Assalamu’alaikum wwt,
Saya percaya tentu ada dalam kalangan pembaca yang tahu
atau pernah mengalami sendiri penyakit batu karang. Apakah dia penyakit batu
karang?
Air kencing kita mengandungi garam
galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan
bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh
menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya
dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke
bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak
merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan
sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga
dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.
Faktor Risiko
- Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
- Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
- Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
- Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
- Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
- Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
- Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
- Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
- Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
- Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.
Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan
pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah
kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup.
Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian
air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah
pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan,
perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal
dan boleh dirawat segera.
Jenis-Jenis Batu karang
- Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
- Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
- Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
- Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
Kaedah Rawatan
Dalam tulisan ini, saya ingin berkongsi sedikit petua tentang rawatan
penyakit batu karang. Petua ini melibatkan bahan-bahan terpilih dan disertai
dengan doa-doa mustajab. Insya Allah mujarab.
Bahan 1:
Serai Wangi
Cara Penyediaan:
- Ambil Serai wangi 15 batang (sehari 5 batang). Potong sedikit dibahagian hujungnya kemudian titik beberapa kali pada labu batangnya
- Masukkan 5 batang serai setelah dibersihkan dalam periuk dan tuang air sekira-kira sama paras dengan bahan.
- Rebus hingga mendidih di atas api yang sederhana besarnya. Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit.
- Minum air rebusan sebanyak mungkin di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
- Panaskan semula bahan ini sebelum diminum airnya dengan menambahkan air sekadar perlu. Bahan ini boleh digunakan selama 3 hari.
Serai Wangi |
Bahan 2 :
Sehelai daun ginjal
Cara Penyediaan:
- Rendam daun ginjal dalam segelas air panas yang baru mendidih untuk diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.
- Sakit yang teruk tambahkan daun ginjal ikut keperluan.
Doa :
Surah Al Fatihah
Ayat Pemecah Kebuntuan (Surah
al-Hasyr ayat 21 – 24)
Ayah Pemecah (Surah Al
Mukminun ayat 115 – 118)
Selawat Syifa’
Sumber:
Kuliah Pengubatan Darussyifa
http://penyakitbatukarang.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment