Thursday, 16 October 2014

IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN JIN-MANUSIA (SAKA)



Assalamu’alaikum wwt.
Saudara pembaca yang dihormati sekalian.

Pemasalahan gangguan jin ke atas manusia sering berlaku sejak dahulu lagi. Gangguan jin ini mudah dikategorikan kepada DUA jenis iaitu gangguan jin saka dan gangguan bukan jin saka.

Gambar hiasan: Diganggu Jin Saka

JIN SAKA

Fokus perbincangan pada kali ini ialah mengenai gangguan jin saka dan bagaimana cara untuk memutuskan kontrak perjanjian tersebut. Biasanya gangguan jin saka akan terus diwarisi daripada generasi terdahulu hinggalah sekarang. Kontrak perjanjian tersebut terlalu mistik dan kadang-kala tidak disedari oleh seseorang itu. Bahana yang menimpa biasanya si pewaris saka itu sukar untuk menghembuskan nafas terakhir jika saka tersebut tidak diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Ikhtiar untuk memutuskan ikatan perjanjian jin-jin saka ini perlu dilakukan secara jelas dan ada kesungguhan dari diri pewaris saka. Maksudnya, si pewaris saka perlu secara sedar dan faham bahawa dirinya tidak mahu lagi dibelenggu oleh jin-jin saka ini. Nampak macam mudah sahaja usaha ini, tetapi percayalah kaedah ini merupakan usaha awal untuk menyatakan kepada jin-jin saka tersebut bahawa kita tidak memerlukan lagi khidmatnya..

Biasanya apabila saya menerima pesakit yang disyaki ada gangguan jin saka, saya akan memulakan sesi ikrar pemutus saka terlebih dahulu. Hal ini membantu memudahkan sesi ruqyah dan teknik mengeluarkan jin saka daripada badan pesakit..insya-Allah.

Perlunya mengucapkan ikrar ini kerana  banyaknya Jin yang dicuci otak atau  terprogram otaknya untuk taat dengan perjanjian yang telah dibuat oleh manusia. Bahkan ikrar perjanjian antara jin dan manusia ini kadang diikat dengan mentera khusus, diikat dengan darah dan sebagainya.

Ketaatan jin pada tuannya bahkan sampai ke anak cucunya sebab ada kontrak ikatan perjanjian (pesugihan, ilmu khodam/prewangan, tenaga dalam, ilmu kesaktian) . Maka kita harus memutuskan program ikrar perjanjian diri diri kita sendiri atau pesakit atau nenek moyang terdahulu dengan khodam jin.

Jin yang terikat dengan perjanjian akan mentaati perintah secara membuta tuli dan sanggup untuk bertahan bahkan mereka rela untuk mati daripada pergi dari manusia yang diikutinya.

Sudah ramai orang yang terbebas dari ikatan perjanjian dengan jin dengan mengucapkan ikrar "talaq" ini dengan sungguh-sungguh. Sudah banyak jin juga yang berterima kasih kepada para perawat sebab setelah pesakit kita bimbing untuk mengucapkan ikrar ini, bangsa jin terputus ikatan perjanjiannya dan mereka merasa bebas untuk pergi dari tubuh manusia yang dirasukinya. Ada antara jin-jin tersebut  terpaksa ikut sampai TUJUH KETURUNAN ke anak cucunya akibat perjanjian yang bangsa jin lakukan dengan keturunan terdahulu manusia.

PERINGATAN

Ikrar ini bukanlah  mentera sakti yang memerlukan amalan khusus . Ikrar ini cukup di ucapkan sekali atau beberapa kali saja atau Ikrar ini boleh dibuat sendiri sesukanya yang intinya menjatukan TALAK TIGA kepada jin. Talak tiga bererti tidak boleh rujuk kembali. Pergi buat selama-lamanya dari kehidupan manusia.

Mengucap Ikrar ini bukan kewajiban atau keharusan dan tidak boleh menggantikan doa ruqyah dengan ikrar ini!

LAFAZ IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN

Bismillahirahhmanirahim

Ya Allah , sesungguhnya AKU & mewakili keluarga AKU dengan penuh kesadaran dan pertaubatan dengan ini mengikrarkan :

Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yang kami atau orang sebelum kami atau keluarga besar kami yang perjanjian itu pernah dilakukan secara sadar atau tidak sedar dengan segolongan jin

Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apapun juga jenis jin

Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah bukan kepada jin.

Ya Allah mulai dari saat ini :

AKU haramkan semua makananku, minumanku, seluruh anggota tubuhku dari semua jin di dalam dan di luar tubuhku atau yang mengganguku.
Sekiranya Ya Allah Mereka makan , minum , jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah sebagai racun,racun yang amat panas, racun yang amat berbisa, racun yang membakar, racun yang membunuh Semua jin-jin itu Ya Allah Ya Rabbal A’lamin .

REAKSI YANG BIASA TERJADI

Biasanya setelah ikrar pemutus ini diucapkan, pesakit yang ada gangguan jin saka akan mengalami beberapa simpton atau tanda seperti;

1. Muntah-muntah, sendawa
2. keluar beragam cahaya dari tubuh
3. Pengsan.
4, Tubuh bergetar
5. Berasa ada aliran elektrik yang berjalan ditubuh lalu keluar dari tubuh
6. Dada berdebar-debar  dan sebagainya..

Selepas selesai mengucapkan sesi ikrar pemutus saka tersebut, barulah perawat akan meneruskan dengan sesi ruqyah jika perlu atau terpulanglah atas kebijaksanaan perawat untuk memastikan jin-jin saka in mematuhi arahan untuk keluar daripada pesakit. Namun ingatlah kadang-kadang mudah dan kadang-kadang amat meletihkan usaha merawat gangguan jin-jin saka ini..

