Assalamu’alaikum
wwt.
Saya percaya tentu kita akan berasa tidak
selesa andainya di kediaman kita ada ‘orang
ketiga’ yang menumpang. Kalau orang ketiga itu berupa manusia yang nampak
dek mata kasar agak kurang merimaskan, tetapi bagaimana pula jika orang ketiga
itu tidak kelihatan tetapi selalu ada memerhatikan kita dan mengganggu tugas
seharian. Lebih parah lagi jika gangguan itu menakutkan kita sekeluarga. Apa yang saya ingin bicarakan di sini ialah
masalah gangguan jin yang berada di dalam rumah kita. Jikalau ada, bagaimanakah ciri-ciri atau tanda-tandanya?
Mungkinkah di rumah ini ada gangguan jin? |
Pernahkah masakan atau makanan yang kita sedaikan selalu dan cepat basi ( rosak), atau anda selalu
terdengar seperti bunyi guli jatuh di lantai atau di atas bumbung rumah, atau sering
kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam,
atau sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah atau penghuni
rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah?
Selain itu, ini
juga 14 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:
- Anda selalu rasa tidak tenteram bila berada dalam rumah tetpi anda sendiri tidak tahu apa sebabnya.
- Bagi orang yang lemah semangat akan selalu berasa takut tinggal berseorangan dalam rumah tanpa sebab yang munasabah.
- Selalu terjadi pertengkaran atau pergaduhan atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah. Hatta dalam perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar dan berisi dendam kesumat.
- Selalu ada orang sakit dalam rumah sama ada orang yang sama atau berganti-ganti (orang tua, dewasa atau kanak-kanak) dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan dengan gangguan jin.
- Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas atau bayangan serta kelibat-kelibat makhluk aneh atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela dan sebagainya.
- Malah jika lebih berat semasa didiami manusia pun perbagai perkara ganjil berlaku seperti suara berbisik, berbual-bual, atau perbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka, tertutup, bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya pada waktu malam.
- Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas, terhidu bau busuk atau bau aneh, berasa seram tanpa sebab malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas atau berada pada tempat berkenaan. Hal ini sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya yang menjadi tempat pemujaan jin walau apa pun tujuannya atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin contohnya tangkal, senjata lama, batu, kayu, cincin dan sebagainya.
- Kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil.
- Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam walaupun perbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya. Suka berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau dan sebagainya.
- Anda sukar tidur diwaktu malam atau rasa resah gelisah tanpa sebab atau selalu terjaga pada waktu malam atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur.
- Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah ia mungkin merasa pening atau gelisah atau takut malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba. Mungkin juga orang itu akan pitam atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan.
- Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan kepada Allah terutamanya mengerjakan solat.
- Timbul perbagai masalah antara suami isteri seperti selalu bertengkar, cemburu buta atau yang sering terjadi marah tidak tentu pasal kepada pasangan.
- Selalu melihat ada kelibat bayangan hitam melintas pada pandangan ekor mata atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh.
Kesimpulan
Adakah di rumah anda terdapat sebahagian atau kesemua
tanda-tanda tersebut? Jika ada, itu tandanya ada gangguan jin di dalam rumah anda.
Sebaik-baiknya baikilah amalan harian seperti selalu bersolat atau mengaji
al-Quran. Hindari juga perkara-perkara yang melalaikan seperti mendengar muzik
dan sebagainya. Buatlah amalan pagar rumah mengikut kemampuan sendiri. Ada
banyak kaedah pagar rumah yang boleh anda lakukan. Jikalau tidak mampu dapatkan
nasihat dan pertolongan daripada perawat Islam. Mudah-mudahan perkongsian info
ini dapat membantu anda. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment