Sunday, 24 November 2013

RAWATAN PENYAKIT BUASIR



Pengenalan

Penyakit Buasir

Penyakit buasir melibatkan suatu bonjolan atau gumpalan pada dinding dalam dubur (anus). Dalam saluran dubur manusia terdapat struktur yang dipanggil sebagai vascular endocushions yang menyebabkan otot-otot dubur menjadi kenyal. Kebiasaannyua struktur ini kecil dan tidak ketara.  Apabila seseorang itu mengalami sembelit atau meneran dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan menjadi bengkak.  Dalam tempoh waktu tertentu, struktur ini akan hilang kekenyalannya, sekaligus terjulur keluar dari dubur..

Dalam rawatan moden iaitu ketika mendapatkan rawatan di hospital, penyakit buasir ini boleh dirawat secara suntikan dengan ubatan khusus dan menggunakan ligasi gelang getah (rubber band ligation).  Bagi penderita buasir yang serius, memerrlukan pembedahan yang dinamakan cryotherapy dan sphincterotomy.

Gejala Penyakit Buasir

Apakah anda melihat darah keluar ketika membuang air besar? Darah merah akan keluar bersama najis, adakalanya darah ini akan menitis dan dapat dikesan pada mangkuk tandas.  Sekiranya pendarahan berterusan dalam tempoh waktu tertentu, pesakit berkemungkinan mengalami anemia kerana kehilangan banyak darah.  Oleh hal demikian, pencegahan pada peringkat awal amat perlu untuk membendung  ke tahap serius. amalan memakan makanan yang banyak mengandungi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, serta bijirin dapat melawaskan pembuangan air besar dan seterusnya mengelakkan sembelit.

Kaedah dan Rawatan penyakit Buasir

Sesungguhnya pada al-Quran itu mengandungi terapi penyembuhan yang hebat. Dengan izin Allah, penyakit buasir dapat dirawat menggunakan kombinasi antara doa yang dibaca pada air dan menggunakan beberapa bahan.  Bahan-bahan rawatan tersebut adalah mengikut kesesuaian dan kemudahan yang ada pada pesakit untuk mendapatkannya.

Ayat-ayat pilihan untuk dibaca atau didoa.


  1.  Surah al-Fatihah
  2.  Selawat Syifa’
  3.  Selawat Tafrijiyyah
  4.  Doa Penghilang Kesakitan

 
Surah al-Fatehah


Selawat Syifa'
 

Selawat Tafrijiyyah


Doa Penghilang Kesakitan

Doa tambahan Rawatan Penyakit Buasir

Kita seharusnya tidak perlu berputus asa jika ikhtiar rawatan yang dilakukan sebelum ini tidak menampakkan hasil yang diharapkan.  Sekiranya setelah beberapa kali penyakit buasir dirawat tetapi masih belum juga sembuh, maka disarankan menambah bacaan doa seperti berikut:


  • Istighfar 

  • Niat pohonkan “Wahai Tuhan yang lemah lembut mengatasi setiap yang lembut, kasihanilah aku dalam urusanku. Ya Allah sembuhkan penyakitku, wahai Tuhan yang Amat mengasihani dari segala-galanya”

  • Hauqalah


Bahan Rawatan Penyakit Buasir:


  1. Air, daun semperai dan minyak sapi asli (yang dibuat daripada susu lembu  atau  kerbau) atau
  2.  Air, daum semperai, mentega Fernleaf dan daun kelo, atau
  3.  Air, kulit buah delima masak, ibu kunyit, daun inai dan bedak sejuk.


Cara Penyediaan dan Penggunaan Bahan

Kaedah 1 : daun semperai dan minyak sapi asli

  • Daun semperai ditumbuk lumat.

  • Panaskan minyak sapi dalam kuali kemudian masukkan daun semperai ketika sedang menggelegak.

  • Masak sehingga kering dan pekat.

  • Digentel (dibulat-bulatkan dengan jari) supaya jadi seperti majun sebesar jari kelingking.

  • Makan majun tersebut (5 biji sekali makan) beserta air yang telah didoa, tiga kali sehari iaitu sebelum sarapan, selepas makan tengahari dan selepas makan malam.

Kaedah 2: Daun semperai, mentega Fernleaf dan daun kelo.