Hikmah dan kebijaksanaan perawat amat perlu agar wujud situasi MENANG-MENANG dengan golongan jin ini.

Rujukan dan ubah suai bahasa:

Tuesday, 14 October 2014

AWASI TABIAT PEMAKANAN KITA



Assalamualaikum wbh
Saudara pembaca yang dihormati,

Kita selalu mendengar ungkapan “ Makan untuk Hidup” atau “Hidup untuk Makan”. Tanpa makan, manusia boleh mati dan jika terlebih makan pun manusia akan mati. Dewasa ini, kita sering disajikan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat. Kadang-kadang kita mengambil ringan akan soal pemakanan. Sebab itulah ramai dalam kalangan manusia yang mudah mendapat penyakit akibat daripada amalan pemakanan yang salah. Seelok-eloknya kita perlu sentiasa waspada dengan apa yang kita makan.

Tabiat makan yang salah secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya jika kita sering memakan makanan segera atau meminum minuman segera. Baru-baru ini satu pendedahan tentang bahayanya meminum kopi segera yang kononnya mampu memulihkan tenaga sesksual. Sebenarnya tabiat makanan yang salah ibarat ‘BOM JANGKA” yang menunggu masa untuk meletup.

 
Gambar hiasan

Sakit Jantung

Salah satu penyakit yang sering terjadi akibat daripada pemakanan segera ialah penyakit jantung. Ada antara pengidap sakit jantung yang berusia muda.  Cuba perhatikan tanda-tanda di bawah. Adakah anda pernah mengalaminya?

  • Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung atau dada berdebar dengan laju. 
  • Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
  • Kerap merasakan kesakitan pada dada. 
  • Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
  • Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
  • Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2 atau 3 hari. 
  • Tapak tangan.selalu basah.

Berdasarkan simptom tersebut, besar kemungkina sakit jantung yang dialami itu berpunca dariapda tabiat pemakanan yang tidak sihat.  Antara puncanya ialah kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer). Oleh hal yang demikian, untuk memastikan jantung kita sihat kita perlulah mengikut amalan berikut:

  • Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
  • Elakkan dari mengambil coffee mate kerana coffe mate adalah non dairy creamer 
  • Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi 
  • Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
  • Elakkan minum “kopi Segera”  yang diragui kandungannya. 
  • Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
  • Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
  • Elakkan mandi selepas makan

Amalkan amalan:  Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya.

Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. Peringatan dan nasihat kepada diri saya dan kepada anda semua.

Sekian wassalam wallahua'lam
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT”

Saturday, 11 October 2014

KHASIAT HABBATUS SAUDA’



Assalamau’alaikum wwt.

Tulisan pada kali ini ingin membawa satu lagi perkongsian mengenai khasiat bahan atau herba dalam kehidupan manusia. Jika sebelum ini, saya telah menyentuh mengenai khasiat Minyak Zaitun dan Buah Delima. Maka pada kali ini marilah kita meneliti pula tentang khasiat Habbatus Sauda’.

Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar mengenai Habbatus Sauda’ malah telah menjadikannnya sebagai salah satu amalan pemakanan untuk menjana kesihatan yang sempurna. Sudah terbukti bahawa Habbatus Sauda memang mempunyai nilai yang tinggi dalam kesihatan manusia. Hal ini ditegaskan oleh baginda dalam sebuah hadis sohih.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Khasiat Luar Biasa Habbatus Sauda’ kepada Manusia

Pengenalan

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda’. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda’ ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Habbatus Sauda'
 
Habbatus Sauda’ mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatus Sauda’ ini ialah satu supplement atau ubat yangg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Selain itu,  akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:


  • Antiinflamasi : Mengubati perih/radang tenggorokan. 
  •  Antiarthritis : Mengubati reumatik. 
  •  Analgesik : Mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain). 
  •  Aktivitas hormon : Mengatur haid dan meningkatkan aliran susu. 
  •  Antiseptik : Mengubati bau mulut. 
  •  Antivirus :Mengubati demam dan flu. 
  • Dermatologi : Mengubati jerawat dan eksim. 
  • Urinary tract : Mengubati saluran kemih dan batu ginjal. 
  • Sistem kekebalan : Meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit. 
  • Gastrointestinal tract : Mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu. 
  • Sistem sirkulasi : Meningkatkan kinerja jantung. 
  • Nematocidal : Mengubati cacing pita. 
  • Respiratory tract : Mengubati sesak nafas (asma).


7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:

Pertama:  Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan; 
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb. 
  • Polysaccharide  
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. 
  • Amino acid yang membentuk protein 
  • Karotene iaitu sumber vitamin A 
  • Kalsium, zat besi, dsb.


Kedua: Sistem Imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu habbatus sauda mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

Ketiga: Anti- Histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

Keempat : Anti Tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, habbatus sauda baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

Kelima : Anti Bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Keenam : Anti Radang (Anti Inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu habbatus sauda baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

Ketujuh : Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Biji Habbatus Sauda'


Pendapat Pakar di Malaysia Berkenaan Habbatus sauda’

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad. “Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui. Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya. “Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri. Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

Kesimpulan

Kepada anda yang masih mencari-cari ubat penyembuh bagi penyakit yang sedang dideritai sekarang ini, maka gunakanlah habbatus sauda secara istiqamah. Usah diragukan lagi akan khasiatnya. Kita boleh mendapatkan habbatus sauda sama ada dalam bentuk kapsul atau minyak. Sesungguhnya habbatus sauda adalah salah satu pemakanan sunah yang diberkati. InsyaAllah mujarab.  Kesembuhan milik Allah.

Sumber rujukan:
www.kosmo.com.my (rencara bertajuk: khasiat Makanan Sunah Rasulullah. Keajaiban Habbatussauda, 20/07/2013)