Assalamu’alaikum wwt..
Dalam perawatan bagi sesetengah penyakit, ada kalanya
sakit yang dideritai itu akan bertambah teruk walaupun telah mengambil ubat
mengikut aturan yang ditetapkan. Tidak kiralah walaupun sakit yang berkaitan
dengan sakit jasmani seperti demam, batuk, gout dan sebagainya ataupun penyakit
yang berkaitan dengan sakit rohani seperti kemurungan, fikiran kacau, perasaan
tidak tenang dan sebagainya. Satu hal yang tidak terkecuali ialah sakit yang
diakibatkan oleh gangguan jin.
Dalam hal ini, saya tidak mahu mengulas tentang
penyakit fizikal ataupun penyakit rohani kerana perubatan moden lebih arif
tentangnya. Ubat-ubatan dan kaedah rawatan moden dilihat begitu berkesan dan
menjadi pilihan ramai. Pada pendapat saya, kaedah rawatan moden menjadi
pelengkap keadah kaedah rawatan berteraskan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah
saw. (Ruqyah Nabawiyyah). Sepatutnya,
sebagai penganut agama Islam, utamakan atau dahulukan pengubatan Islam dan
selepas itu barulah beralih ke arah rawatan moden. Kita kena ingat dan yakin
bahawa sesungguhnya setiap penyakit yang
dialami oleh kita adalah datangnya daripada Allah dan Allah jua yang
menyembuhkannya.
Fokus bicara pada kali ini ialah mengenai sakit yang
dideritai dilihat bertambah teruk walaupun telah mengambil ubat-ubatan yang
ditentukan. Hal ini dipanggil krisis pemulihan. Mengapa ada krisis pemulihan? Krisis
pemulihan ialah satu keadaan badan kita melalui proses penyesuaian dengan
ubat-ubatan yang kita ambil. Pada ketika ini pelbagai simpton yang kelihatan
seperti penyakit akan keluar tetapi sebenarnya itu bukan penyakit. Keadaan ini
merupakan tindakbalas tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat
pemakanan kita. Sebenarnya kadar krisis pemulihan berbeza bagi setiap individu.
Sewaktu tempoh penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit lama akan timbul
semula. Biasanya, keadaan ini akan mengambil masa beberapa hari. Walau
bagaimanapun, untuk tubuh yang lemah, tempohnya akan lebih lama.
Krisis Pemulihan Gangguan Jin
Jin merupakan salah satu makhluk Allah yang diciptakan
daripada api. Kewujudan jin adalah bersifat ghaib dan tidak dapat dilihat dengn
mata kasar melainkan jin tersebut telah berubah rupa kepada sesuatu bentuk
seperti ular, anjing dan sebagainya. Kita diperintahkan agar berlindung
daripada kejahatan jin dan syaitan. Jin berupaya masuk ke dalam tubuh badan
manusia dan berjalan mengikut aliran darah. Sebab itulah sering kita dengar ada
manusia yang dirasuk oleh jin dan melakukan perkara-perkara yang diluar
kebiasaan.
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya yang kurang
ilmunya ini, pesakit yang terkena sakit gangguan jin biasanya akan terjadi
krisis pemulihan setelah diruqyah dan memakan makanan sunnah seperti habbatus
sauda’, minyak zaitun dan minuman dan mandian daun bidara. Sakit yang dideritai
akibat gangguan jin biasanya akan bertambah teruk sebelum akhirnya
beransur-ansur sembuh dengan izin Allah. Pada logiknya, setelah gangguan jin
dikeluarkan daripada badan, maka sembuhlah pesakit itu. Memang betul begitu,
tetapi saya suka mengambil contoh keberadaan jin di dalam badan ibarat pokok
yang sudah berakar. Bayangkan apabila pokok tersebut (jin) yang sudah besar
sudah tentunya akarnya mencengkam kuat tanah (badan). Maka apabila ditarik
pokok tersebut, sudah tentu akar-akar tercabut dan tanahnya tidak kuat. Minta
maaf...ini hanyalah andaian saya sahaja dan saya tidak memaksa saudara pembaca
mempercayainya.
Lagipun, jin dan syaitan yang berada di dalam tubuh
manusia sudah tentu melakukan aktiviti kehidupan seperti makan dan minum malah
turut kencing dan berak di dalam badan kita. Sudah tentunya bahan-bahan kotoran
tersebut menjadi racun dan penyakit di dalam badan. Malah lebih parah jika jin
dan syaitan tersebut membiak (pasangan jantan dan betina) di dalam badan kita.
Bayangkan betapa banyaknya jumlah mereka apabila mereka telah menetap di dalam
badan kita. Sebab itulah proses penyembuhan yang juga dipanggil “krisis”
penyembuhana kerana kita terpaksa melalui keadaan yang tidak menyenangkan,
apabila tubuh mula melakukan kerja keras membersih dan membina semula kerosakan
yang sudah bertahun-tahun lamanya. Tubuh mula menolak segala sampah, kekotoran,
racun toksik dan melawan segala jenis kuman dan virus.
Justeru, apabila perawat Islam melakukan rawatan bagi
merawat gangguan jin yang berada di dalam badan pesakit, maka tidak dapat tidak
akan ada krisis pemulihan. Krisis pemulihan ini berbeza bagi setiap pesakit dan
juga berbeza dari segi jangka masa.
Tanda-tanda krisis pemulihan
gangguan jin
Muntah
Pening kepala
Demam
Pinggang terasa sakit
Perut terasa sakit
Sakit-sakit seluruh badan
Badan terasa letih dan lesu
Dan sebagainya....
Seandainya pesakit mengalami tanda-tanda tersebut,
maka janganlah pesakit berasa susah hati dan berputus asa. Saya selalu memberi
harapan dan keyakinan kepada pesakit yang dirawat, agar teruskan meminum air
yang didoa dan melakukan mandian air yang telah didoa. Selalunya krisis
pemulihan ini berlangsung selama tiga hingga ke tujuh hari.
Satu perkata lagi yang jangan dilupa iaitu pesakit
hendaklah istiqamah beramal dengan zikir-zikir atau doa-doa yang telah
dibekalkan oleh perawat. Kesembuhan yang maksimum dari pengaruh gangguan jin
ialah dengan sentiasa menjaga amalan zahir dan batin. Dekatlah selalu dengan
Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Insya Allah..
Allah jua yang mengetahui. Wallahu’aklam.
No comments:
Post a Comment