Caranya sama seperti kaedah 1 di atas, hanya sebagai tambahan ketika memanaskan mentega Fernleaf, daun kelo hendaklah digunakan untuk mengacau mentega tersebut sehingga mendidih.

Kaedah 3: Air doa, kulit buah delima masak, ibu kunyit, daun inai dan bedak sejuk.


  • Bahan-bahan yang tersebut di atas hendaklah digaul dan ditumbuk lumat.

  • Bahan tersebut boleh diminum setelah dikisar serta ditapis terlebih dahulu.

  • Bahan yang telah ditumbuk kemudiannya disapu pada permukaan lubang dubur.

Sekian perkongsian buat kali ini, jumpa lagi.

Friday, 15 November 2013

BENTENG PERTAHANAN DIRI (5)



Selamat bertemu lagi buat pengunjung blog saya ini...

Info kali ini masih lagi berkisar tentang kaedah membenteng diri dan ini mungkin merupakan kaedah terakhir untuk saya kongsikan dengan pembaca.  Terima kasih saya ucapkan kepada tuan guru saya iaitu Dr. Ustaz Haron Din yang telah membimbing saya dalam bidang pengubatan Islam berteraskan doa-doa daripada al-Quran dan Hadis. 

Sebenarnya tujuan saya memaparkan hal berkaitan benteng pertahanan diri ini adalah atas dasar kasih dan sayang saya kepada saudara seagama Islam. Sering kali apabila saya merawat pesakit yang melibatkan gangguan makhluk-makhluk halus, mereka ini rata-ratanya tiada atau kurang membenteng diri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh ulama. Sedangkan kita tahu, bahawa kita berhadapan dengan musuh yan ghaib. Musuh ini nampak akan kita, tetapi kita tidak nampak akan mereka.  Apabila kita meletakkan pergantungan dan perlindungan kepada Allah nescaya, Allah akan membantu kita.

Pada kali ini kaedah yang saya ingin kongsikan ialah kaeah membenteng diri yang dinamakan Ayat Penggerak. Kaedah dan bacaannya ringkas untuk kita amalkan.  Saya percaya ramai diantara kita yang selalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk beramal dengan ayat yang panjang-panjang.. apa yang penting ialah amal yang sedikit tetapi berkekalan lebih baik daripada amal yang banyak tetapi jarang-jarang..


Kaedah 5 : AYAT PENGERAK

BACAAN

 
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

CARA:

  • Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau berbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.


  • Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.  Insyaa-Allah

Thursday, 14 November 2013

BENTENG PERTAHANAN DIRI (4)



Assalamu’alaikum wwt.

Dalam tulisan terdahulu, saya telah membicarakan akan TIGA kaedah membenteng diri, keluarga dan harta benda. Insya-Allah, jika kita amalkan secara istiqamah, akan membuahkan hasil yang menakjubkan.

Kali ini saya paparkan pula akan kaedah keempat iaitu dinamakan benteng pertahanan diri dengan Ayat Berkubu. Kaedah ini merupakan antara yang paling mudah dan sesuai bagi mereka yang malas untuk membaca ayat-ayat yang panjang. Walaupun ringkas, tetapi maknanya besar dan bermakna..

Kaedah 4 : AYAT BERKUBU




 Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.


CARA:


  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3.  Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4.  Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis  nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas 
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

 sekian, mudah-mudahan bermanfaat.



Tuesday, 12 November 2013

BENTENG PERTAHANAN DIRI (3)



Salam sejahtera buat pengunjung blog yang dihormati,

Sebagai hamba-Nya yang lemah, sepatutnya kita sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Hal ini kerana Allah Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Allah adalah pelindung yang Maha Sempurna.

Pada kali ini saya lanjutkan lagi tulisan saya iaitu masih di bawah tajuk Benteng Pertahanan Diri. Kaedah yang ingin saya paparkan di sini ialah ikhtiar kita membenteng diri dengan berkat ayat 1 – 9 dalam Surah Yaasin. Mudah-mudahan dapat kita beramal kerana Allah.. Bukan ayat itu yang berkuasa tetapi hakikatnya Allah jua yang berkuasa.


Kaedah 3 : AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN



Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA:

Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda


  1. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. 
  2. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung
    rumah.

Sekian. Jumpa lagi.