  Untuk rawatan kali ketiga, saya memutuskan untuk menggunakan teknik TKR bagi mengetahui punca masalah gangguan yang dihidapi.  Saya percaya ada gangguan di rumahnya. Dalam proses TKR, saya meminta makcik ini meninjau di kawasan luar dan dalam rumahnya. Ternyata makcik ini melihat gambaran makhluk dan perasaan seram di beberapa tempat dalam rumahnya.  Saya menyuruh makcik ini menangkap gangguan tersebut (setelah tangannya saya hembuskan dengan ayat al-Quran). Makcik ini juga terlihat ada kelibat orang yang dikenali dalam rumahnya...dan saya juga mengarahkan makcik ini menangkap dan isyarat membuangnya ke laut.

Seterusnya proses TKR dilanjutkan dengan usaha mengesan gangguan jin di dalam badan makcik ini sendiri. Dengan izin Allah, makcik ini nampak dan merasakan ada ketulan dalam badannya, dan saya meyuruhnya mencabut dan buang. Begitu juga proses membuang di tempat-tempat lain dalam tubuhnya.

Kesimpulan:

Kesepaduan antara NIAT, BACAAN RUQYAH dan TEKNIK amat diperlukan semasa proses merawat pesakit. Niat sahaja tanpa bacaan ruqyah tidak akan berhasil manakala bacaan ruqyah sahaja tanpa teknik pun kadang-kala meletihkan.
Ada beberapa kes, jin di dalam badan buat tak tahu sahaja semasa diruqyah...tetapi akan cepat bereaksi jika teknik tertentu digunakan...termasuklah teknik TKR ini....

Apapun..ingatlah semua itu terjadi dengan IZIN Allah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada para para guruku..

Rujukan:
http://akrine.blogspot.com

No comments: