Friday, 4 April 2014

BOLEHKAH MEMBUNUH JIN?



Assalamu’alaikum wwt.
Pembaca yang saya kasihi sekalian.

Nampaknya sejak akhir-akhir ini pokok pembicaraan saya asyik berkisar mengenai gangguan jin dan syaitan. Mengapa ya? Saya pun tidak tahu mengapa kecenderungan saya pada kes-kes berkenaan? Hal ini mungkin berpunca daripada kebanyakkan pesakit yang menemui saya, hampir keseluruhannya berkaitan dengan gangguann jin, sama ada jin saka atau bukan jin saka malah melibatkan jin sihir.  

Tahap kesabaran saya pun ada hadnya. Mana boleh saya hanya menyerah sahaja tanpa melancarkan  serangan balas kepada jin-jin jahat dan degil ini. Tidak dinafikan, ada juga jin-jin yang boleh dipujuk dan dibawa berbincang untuk keluar daripada badan pesakit. Usaha berlembut akan menjadi keras sekiranya  ‘mereka’ keras kepala dan tidak mahu keluar dari badan pesakit..

Pada pendapat saya, memang patut jin-jin jahat dan degil ini diberi peringatan atau amaran terakhir iaitu disembelih (bunuh) jika masih berdegil tidak mahu keluar dari badan pesakit. Dalam hal ini, perawat tidak dikira zalim kerana sebelum usaha membunuh, ‘mereka’ sudah diberi peringatan banyak kali. Sudahlah begitu, ada pula yang menipu..kononnya sudah keluar tetapi masih ada lagi menetap di badan pesakit.

Pedang Ghaib

Pedang boleh membunuh dengan IZIN Allah

Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan diutus sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai khalifah, sudah sewajarnya menggunakan kelebihan yang diberi oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Pusaka mukjizat Al-Quran yang diwarisi daripada Rasulullah s.aw perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Untuk menangani kes jin-jin yang degil dan sombong ini, insya-Allah tangan kita boleh ditransfer (makrifat) menjadi pedang yang amat tajam pada mata jin. Pedang itulah nanti akan memenggal leher ‘mereka’. Kaedah ini perlu berguru dan tidak boleh digunakan dengan sesuka hati sahaja. Jika asal sahaja gangguan jin, terus sahaja menggunakan pedang ghaib untuk membunuhnya..kita akan dikira zalim.  Jin-jin ini ada keluarga dan puak-puak mereka sendiri. Boleh jadi kaum kerabatnya akan menuntut bela diatas kezaliman kita.  Jika kita alasan yang logik kerana membunuh kaum ‘mereka’, sudah tentu mereka boleh menerima alasan kita..

Ada pesakit yang merasakan lehernya dikelar dengan pedang yang sangat tajam dan berasa amat sakit sekali padahal saya hanya memakrifatkan tangan saya menjadi pedang sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran. Pesakit akan mengelepar dan mengeluarkan bunyi yang kuat dan akhirnya terkulai jatuh. Sebenarnya, yang terkena pedang itu adalah jin yang berada dalam badan pesakit tersebut. Hanya Allah jua  yang mengetahui hakikat sebenarnya.

Antara ayat yang biasa saya gunakan ialah : 



Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Anfal:17)



Cuba perhatikan dan hayati maknanya, nescaya kita akan memahami bahawa hakikat sebenarnya setiap perlakuan kita adalah daripada Allah semata-mata. Mana dia kekuatan kita? Jawapannya : TIADA. Hakikatnya kita sudah MATI  (mati sebelum mati)

Allahhu Akbar

Sekian, jumpa lagi

No comments: