Assalamu’alaikum wwt.
Pembaca yang dihormati,
Penyakit ada banyak jenis penyakit. Hal ini memang
menjadi lumrah dalam kehidupan ini. Sakit yang menimpa kepada manusia ada
hikmahnya yang tersendiri. Yakinlah, bahawa setiap penyakit yang Allah
turunkan, pasti ada penawarnya. Setiap manusia pasti ada merasai sakit sama ada
sakit jasmani atau sakit rohani atau sakit akibat gangguan jin. Sakit yang
menimpa manusai tidak mengenal siapa, walaupun orang itu hidup dalam
persekitaran kesihatan dan perubatan. Inilah yang saya cuba coretkan dalam
tulisan pada kali ini.
Pada suatu hari, saya ada menerima panggilan daripada
sahabat saya yang mengatakan rakan kepada isterinya sakit gatal-gatal satu
badan. Isteri rakan saya itu bertugas sebagai
jururawat di Hospital Jengka. Melalui perbualan ringkas itu, orang yang sakit
itu hendak datang mendapatkan rawatan pada petang itu juga. Saya memaklumkan
kepadanya bahawa petang itu saya sibuk dan memintanya datang pada waktu malam
selepas solat Isyak.
Pada malam itu, datanglah pesakit itu ke rumah saya. Pesakit
itu bertugas sebagai jururawat di Hospital Jengka. Dia menceritakan bahawa dia
telah terkena sakit gatal-gatal satu badan. Sakit gatalnya itu luar biasa
kerana sudah puas makan ubat dan berpantang makan, namun sakit gatal badannya
itu tidak kunjung sembuh. Jika mengikut logiknya, setelah makan ubat dan
berpantang makan, nescaya sembuhlah sakit tersebut. Tambahan pula, beliau sudah
tentu lebih arif tentang hal-hal ubat dan cara rawatan. Namun, kita harus
melihat pula punca sakit itu dari sudut yang
lain pula. Pasti ada penyebabnya yang tersendiri dan berkemungkinan
sakit itu ada campur tangan gangguan jin. Wallahu’aklam..
Gambar hiasan : Gatal yang kerap digaru |
Saya mulakan proses rawatan dengan mendoakan pada air
terlebih dahulu. Setelah itu, barulah saya meruqyahnya dengan ‘Ruqyah Nabawiyah’
sambil bermohon di dalam hati agar Allah memberikan kesembuhan. Sepanjang proses
ruqyah tersebut, saya lihat pesakit itu tidak senang duduk dan berusaha sedaya
upaya menahan gatal-gatal di badannya. Mungkin pesakit itu malu untuk menggaru
badannya yang gatal di hadapan saya. Kasihan saya melihat keadaanya ketika itu.
Kepalanya saya pegang dengan tangan kanan sambil memakrifatkan mencabut
sakitnya itu. Begitu juga pada bahagian belakang badannya yang telah saya tutup
dengan kain tebal, saya mengisyaratkan menghancurkan sakit-sakit badannya. Saya
teringat pesanan guru saya iaitu Ustaz Haron Din, agar mengulangi bacaan akhir
surah Al Hasy (Lauzanzalna...) beberapa kali. Ayat ini dengan izin Allah dapat menghancurkan
segala jenis gangguan sama ada yang zahir mahupun yang batin. Begitu juga
dengan ayat penawar bisa iaitu Bismillah Tujuh dan Bismillah Lima. Dengan izin
Allah, keberkatan ayat-ayat ini dapat menawarkan segala jenis bisa-bisa dan
gatal-gatal.
Seperti biasa, saya akhiri proses ruqyah dengan teknik
menarik keluar penyakit dan punca penyakit. Saya lihat pesakit sedikit letih
dan terasa kebas-kebas pada bahagian hujung kakinya.
Saya mengajarnya amalan membenteng diri dengan
ayat-ayat Muawizat iaitu, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Annas. Amalan
ini walaupun ringkas, tetapi sangat besar manfaatnya. Amalan ini ada petuanya
yang perlu dilakukan. Saya berpesan kepada pesakit itu agar beramal dengan
istiqamah selepas solat Subuh, Maghrib dan sebelum tidur. Tidak lupa juga, saya
mendoakan pada bedak sejuk untuk dicampur dengan air yang telah didoakan untuk
di sapu pada bahagian badan yang gatal.
Semoga sakitnya sembuh dengan izin Allah..
Sekian, jumpa lagi.
Semuanya terjadi dengan izin Allah.
HP: 01132280112
No comments:
Post a Comment