Assala’mualaikum wwt.
Bicara pada kali ini merupakan sambungan daripada tulisan
terdahulu yang mengisahkan tentang ilmu santau. Kasihan kepada mangsa yang
terkena ilmu santau. Kadang kala orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Benteng yang ampuh untuk menghindari santau ialah dengan memperkuat amalan
pembenteng diri. Dengan pertolongan Allah sahaja kita mampu selamat daripada
terkena ilmu santau ini.
Ikuti selanjutnya info berkenaan dengan santau ini...
RAMUAN SANTAU
Bukanlah satu usaha yang mudah untuk menyediakan
ramuan santau. Apa yang pasti, setiap ramuan yang diadun mempunyai kesan yang
bisa kepada mangsanya. Antara bahan yang selalu digunakan untuk menyediakan
ramuan santau ialah seperti berikut;
- Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
- Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung
- Sumbu pelita minyak tanah (habuknya),
- Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis - katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
- Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
- Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
- Rambut
- Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
- Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli - Aborigines people - yang tahu sebab mereka cari dalam hutan
Bahan ini kalau terkena pada kulit maka kulit akan menjadi tersangat gatal bahkan ada yang sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan tersebut.
BAGAIMANA SANTAU DIBUAT DAN DIPROSES
Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan
yang hendak dibuat santau kemudian bila semua ramuan sudah cukup,
pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap
(merujuk hijrah). Seterusnya mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang
tiga yang tidak ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan)
di tengah malam seorang diri. Kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera
jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau
itu dengan sehelai kain.
Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau
itu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara
kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut
perintah kamu'. Itu
bermakna ramuan santau itu sudah menjadi. Apabila bahan santau 'menjadi', ramuan
itu membiak macam yeast - cepat
membiak walau kalau sudah masuk ke dalam tubuh mangsa pun cepat membiak
macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tidak menjadi, maka pembuat
santau ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual
yang sama sampai menjadi.
Apabila bahan santau ini diaktifkan, bahan ini akan disimpan dalam bekas tabung.
Contohnya zaman dahulu bahan ini disimpan dalam batang buluh kecil dan
digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang, mungkin disimpan di
dalam balang atau sebagainya.
Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali, pembuat santau ini
akan memeriksa bekas santau itu sama ada penuh atau tidak. Jika sudah
penuh dan melimpah, terpaksalah pembuat santau ini membuang santau ini
dengan cara yang diterangkan sebelum ini sama ada pada khalayak ramai atau
sebagainya. Jika tiada pilihan dan tidak sempat untuk di buang, ramuan
santau ini akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi
makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh
tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.
TANDA TERKENA
SANTAU
Terdapat beberapa tanda seseorang itu terkena santau.
Antara tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut;
- Batuk yang berterusan walaupun sudah memakan ubat hospital tetapi masih belum sembuh. Malah gejala batuk terjadi pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam dan waktu hampir subuh. Bahkan ada yang batuk berterusan selama 24 jam (macam batuk anjing)
- Muntah darah
- Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki),
- Demam panas
- Sakit kepala
- Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
- Tiada selera makan (kesannya badan menjadi susut dan bila cuba hendak makan terasa hendak muntah)
- Susah tidur pada waktu malam
- Kerap mengantuk pada waktu siang hari
- Gatal-gatal badan
- Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
- Pelupa
- Resdung
- Barah
- Kayap
- Lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila
- Lemah tenaga batin
- Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo),
- Penyedih
- Penakut
- Pembenci
- Pemalas
- Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri
- Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
- Sakit perut dan sakit belakang.
KESAN DARl TERKENA
SANTAU:
Apabila santau terkena kepada mangsa, maka tidak lain
tujuannya untuk memastikan kesihatan mangsa merana kerana santau akan;
- Merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram),
- Merosakkan rumah tangga,
- Merosakkan organ dalaman,
- Merosakkan fikiran dan maut.
Tanda fizikal mangsa santau: warna kebiru-biruan (biru kundang) di
kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal
menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.
Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa
lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan
pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan
santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu,
kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan
atau beberapa bulan, kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan
pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila sudah sampai ke
kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang sudah lama bertapak,
apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.
Jika pesakit santau menggunakan X-ray, biasanya tidak dapat dikesan tetapi jika pesakit
itu terkena santau, biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru
akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini
bila sudah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti
yang diterangkan sebelumnya, santau ini akan menjadi racun masuk ke
pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan
termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada
kesan santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan
mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi
merengkot.
KAEDAH PELINDUNG
(pendinding diri)
Marilah kita sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu
yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam. Juga
sentiasa berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya
Setiap amalan hendaklah membaca al-quran dan
surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada
Allah Ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk
kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya.
Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap
lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An
Nas), Ayatul Kursi, Doa Penggerak dan sebagainya.
Doa Penggerak : Elok dijadikan amalan harian untuk mengelak mara bahaya termasuk santau |
Melazimkan diri membaca ketika doa sebelum makan dan minum, sebelum
keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 ayat terakhir dari surah at
taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan
doa-doa yang lain.
CARA HENDAK
MENGETAHUI TERKENA SANTAU
Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit
(tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti
batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90%
masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau. Jadi, segeralah mendapatkan
rawatan yang sewajarnya.
Kalau tiada masalah, syukur kepada Allah. Santau
biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit,
gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah
pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Wallahu'alam.
PERKARA YANG
DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANl RAWATAN SANTAU
Larangan ini bergantung kepada cara rawatan
perawat-perawat lslam yang mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat. Ada
perawat melarang pesakit memakan ikan yang bersengat, dan jika perawat
yang menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar
Kasan (DARUSSYIFA), adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses
rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau
kasturi walau kordial sunquick tu pun tidak boleh, apa-apa perasa limau
tidak dibenarkan), cuka, buah yang masam dan jeruk(pickles), nenas, dan
rebung yang boleh diklasifikasikan berunsur tajam.
Kurangkan juga memakan makanan yang pedas, berminyak dan air batu. Tidak boleh melakukan kerja kuat atau aktiviti yang lasak seperti bermain bola dan sebagainya, serta tidak boleh mengangkat barang berat. Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan-larangan tersebut akan membawa kesan buruk dan padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka-luka dalaman masih belum sembuh sepenuhnya.
Di samping mendapatkan rawatan dari perawat lslam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani dan jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, secara istiqomah dan berterusan untuk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta'ala semoga sembuh,insya Allah.
Sekian.
Nasihat saya...berhati-hatilah.
Ingat sebelum terkena.
Bersiaplah dengan Amalan
Pembenteng Diri.
Berubat segera bila ada
tanda-tanda terkena santau
Sumber :
Disediakan oleh: Shahila Tahir.
Koleksi dari ceramah rawatan santau
oleh
Tuan Haji Mokhtar Kasan
(Perawat Darussyifa Bandar Baru Bangi)
No comments:
Post a Comment